Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 22, 2009

Adakah aku berfalasi??

Herm..Dulu macam banyak bende yang aku nak menulis..Aku sampai tak tau nak tulis ape..Tapi bende2 yang kite nak condemn la paling best kite nak cakap ye tak??Dah aku memang jenis cam2..Tu kritis namenye..Haha..Tengok ape yang kurang..


Kite start dengan rancangan2 realiti..Apa rancangan realiti yang ada kat Malaysia ni??Banyak fokus kepada nyanyian saja ma..Bende lain macam tenggelam je..Kalau macam Nescafe KickStart tu bagus la jugak..Semua insan diberi cabaran mengenai sesuatu yang diimpikan..Program nyanyian dah terlalu banyak..Sampaikan ada yang dah pupus macam AUDITION (ntv7)..


Terbaru AF7 dan OIAM3 baru sahaja melabuhkan tirainya..Berkemungkinan akan ada AF8 dan OIAM4..Adakah ianya baik untuk rakyat marhaen??Keduanya membawa TAG yang menarik..AF kata akan berlaku Transformasi..yang OIAM pulak cakap the Hottest Season..Tapi keduanya hampeh..


Nak banding dengan musim1 OIAM,zaman Suki,Alif,Faizal Tahir sangat berbeza..Prestasi konsert akhir tuk OIAM 2 pun agak menurun,nasib baik diselamatkan Persembahan menarik dari Shila..Konsert akhir OIAM3??Menarik,tapi tetap tak layak digelar One In a Million..Bagi aku Tomok belum cukup layak memegang gelaran terbabit..Tapi apakan daya,masing2 stesen penyiaran mengejar keuntungan..Sebab tulah pada awalnya Tomok sepatutnya sudah terkeluar,tetapi undian baru dibuka sama ada konsert akhir hanya berdua atau bertiga..Keputusannya,Tomok terselamat daripada disingkir lantas bergelar JUARA OIAM 3..Walaubagaimanapun,he did well in finale concert..

Begitu juga dengan AF..Kita dah begitu BOSAN dengan konsep TAMAK AF..AF MASUK menipu
pengundi..Perasan tak setiap kali pelajar yang disingkir dimasukkan semula dalam konsert final,pelajar tersebut mesti dapat tempat kedua..memang ada baiknya sebab kebanyakkan pelajar yang diundi MASUK adalah penyelamat bagi konsert akhir dan sentiasa,tetapi jika ianya seperti menipu pengundi,apa gunanya??Ianya juga merupakan taktik tamak haloba HOTLINK dan AF untuk mengaut keuntungan..

Lagu yang diberikan terhadap Hafiz daripada Anuar Zain juga berserta koreografi yang sarat seakan2 mahu memberikan sesuatu laluan yang sukar buat Hafiz.Nasib baik Hafiz mempunyai pengundi dan peminat yang ramai,lalu apabila berbuat demikian,abilitiy Hafiz amat terhad dan prestasinya menurun dengan mendadak.Apa yang perlu dilakukan penonton untuk mengekalkan Hafiz ditempat teratas adalah dengan mengundi..Itu sahaja yang difikirkan pihak AF..Untung sambil memperguna insan lain..Begitu juga nasib yang menimpa Yazid dn lain2..


Okeys..main pointnye..Korang taukan falasi tu ape..Blah la tak tau..Lagi2 yang baru dan dah belajar subject Pemikiran Strategik sebelum ni..Aku sure sangat korang dah tau pecahan2 falasi..So daripada semua bende ni adakah aku berfalasi???dan falasi yang mana satu??

No comments: