Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 14, 2009

Ramzi..Oh Ramzi..

Ramzi Tidak Menyerah Tetapi DiTangkap, Polis Ada Bukti.


KUALA TERENGGANU – Rakyat Malaysia amnya dan penduduk negeri Terengganu khususnya menjadi keliru dengan berita yang disiarkan media elektronik (televisyen) pro kerajaan.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/ramziditahan.jpgEdisi tengahari berita televisyen menyiarkan berita Pegawai Khas Kepada Pengerusi Mara, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ‘tampil dengan beberapa orang rakannya’ di balai polis Kuala Terengganu untuk memberi keterangan.

Hakikatnya, polis Terengganu hari ini mengesahkan Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh itu, ditangkap di di sebuah hotel di sini pada kira-kira pukul 8.30 pagi.(Gambar kiri)

Ramzi
tiba dari Kuala Lumpur jam 5 pagi dan menginap di hotel itu ditahan bagi membantu siasatan kes ‘SMS Ugut Bunuh’ terhadap tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu, bulan lepas.

Sebelum ini, Ramzi telah diberi tempoh tiga hari untuk tampil memberi keterangan kepada pihak polis.

Namun, apabila Ramzi tidak muncul sehingga tempoh itu berakhir semalam, polis bertindak mendapatkan waran tangkap terhadap beliau.

Lebih mengejutkan apabila Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata pihaknya mempunyai bukti untuk mempercayai Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.

Beliau berkata polis turut merampas dua unit komputer riba dan sebuah modem di rumah Ahmad Ramzi di Kampung Kubang Parit di sini, pada kira-kira pukul 3 petang semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Telekomunikasi dan Multimedia 1998,

"sebaik siasatan lengkap, polis akan merujuk kertas siasatan kes ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut," katanya pada sidang media tengah hari tadi.

Jika sabit kesalahan Ramzi boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu.

Hamzah turut berkata dengan penahanan Ramzi yang merupakan calon BN bagi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lepas, polis yakin siasatan terhadap kes itu sudah 95 peratus selesai.

Beliau berkata ahli politik UMNO itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk siasatan lanjut dan akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah jika siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam


Pada 13 April lepas, tiga ADUN BN iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima ‘SMS Ugut Bunuh’.

Keadaan itu menjadi sebab kepada 10 ADUN UMNO/BN, termasuk yang tidak menerima ‘SMS Ugut Bunuh’ memulaukan sidang DUN Terengganu pada keesokan harinya (14 April), dengan alasan keselamatan nyawa mereka terancam.

Tindakan tidak menghadirkan diri ke sidang DUN itu kemudiannya bertukar menjadi satu agenda politik kumpulan yang pro-Idris bertujuan ‘menekan dan mengugut’ Menteri Besar Terengganu.

Dalam sidang media yang diadakan pada hari yang sama, Rosol telah menggesa Dato’ Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.


SUMBER:BuleTiN RakyaT

2 comments:

Khairul said...

tak faham >,>

Fadhlullah Universoul said...

erm..yg mne xfaham tu??
berita ini hanya menunjukkan UMNO memperguna Media utk menutup kesalahan mereka..