Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 26, 2009

SiHiR..dosa besar kedua setelah Syirik

Kenapa orang suka main sihir??
Kenapa mesti buat sihir dan kenakan orang lain??
Kenapa perlu busuk hati sangat sampai tergamak mengenakan orang sampai sedemikian rupa?
Nak lihat orang lain terseksa??
Apa tak ada cara lain untuk bersaing atau menerima takdir Allah??
Apabila kehendak hati tidak dituruti atau tidak sehebat orang lain
dihantar bala tentera terkutuk untuk menyakitkan orang tersebut..


YaAllah..kenapa wujud insan sedemikian rupa..
Apakah pembalasan yang seharusnya diberikan kepada
mereka.Apa yang perlu dilakukan terhadap mereka??
Sememangnya kita sakit hati apabila mereka yang menggunakan sihir ini
menganiaya pihak lain tanpa sebab musabab.

Dengan bersebab juga ianya tetap dilarang.

Selalu orang2 yang berada dikawasan2 kampung menggunakan sihir
tak terlepas dengan orang2 berada yang ingin mengejar pangkat dan kekayaan.
Adakah mereka ini golongan yang baik2??
Hati mereka penuh dengan najis dan lebih hina

daripada binatang khinzir..Selidik teman kamu atau sesiapa sahaja.
Adakah kamu mahu hidup bersama dengan si pengamal sihir??


HUKUM
Perlu difahami orang yang melakukan perbuatan sihir yang diistilahkan sebagai “sihir”, tidak akan melakukan sembahyang seperti biasa. Sekiranya ia melakukan sembahyang, seperti yang kita lihat, sembahyang adalah tidak diterima Allah. Mesti difahami bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Bererti bahawa orang yang sembahyang tidak akan melakukan perbuatan sihir, kerana sihir itu adalah sebesar-besar kemungkaran dan kejahatan. Sembahyang mencegah pelakunya, iaitu orang yang melakukan sembahyang itu daripada melakukan kejahatan. Bererti biarpun orang yang melakukan perbuatan sihir itu sembahyang, dia sebenarnya tidak sembahyang dalam erti kata sebenar.


Orang yang melakukan sihir seolah2 telah menjadi kafir..

“Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi SAW, beliau bersabda:’Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun)) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW”
(HR. Abu Daud).

Rasulullah SAW bersabda : ‘Barangsiapa mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama 40 hari.”
(HR.Muslim).

“Dari Imran bin Hushain radhiallahu anhu, ia berkata:Rasulullah SAW bersabda:
‘Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain),yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW.”
(HR. Al-Bazzaar, dengan sanad jayyid).


Rawatan

Justeru aku nak share sikit alternatif untuk mengelakkan diri daripada terkena sihir atau kaedah nak merawat sihir ni..Menggunakan ayat Quran sahaja..Penggunaan ayat al-quran ini dikonsepkan sebagai doa.Al-quran merupakan ubat dan mampu untuk merawat penyakit dalaman dan luaran.

Firman Allah surah Al Isra (82) yang bermaksud;

"Dan Kami turunkan daripada al-quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman"


Rawatan Pertama

Menggunakan Tasbih Yunus dalam surah Anbiya (87)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Fadhilat:Dibaca 100x pagi dan 100x petang supaya kita elak jin keluar/masuk badan, insyALLAH(selepas subuh dan maghrib)

Rawatan Kedua:

Membaca zikir berikut setelah solat shubuh:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ


Tidak ada tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah Yang Maha Esa, Tidak ada serikat bagi-Nya, seluruh kerajaan dan pujian milik-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

Fadhilat:
Seratus kali, sebuah hadist shahih yang diriwayatkan dari nabi shallallahu `alaihi wa sallam," barang siapa yang mengamalkannya dalam satu hari, pahalanya sama dengan memerdekakan sepuluh orang budak, dituliskan untuknya seratus kebajikan, dihapuskan darinya seratus kesalahan, dan di hari tersebut dia terjaga dari gangguan syaitan hingga petang, dan tidak ada orang yang lebih baik darinya kecuali orang yang mengamalkan lebih banyak darinya." HR.Bukhari-Muslim.

Rawatan ketiga

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya.)

Rawatan Keempat.

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
(Dengan nama Allah yang bila disebut maka segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit tidak akan berbahaya. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui )
Ulang sebanyak tiga kali kecuali tidak ada sesuatu pun yang membahayakannya. (HR. Tirmidzi. Dan dia berkata: Hadits hasan shahih)

Rawatan Kelima

حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَآَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ
(“Allah-lah yang mencukupi (segala keperluanku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dia-lah Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung.”)


Bagi mereka yang telah terpesong jauh,bawalah mereka ke jalan yang lurus..

Cuba cari jalan untuk membawa mereka ke pangkal jalan dan doakan moga mereka diberi petunjuk atau pembalasan setimpal akibat perbuatan terkutuk mereka.

Sebagaimana firman Allah..

“Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir itu, seandainya mereka mengetahui.”


Kita memohon kepada Allah kesejahteraan dan keselamatan dari kejahatan sihir dan semua jenis perbuatan tukang sihir dan tukang ramal. Kita memohon pula kepadaNya agar kaum muslimin terpelihara dari kejahatan mereka. Semoga Allah SWT memberikan pertolongan kepada kaum muslimin agar sentiasa berhati-hati terhadap mereka, dan melaksanakan hukum Allah dengan segala sangsi-sangsinya kepada mereka, sehingga manusia menjadi aman dari kejahatan dan segala perbuatan keji yang mereka lakukan. Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Mulia !

SUMBER RUJUKAN

1)Darul Syifaa' (Tuan Guru Dato' Dr Haron Din)
2)rawatansihir.com(Al Quran sebagai As Syifa)

No comments: