Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 22, 2009

Memahami kes Perak..Rakyat akhirnya berputih mata..

Yes..Taktik itu menjadi..UMNO bersorak kegirangan..Tetapi ada kesalahan lampau di mahkamah sebelum ni yang telah mengantoikan mereka..Semuanya telah dirancang dari awal..Nizar telah dimalukan dan dibogelkan!!Tetapi UMNO/BN dan khususnya Zambry mendapat kehinaan dari majoriti rakyat Perak..Kenapa majoriti??Oh..xda fakta??Apa kata kalau BUBARKAN DUN dan tengok fakta dan data tu kat sana..OK???Ni aku nak kongsi sikit apa yang aku perhati dari awal kes kat Perak ni..Aku kongsi dari apa yang aku perati,kalau salah hangpa leh tegur ok??Aku nak fakta je..Ni panjang apa yang aku perhatikan ni..Baca dengan teliti.


KES PERAK..

  1. 2 ADUN PKR,Jamaluddin(Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) dituduh atas dakwaan rasuah dan seks melibatkan projek perumahan kawasan Seri Iskandar yang dikatakan bernilai RM180juta..
  2. Nizar mnenafikan wujud projek perumahan di situ..
  3. ADUN BOTA menyertai PKR..Bersumpah dan berjanji pada rakyat kawasan beliau bahawa tak akan balik semula ke pangkuan UMNO..
  4. Tidak lama kemudian 2 ADUN PKR,Jamal dan Osman hilang selama beberapa hari..Isteri dan saudara mara serta pemimpin PKR tidak dapat menghubungi mereka berdua.
  5. Perutusan mengenai kehilangan 2 ADUN terbabit disebarkan.
  6. Terdapat spy2 yang mengatakan ternampak kelibat mereka disekitar rumah Najib Razak.
  7. Pak Lah mengatakan BN akan merampas Perak dalam masa terdekat
  8. Speaker Sivakumar mengumumkan perletakkan jawatan kedua ADUN terbabit kerana surat perjanjian yang ditandatangani mereka selepas kemenangan Pakatan Rakyat Mac 2008 yang mengatakan jika mereka gagal dihubungi buat satu tempoh yang ditetapkan,atau mereka melompat parti,dengan secara AUTOMATIKnya mereka dikira meletakkan jawatan.
  9. Malamnya pada hari yang sama setelah pengumuman Speaker,Jamal dan Osman muncul dikaca TV(siap ada press conference lagi) mereka tidak meletakkan jawatan.*Aik??tetiba muncul ape kes???
  10. Hee Yit Fong pula hilang..Dan gagal dihubungi..Tidak lama kemudian ADUN BOTA yang baru sahaja keluar UMNO masuk PKR turut HILANG dan gagal dikesan ahli keluarga dan pemimpin parti.
  11. Sehari setelah kehilangan Hee,Sivakumar turut mengumumkan Hee telah meletakkan jawatan.
  12. Najib Razak mengumumkan BN telah merampas Perak apabila ke 4 orang ADUN yang hilang sebelum ini telah berpihak kepada BN.
  13. Nizar dan Pakatan Rakyat jadi kalut dan terkedu..Nizar memohon menghadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN.
  14. Najib turut menghadap Sultan Azlan setelah selesai Nizar menghadap baginda Sultan.Menyatakan Nizar telah hilang kepercayaan dewan setelah 4orang ADUN Pakatan telah menyokong BN.
  15. Isteri ADUN Bota memberitahu bahawa suaminya diugut dan diancam semasa hilang.Kemudian dia memasuki UMNO semula.
  16. Sultan Azlan menitahkan Nizar meletakkan jawatan tetapi Nizar memohon sembah DERHAKA(he refuse) dan Zambry Kadir telah dipilih oleh Pengerusi BN ketika itu(PakLah) lalu mendapat perkenan Sultan sebagai MB yang baru.Turut diberi gelaran Datuk Seri.
  17. Satu perhimpunan menyatakan bantahan dianjurkan Pakatan Rakyat tetapi tidak mendapat kelulusan permit oleh POLIS.Walaubagaimanapun ianya dihadiri beribu-ribu rakyat pada hari Zambry dilantik.Masjid telah dibaling dengan bom gas pemedih mata(dalam masjid,bukan halaman luar masjid),juga sekolah agama bersebelahan masjid terbabit.Kereta Sultan Azlan turut dibaling batu oleh rakyat Perak.Berpuluh2 rakyat dan pemimpin parti ditangkap.
  18. KES RASUAH dan SEKS ADUN yang melompat Jamaluddin dan Osman Jailu dibacakan,tetapi kedua mereka tidak menghadiri.Malamnya mereka membuat sidang media mennyatakan mereka sakit,tetapi gagal menunjukkan surat MC.
  19. Nizar dan Pakatan Rakyat ingin mengadakan Sidang DUN tergempar tetapi dihalang oleh SUK dan polis(atas arahan BN).Sidang DUN bawah pokok telah dijalankan dan menggemparkan seluruh dunia yang menyaksikannya.
  20. Karpal Singh secara peribadi menyaman kerajaan HARAM Perak dan Sultan Azlan.
  21. Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat (Lim Kit Siang dan TG Hadi Awang) memfailkan saman terhadap kerajaan HARAM Perak.
  22. Nizar memfailkan cabaran kepada Zambry di mahkamah tinggi mengenai status MB Perak yang sah.
  23. 7 Mei,Zambry tetap mahu mengadakan sidang DUN tergempar,tetapi Sivakumar menolak.Akhirnya Sivakumar mengalah dan bersetuju sidang DUN diadakan.Sivakumar mengumumkan dalam blognya semua rakyat dan media dijemput hadir ke Sidang DUN untuk menyaksikan dengan lebih dekat sidang DUN berlangsung.
  24. SUK negeri Perak menghalang dan meminta arahan mahkamah dikeluarkan.Beratus orang POLIS dan FRU diarahkan mengawal ketat pintu masuk ke SIDANG DUN.Hanya mereka yang mendapat kebenaran dari SUK dan Zambry dibenarkan merapati DUN.Yang lain2 akan ditangkap jika menghampiri DUN dalam radius 500m lebih2 lagi mereka yang berpakaian HITAM.Pelanggan yang duduk di kedai mamak berhampiran sedang minum dan memakai baju hitam turut ditahan(sebab tak ikut arahan kena menjauhi bangunan SUK dimana terdapat sidang DUN didalamnya dengan jarak 500m).
  25. Keadaan kecoh dalam DUN.Sivakumar menghalau 10ADUN bebas dan UMNO kerana medudukan mereka belum diputuskan oleh mahkamah.Bermakna Speaker adalah berautoriti.Akhirnya berpuluh POLIS berpakaian biasa turut dilengkapi senjata pistol dibawa masuk untuk menarik dan mengheret Sivakumar keluar dari Sidang DUN.
  26. BN mengumumkan pelantikan speaker baru dari MIC dan diwatikahkan dan mengangkat sumpah depan Timb. Speaker Hee Yit Fong.Kemudian Ganesan diajar oleh ADUN Sg Rapat cara2 memberi arahan dan mengendalikan sidang DUN. Setelah itu usul mengenai pemecatan Sivakumar dibuat dan disokong kesemua ADUN BN.Usul Zambry menangguhkan sidang DUN turut diluluskan
  27. Setelah dipindah2 dari satu mahkamah ke satu mahkamah dan ditangguhkan,akhirnya Mahkamah Tinggi memutuskan Nizar sebagai MB Perak yang sah kerana menurut undang2 tubuh 3 perkara terlucutnya jawatan MB tidak pernah berjalan(terjadi).
  28. Tidak ada pun penyokong BN yang hadir di mahkamah tinggi.Seolah2 sudah tahu mengenai keputusan terbabit.Beratus penyokong Pakatan bertakbir diluar mahkamah.
  29. Tak sampai 5 jam,rayuan Zambry di mahkamah rayuan diluluskan dan Nizar diarahkan mengosongkan semula pejabat Menteri Besar.Pelik kerana terdapat 3 kes yang perlu dibacakan tetapi kes mengenai perebutan jawatan ini terlalu cepat dibacakan dan diluluskan.
  30. Nizar memfailkan semula rayuan pada keesokkan harinya dan mahkamah meminda akan membacakan kes itu pada 18May(Isnin) iaitu 4hari berikutnya walaupun menurut Peguam PAS tidak ada satu kes yang dibacakan pada hari Jumaat tersebut.
  31. Beberapa jam kemudian mahkamah meminda tarikh rayuan Nizar dan ditetapkan pada 21May.Rayuan Nizar dibacakan semula..
  32. Hari ini (22 may 2009) Zambry diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah.Rujuk kenyataan di SINI dan SINI..

Najib berjanji akan membubarkan DUN Perak dengan kehendak Sultan.Tetapi Sultan perlu buat keputusan atas nasihat penasihat yakni MB yang sah.Sekarang Zambry diputuskan sebagai MB.Adakah Zambry mahu memohon Sultan membubarkan DUN??CONFIRM TIDAK!!!Jadi kepada rakyat Perak..Takziah..Taktik UMNO berjaya..Undang2 negara telah diROGOL dan diliwat oleh UBN..Bagaimana hal Nizar diketepikan kerana 3 perkara telucutnya jawatan MB tidak pernah berlaku??

Note

  1. Fakta mereka betul,mengenai Sultan berhak melantik MB seperti kes Terengganu dan Perlis..Tetapi jika kerusi MB itu kosong sahaja..Sultan hanya berhak memperkenankan,bukan melucutkan jawatan MB..
  2. Fakta mereka betul mengenai BN mempunyai lebih ramai ADUN sekarang,dan kenyataan mengenai Nizar tak dapat majoriti dalam DUN,tetapi usul UNDI tak percaya tak pernah berjalan dalam DUN dan tidak pernah pula dilantik MB baru melalui sidang DUN..
  3. Akhirnya institusi Istana diperguna.Rakyat yang binasa.DUN Perak tak akan dibubarkan..Percayalah..BN takkan berbuat demikian kecuali keadaan darurat berlaku di Perak menyebabkan Sultan sendiri akan bertindak.Dalam masa sekarang keadaan di Perak aman,cuma politiknya sahaja bergolak..

No comments: