Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 6, 2009

Dari Blog SU Politik Ir Nizar...


______________________________________________________________________

SPEAKER BAGI KEBENARAN, SUK & PEJABAT MB PULA JADI PENGHALANG

Speaker memberi kebenaran kepada semua media dan blogger membuat liputan esok di sidang DUN Perak. Tetapi sehingga sekarang ramai wartawan dan blogger masih belum diberi PAS kebenaran oleh SUK dan Pejabat MB. Perkara ini jelas bertentangan dengan kenyataan Zambry dalam blognya yang kononnya bersikap terbuka dengan semua media dan mengalu-alukannya. Tetapi hakikatnya untuk mengisi borang bagi mendapatkan PAS kebenaran tersebut sehingga sekarang cukup sukar.

Speaker berkuasa memberi kebenaran atau menghalang sesiapa sahaja untuk memasuki dewan, tetapi untuk membolehkan masuk ke dalam dewan, terlebih dahulu orang ramai akan memasuki pintu pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Di sinilah Dato' SUK akan guna kuasanya menghalang dari memasuki bangunan walaupun diberi kebenaran oleh Speaker.


Berbeza ketika PR berkuasa dulu, tiga kali sidang DUN diadakan semua wartawan dan blogger diberi kebebasan untuk membuat liputan, bahkan sidang DUN diberi kebenaran disiarkan secara live melalui internet. Seluruh dunia dapat mengikuti sidang DUN Perak. Rakyat berhak tahu apa yang berlaku dalam sidang DUN, media arus perdana pula tidak berlaku adil dalam membuat liputan dan siaran.

_______________________________________________________
MAT SABU PULA DITAHAN POLIS

Mat Sabu menyusuli Wong Chin Huat, Jurucakap Bersih yang ditahan oleh polis semalam. Mat Sabu ditahan polis ketika minum di Restoran Haslam, Jalan Pahang jam 3.15 petang. Dalam kejadian tersebut, Mat Sabu bersama YB Salehuddin Ayob dan beberapa yang lain sedang minum di restoran tersebut.

Sebaik sahaja mereka keluar dari restoran, lebih kurang 10 orang anggota polis terus menahan Mat Sabu tanpa menunjukkan waran dan juga tidak memperkenalkan diri. Mereka membuat tangkapan dengan cara yang kasar dan biadab.

Penangkapan itu boleh jadi ada kaitan dengan isu perhimpunan esok sempena sidang DUN Perak. Mengikut sumber kemungkinan ada lagi pimpinan PR akan turut ditangkap. Sehingga sekarang, tidak ada yang tahu di balai polis mana Mat Sabu ditahan. Tangkapan tersebut adalah dalam usaha menggagalkan perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH.

No comments: