Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 23, 2009

Orang kampung aku pun dah HEBAT!!

Salam Reformasi..Seperti yang korang semua maklum,aku sekarang ni tengah bercuti..Ada kat kampung tercinta N9 di daerah Jempol dimana Ahli Parlimennya adalah seorang yang agak rapat dengan aku.Selalu aku lepak rumah die sebab anak die tu bestfriend aku since sekolah rendah,sekolah menengah,matrik kami tak terpisah..Terpisah seketika apabila dia meninggalkan Kolej Matrikulasi N9 dan meneruskan pengajian di Kolej Mara Banting Selangor.Kini anak beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Parague,Republik Czech..Aku masih disini Malaysia tercinta dan meneruskan pengajian dalam bidang Fizik..huhu..

Okla..Nak dimaklumkan cerita,alkisahnya aku baru je balik dari kenduri doa selamat rumah Tok Ndak aku.Tok Ndak ajak aku lepak ngan die pergi ceramah Mat Sabu Selasa ni kat Markaz Tarbiyah PAS Bukit Kerdas Batu Kikir.(Aku pelik,bendera DAP kat pokok kelapa dah tak ada).AKu cakap,nanti tengoklah dulu kalau rajin..Biasanya ceramah ni kena tengok orang.Mat Sabu berceramah memang geli hati.Tapi kadang2 point bagi aku xbanyak.Aku nak input2 baru yang leh aku guna tuk masa depan.Bukan duk sembang macam kedai kopi saja.

Then tahlil pun start,habis je terus makan2 semua..Settle makan semua duk bercerita.Semangat punya semangat cerita pasal pemilihan ketua kampung.Ada perebutan jawatan tuk ketua kampung rupanya.Ketua kampung dikatakan macam tak berapa nak berguna.Tapi mereka merasakan ketua kampung sebelum ni yang tak berguna tu pasti menang sebab orang2 kampung ni kan banyak yang tak alert dengan hal2 politik sekitar.Hal politik negara pun dorang tak siasat inikan hal2 yang dekat2 dan tak havoc ni.

Dalam duk2 bincang ni,semua orang berumur dah 50 ke atas .Aku je umur awal 20an.So rasa seganla jugak nak menyampuk,lagipun aku tak tau isu kampung yang dah lama aku tak lepak ni.Kalau tau isu pun malas aku nak mencelah,kang tak pasal2 kena sepak ape2 ke..Duk dengar jela.Isu2 kampung ni pun berat gak.Tapi sebab dah tak ada penganalisis dan blogger nak kupas isu kampung,so orang2 kampung pun ape lagi??Biarkan jela..

"Asalkan ada tok ketua dalam .kampung kita ni.."

Itu yang aku dengar tadi..Sakit hati gak bile bende dah salah tu diorang tetap terima tak mau nak melawan..Tau sebab ape sakit hati??Sebab isu ni..

  • HomeStay kampung dapat peruntukan Sejuta setahun,tapi jumlah yang digunakan tu tak sampai pun setengah juta.Paling2 tuk maintainence yang gile2 pun dan bayar kat pekerja2 dan upah tuk setiap keluarga angkat cecah dalam rm250ribu setahun.Kalau kite bahagi,sebulan dalam rm20ribu lebih tuk buat semua bende nikan??Banyak tu..So kalau sejuta cuba bayangkan macam mana..Dua tahun sebelum ni kecoh mengenai orang2 atasan yang mana wanita UMNO makan duit2 tu untuk kepentingan peribadi mereka.Yang pasal lawatan semua tak kisah,ni kalau siap beli kereta,buat rumah??huhu..
  • Orang2 kampung yang ada ladang kelapa sawit tu ber EKAR2..Tau dapat berapa??Rm50 setahun.Diorang ni marah.Tapi bila dicakap2 balik,then dorg ni mana tau nak amik tindakan.Dapat sikit macam beras,kain bile majlis dengan pemimpin UMNO/BN dah lupa.Hal dianggap settle.
  • Tu masa 2004,Tan Sri Isa Samad yang dah sebelum ni jadi MB N.Sembilan ditukarkan Pak Lah sebagai calon tuk kawasan parlimen.Die sebelum ni ADUN kat Port Dickson.Apa lagi,20buah bas dan 40 buah kereta pergi serang PutraJaya.Yang pergi serang ni penduduk kawasan ditaja ahli2 UMNO kawasan Jempol.Tak nak Isa Samad sebagai CALON.Tapi dah penamaan calon nak buat macam mana.Pak Lah masa tu lari ikut jalan belakang nak mengelak berjumpa diorang.
  • Tau macam mana Isa Samad menang?Peruntukan RM80ribu berkempen di Felda2,Felcra dan kampung2 terpencil.Buat majlis makan besar2,bagi basikal,bagi payng,bagi kain,bagi beras.Masa malam keputusan diumumkan,Isa Samad dapat majoriti dekat 8ribu orang.Padahal satu Negeri Sembilan tau Isa Samad ni penuh rasuah (sebelum kena daripada kes UMNO lagi) dan suka rampas tanah orang Negeri Sembilan.
Itulah antara keluhan orang2 tua kampung aku.Tetiba seorang pak cik mencelah, "Aku ni baru semalam dapat surat undangan pergi Majlis Sambutan tuk Guru oleh Balai Raya Kampung.Dah berpuluh tahun dah baru je dapat semalam.Majlis2 sebelum ni tak pernah dijemput pun.Baru pulak diorang ni terhegeh2".

*Takkanlah nak datang tanpa dijemput ye tak?kalau hangpa jiran sebelah buat kenduri tapi tak jemput hangpa,hangpa pergi tak??walaupun berkaitan dengan hangpa..So kalau ada yang salahkan pak cik ni cakap die tu cikgu,sapa suh tak pegi then nak menyalahkan orang lain,hangpa tak tau kes.So lepak senyap je..

Kemudian disambung semula cerita pergaduhan sesama sendiri.Orang2 Datuk Khalid Yunus t(bekas menteri Penerangan tahun 2000) tak dibenarkan menyertai program Datuk Lilah Yassin(ahli parlimen sekarang,dulu ADUN SERTING)

Semua sedia maklum sebilangan besar rakyat N9 dan keseluruhan rakyat Jempol tahu pergaduhan mereka.Orang2 kampung ni cakap pelik dah 30tahun diorang ni bergaduh tak sudah2,tak gak baik2....UMNO sesama UMNO bergaduh.Dorang tak pelik kalau PKR,PAS atau DAP yang gaduh dengan UMNO.PPP gaduh dengan MIC pun kira dah pelik.Memang bermusuhan betul.Tapi ini UMNO sesama UMNO pulak yang jadi musuh tradisi.

Kemudian pakcik yang bergelar cikgu ni tadi bukak cerita pasal isu Perak."Wah..Pakcik,aku memang ikut siri Perak ni,lagipun aku tinggal kat Perak sekarang"(bisik hati aku).Perghhh..semua point yang aku cakap pasal Perak die dah simpan dalam memory die.Lebih2 lagi mengenai perlembagaan Perak dan hakim yang terlibat dengan VK Linggam..Mantap siot..Rakyat tak akan mudah lupa..MaHaDEY je mudah lupa..

Ini bermakna orang kampung dah merujuk kat internet.Point2 die semua yang diberitakan oleh En Misbahul Munir dan BloggersNetwork Perak..Tahniah!!!Tak perlulah aku risau kalau wujud golongan2 macam pak cik tu..Senang kerja aku..Sembang2 mereka diakhiri dengan kata "Oh..kalau macamtu,memang lingkuplah BN pilihanraya lepas ni".

Oklah tu je..Sekarang aku kat rumah Bahau ni..Jap lagi nak pergi duk rumah Seremban pulak.Paroi..Kawasan YB Taufek..Ade berita2 best kat blog En Misbahul Munir..Nanti aku ulas..Korang baca la dulu..wasalam..

No comments: