Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 11, 2009

GHOST...

Ape la punye makhluk ni kan..GHOST..
Ramai yang takut dengan bende Allah ni..
tapi nak buat apa takut.tak perlu takut pun.
Anda perlu beraniuntuk berhadapan dengan GHOST.
GHOST ni sebenarnya Jin dan syaitan.Kalau kite berani dengan die,die
pulak akan takut dengan kite.tapi pastikan dulu ilmu cukup di dada.


Tapi aku bukan nak story hal ni..
Aku nak story pasal satu drama best produk Malaysia.
Sebaris dengan Gol&Gincu.KAMI pun aku xrase best.
Cite ni sumthing different bagi aku..Bukan juga SAMPAH macam SpaQ..
Huh..SpaQ = SAMPAH??nape??nantikan..



Try pulak tengok Trailer die..Skali dengan OST tu..


ok..Series ni dah nak masuk season 2 19April ni..
Sungguh aku xsangka..Haha..So TQ kpd Vee yang telah memperkenalkan
blog si BoB(series KAMI)


AKu suke gile kat Cheryl Samad+Naz dats why la kot aku layan cite ni,
tp once dah tengok,aku pun suke bkn sbb kekuatan diorang je,tapi jalan cite menarik.
Ada isu sensitif..Tapi seperti biasa,chinese director..so hasil kerja die ni agak menarik.
Bukan macam Filem Ada Cinta (INDONESIA).Okla..tak mau cakap panjang(padahal menaip)
so korang baca la sinopsis Ghost 2 ni pulak yek..


GHOST SEASON 2
Your favourite supernatural thriller is back only on 8TV!

Masihkah anda ingat dengan siri GHOST yang ditayangkan di 8TV sebelum ini? April ini, GHOST kembali mengisi hari-hari anda dengan musim ke-2 yang pastinya lebih mendebarkan!

Musim ke-2 GHOST akan disiarkan bermula 19 April 2009 jam 10.30 malam hanya di saluran hip 8TV! Musim ke-2 ini menjanjikan lebih banyak elemen seram, plot yang lebih menarik dan penuh dengan adegan yang mendebarkan!

Cheryl Samad (Eza) sekali lagi bergandingan dengan Nazrudin Rahman (Zack) dalam drama GHOST ini. Turut membintangi drama ini ialah Fairil Emran (Fariz), Anding Indrawani (Alam), Isma Hanum (Harum), Melissa Campbell (Alicia Soo), Zahiril Adzim (Ridzuan) dan Colin Kirton (Edmund Soo).


GHOST (Musim ke-2) bermula selepas 2 tahun kes pembunuhan Zack Imran berlaku. Kehidupan Eza berjalan seperti biasa. Kerjaya sebagai wartawan semakin berkembang dan kehidupan peribadinya juga berjalan dalam keadaan yang baik. Baru-baru ini Eza sibuk menyiasat misteri kehilangan Alicia Soo seorang gadis cantik anak kepada seorang peguam terkenal Edmund Soo.

Berpandukan petunjuk yang diperolehinya, Eza akhirnya bertemu dengan Harum. Eza berasa cukup pelik kerana dapat meilihat Harum yang sebenanya sudah lama meninggal dunia. Kini, Eza cuba menyiasat misteri kematian Harum pula.

Pada masa yang sama, gambar-gambar mangsa pembunuhan sering bermain di fikiran Eza dan masing-masing mempunyai satu persamaan iaitu mempunyai ukiran hati di pergelangan tangan masing-masing.

Siapakah pembunuh yang dicari-cari Eza? Adakah beliau yang bertanggungjawab dengan apa yang terjadi kepada Alicia dan Harum?

Eza berusaha untuk menyelesaikan kes yang rumit ini dan mendapati semua kes itu berkait antara satu sama lain.


“Drama bersiri popular Ghost kini kembali dengan musim terbaru! Musim ini membawa anda dengan plot yang lebih menarik dan mendebarkan,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi.

“Musim ke-2 ini lengkap dengan elemen suspens dengan bantuan watak-watak baru untuk memberi jalan cerita yang lebih menarik. Saya pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan drama bersiri ini!” tambah Kim.

Untuk mengetahui kisah Eza dengan lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan. Ghost (Musim ke-2) bermula 19 April 2009 jam 10.30 malam hanya di 8TV!

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!




1 comment:

PakciQue said...

GHOST adalah sebuah drama suspen triller yang sangat bagus. Mana ada lagi produksi yang membuat drama seperti ni. Walaupun penggunaan judul drama yang agak cliche. Tapi, yang penting adalah jalan ceritanya.

Dapatkan ulasan dan review mengenai drama ni di GHOST[at]Noorhidayat.comDan mari kita berspekulasi.