Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 29, 2009

Kelesuan...

Aku nak share something yang aku terjumpa dalam blog seorang yang dah berpengalaman..Kire otai gak..AKu pun xkenal sapa die..Tapi artikel memang bagus dan bermanfaat..Aku copy paste kat sini..

Pensyarah Psikologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Encik Khairol Anuar Masuan, berkata kelesuan ada kaitan dengan kekuatan bekerja, makanan kurang berzat, kebimbangan dan kemurungan, kurang tidur, tekanan mental dan sebagainya.

Beliau percaya kebanyakan orang tidak cukup tidur sedangkan menjadi fitrah manusia untuk tidur tujuh hingga sembilan jam setiap malam.

"Apabila tidak cukup tidur, masuklah tidur lebih awal pada malam berikutnya. Memang sesuatu yang lumrah seseorang akan mengalami kesukaran untuk tidur jika dalam keadaan tertekan atau sakit," katanya.

Menurutnya, jika itu bukan puncanya, cuba jauhi minuman kopi enam jam sebelum waktu tidur dan hanya masuk ke bilik tidur apabila terasa letih.

Jika tidak juga mengantuk selepas 20 minit kemudian, bangkit dan baca buku atau tonton TV sehingga anda benar-benar mengantuk.

Encik Khairol yang juga perunding psikologi di sebuah pusat kaunseling menegaskan bahawa lazimnya wanita, bayi atau kanak-kanak mudah keletihan kerana anemia yang berpunca dari kurang zat besi -- darah kekurangan hemoglobin iaitu bahan yang membawa oksigen ke sel-sel badan.

Tahap hemoglobin boleh menurun kerana memakan makanan kurang zat besi, terutama di kalangan mereka yang hanya makan sayur atau yang mengawal makan untuk melangsingkan badan, atau akibat kehilangan darah.

Beliau percaya, turut menyumbang kepada rasa kelesuan itu ialah apabila seseorang merasai diri mereka lebih rela mati daripada hidup seperti ketika mengalami perceraian, kehilangan pekerjaan dan kesihatan yang semakin merosot.

"Jika kesedihan yang amat sangat mengganggu kehidupan harian, anda mungkin memerlukan rawatan untuk kemurungan. Namun, sesetengah orang dapat mengatasi semua itu dengan bersabar kerana masa mampu mengubati segala-galanya," ujarnya.

Penghidap apnea (gangguan sementara pernafasan) akan terbangkit dari tidur beberapa kali setiap malam, selalunya tanpa disedari.

Gangguan itu boleh menyebabkan keletihan, katanya, sambil menambah apabila apnea menyerang, saluran nafas bahagian atas terganggu dan menyekat pernafasan. Tanda-tandanya ialah dengkuran yang kasar dan tercungap-cungap. Bagaimana untuk mengetahui sama ada kelesuan yang dialami berpunca dari kemurungan dan bukan sesuatu penyakit seperti selesema?

Encik Khairol percaya mereka yang kemurungan sering berasa letih sebelah pagi dan keletihan itu datang sekali-sekala. Mereka biasanya tiada semangat untuk melakukan sesuatu yang selalunya digemari, tidak ada daya tumpuan, ingatan atau keupayaan membuat keputusan.

Sebaliknya, orang sakit akan berasa segar selepas berehat satu malam tetapi akan merasa semakin letih menjelang petang, katanya.

Encik Khairul mengesyorkan beberapa taktik pemulihan:

Aturkan jadual harian. Tentukan apakah yang terpenting dan pastikan apa yang hendak dilakukan.

  • Mulakan hari anda dengan berjalan seketika bagi mengembalikan tenaga dan menghidupkan 'jentera' badan.

  • Jangan gopoh. Jadual yang tergesa-gesa merampas tenaga kita.

  • Lakukan hanya apa yang boleh. Jangan hanya pandai menyanggupi setiap tugas yang diberi tetapi akhirnya tidak berupaya melaksanakannya.

    Sediakan senarai, tentukan keutamaan anda dan tandakan kemajuan, dengan melakukan sebaik mungkin tugas yang ada dalam tangan.

  • Jaga berat badan. Ini kerana beberapa paun berat tambahan pasti mempercepatkan kelesuan.

  • Makan dengan teratur. Jangan tersilap pilih makanan. Jangan abaikan makan pagi. Makan secara ringan.

  • Makanan yang seimbang penting untuk membebaskan diri dari kelesuan atau keletihan.

  • Tidur adalah tonik. Amalkan tidur sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam setiap malam, dan rehatkan mata sejenak waktu siang.

  • Rehatkan otak dengan meditasi, bersembahyang atau mendengar alunan muzik yang menenangkan.

  • Banyak minum air kerana ia perangsang tenaga. Berendam dalam kolah mandi pasti melenyapkan terus kelesuan.

  • Ketawa juga penawar. Selitkan kehidupan kita dengan jenaka dan gurauan.

  • Usahakan perubahan. Sahut cabaran baru. Lakukan kelainan terhadap sesuatu pendekatan. Cergaskan diri nescaya hidup akan bertambah ceria.

    Ingatlah bahawa menerokai sesuatu adalah fitrah manusia. Ia mendatangkan banyak keseronokan dan mencungkil sumber tenaga dari dalam diri kita. Lakukan sesuatu yang digemari. Luangkan masa untuk membaca, pergi berkelah, mengunjungi kawan dan ceriakan diri.

    Kehidupan bukan untuk bekerja semata-mata. Kita perlu rehat.

    Cuba patuhi panduan mudah ini, insya-Allah anda tidak lagi diganggu kelesuan.

posted by Bin Abu Bakar

1 comment:

ain said...

gue selalu tido 9 jam sari...xpon lebeh..ngeeeeeeeeeee..(*_*)