Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 25, 2009

Ada apa pada nama..

Salam kepada semua pembaca.Entri kali ini agak serius dan tidak berkaitan dengan apa2 hal politik.Yela,hangpa kalau aku nak ulas semua mesti fikir hal politik ye tak?Oklah,so kite fokus pada tajuk,NAMA..Apa ada pada nama?Saban hari,lebih2 lagi artis yang telah melahirkan anak meletakkan nama yang agak hebat didengar tetapi kadangkala makudnya buruk atau tidak membawa apa2 makna kepada anak mereka.Semalam masa aku tengah layan GHOST SEASON 2, si Ezza tanya Alam nak panggil die Alam atau Ali (sebab Ali nama sebenar die dan Alam adalah nama identiti barunya).Boleh pulak die jawab panggil Alam,nama ALi tu tak ada kelas,macam driver taxi mana tah katanya..

Hello,fyi,Ada apa pada nama Alam??Apa maksud Alam??Alam adalah Alam..macam alam semulajadi,alam flora fauna semua tu yang tak ada la tinggi mana pun kelasnya..Tengok pada nama Ali pulak..Yang mulia, tinggi kedudukannya..So which one is better??Mana yang lebih class??Yups..aku tau yang tu hanya skrip,tapi tak baiklah menghina dalam tu..Ali tu nama Menantu nabi..Sahabat Nabi..Saudara Nabi..Jasa besar pada Islam..Tapi Alam??Sebenarnya bende ni dah agak lama aku nak sebut,lagi2 bila si Miss Alissa aku tu mintak cari maksud nama die.Aku ni Arab setakat Komunikasi je.Itu pun bukan la power..Cukup2 makan je..

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)




Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a.
Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

Berikut adalah senarai nama-nama yang dilarang DARUL NU'MAN




So hati2lah dalam memilih nama adik2,adik saudara,anak buah,atau anak kamu.Begitu juga dengan nama panggilan.Mungkin memendekkan sebutan nama menjadikan ianya tidak bermaksud,itu tidak apa,tapi jika kita memendekkan dan sebutannya menjadi sesuatu yang tidak baik??Satu doa yang tidak baik ke atas kamu.Jadi..Renung2kan..Selamat Beramal..


NOTE:
Nama Noor Alissa boleh dikatakan membawa maksud cahaya Tuhan Penyelamat..(consider dalam ejaan Arab)

Alisa' :Tuhan Penyelamat
Alisa :Gila
Alasa :Khianat
Elysia :*Dari Syurga (tak confirm,tapi ikut sumber dalam buku itulah jawapannya)
Alissa :*Tiada makna dalam rujukan..

Sumber Rujukan: IslamGRID

No comments: