Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 29, 2009

Antivirus365.net


Tiada yang lebih memudahkan selain mempunyai pusat setempat untuk melakukan segala urusan keselamatan PC. Itulah yang ditawarkan di laman web www.antivirus365.net iaitu laman web yang dibina khas oleh Kaspersky Lab dan pembangun tempatan bagi menyediakan produk, sokongan dan portal talian setempat untuk pelanggan serta pengguna mendapatkan maklumat mengenai perisian antivirus popular itu.

Disebabkan selera pengguna kini yang semakin berbeza-beza dan perkembangan dunia Internet yang kian meningkat, pendekatan atau ‘trend’ menjual perisian menerusi Internet itu dirasakan dapat memberi cara baru kepada pengguna untuk memastikan komputer dilindungi daripada ancaman virus dan Malware berbahaya dengan
hanya klik, bayar dan sedia untuk dipasang. Malah pengguna tidak perlu bimbang atau menunggu siang hari untuk mendapatkan antivirus komputer kerana ia beroperasi 24jam sehari, setiap hari.

Menariknya, laman web antivirus365.net ini juga boleh diakses oleh negara lain di Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan banyak lagi di mana urusan jual beli juga dibuat mengikut matawang dan bahasa tempatan masing-masing, semuanya menerusi alamat domain yang sama. Menurut Pengarah Jualan Antivirus365.net, lebih banyak bahasa juga akan disediakan untuk laman web ini di masa akan datang.

Selain produk perisian Kaspersky yang boleh dibeli secara talian, pengguna juga boleh memperbaharui lesen perisian mereka dan mendapat diskaun. Pengguna boleh memuat turun perisian percuma untuk tempoh percubaan 30 hari sebelum membuat keputusan membelinya dan beberapa ciri lain yang memudahkan pengguna mendapatkan servis serta maklumat yang diperlukan sebelum dan selepas pembelian.

Salah satunya ialah ciri Live Support yang membolehkan pengguna sembang dalam masa sebenar dengan juruteknik atau tenaga mahir bagi sebarang soalan mengenai produk Kaspersky. Jadi tidak perlulah anda buka buku manual yang tebal untuk ‘troubleshoot’ perisian. Sembang sahaja untuk mendapat jawapan segera (meskipun buku panduan boleh dimuat turun). Masa menunggu untuk juruteknik ini respon tidak mengecewakan. Dalam beberapa minit sahaja mereka akan melayan pertanyaan anda. Tapi pastikan fungsi ini ‘Online’ dahulu ya.

Artikel sepenuhnya dalam Majalah PC APR 2009

No comments: