Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Mar 31, 2009

Faisal Tehrani Menyokong PENUH Ir Nizar....Tolak calon UMNO/BN..

Memperakukan Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin


Sebagai seorang yang bebas dan tidak mahu disabitkan dengan mana-mana parti politik, saya kira amat sukar untuk membuat keputusan siapa yang harus diperakukan di Bukit Gantang, Perak.

Mengabaikan faktor PAS bersekongkol dengan kumpulan 'orang itu' dan jalur yang saya tolak secara peribadi, serta faktor memiliki kawan-kawan yang ramai dalam parti UMNO (maaf teman, 'isu bahasa' sangat penting buat saya); saya memilih untuk merenung isu-isu yang dibawa oleh calon-calon yang bertanding secara objektif.

Oleh kerana Naib Presiden UMNO yang baharu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, masih berlengah membuat keputusan segera mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), saya tidak dapat menafikan sebagai pengarang sastera Melayu dan 'pejuang bahasa Melayu tidak rasmi' saya
berkewajiban memperakukan (endorsing) Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berbanding Ismail Saffian. Calon bebas Kamarul Ramizu Idris pula tidak diketahui pendiriannya. Sikap saya jelas, saya tidak tergamak menderhakai bahasa Melayu.

Ini adalah kerana, pada tahun 2006, Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar Jamaluddin (anak calon PAS di Bukti Gantang), 10 tahun telah menyaman kerajaan, bersama-sama beberapa pelajar sekolah yang lain kerana kementerian pelajaran memilih untuk melaksanakan dasar yang menyebabkan sebilangan besar para pelajar (khususnya kaum Melayu) berdepan dengan pelbagai krisis.

Calon PAS di Bukit Gantang (klik sini untuk blog beliau) yang merupakan seorang jurutera dapat dijadikan contoh dalam hal kemahiran berbahasa. Selain merupakan graduan kejuruteraan dari University of Aston, Birmingham, England, beliau juga fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan Hokkien. Beliau juga dikhabarkan dapat berbahasa Arab.

Kembali kepada sebab utama saya memperakukan beliau, saya ingin menegaskan kedudukan bahasa Melayu sama pentingnya dengan kedaulatan Raja-raja Melayu. Selari dengan gesaan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang menggesa rakyat untuk menolak dasar ini dengan undi; saya berharap rakyat yang prihatin dapat mengambil kira faktor isu membantah PPSMI ini ketika mengundi 7 April kelak di Bukit Gantang.

* Maklumat di atas dapat dirujuk menerusi 'salah sebuah akhbar tempatan', atau baca di bawah:






4 Pelajar Saman Kerajaan Isu Sains, Matematik dalam BI

Oleh: AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pelajar sekolah rendah dan tiga pelajar sekolah menengah hari ini menyaman kerajaan berhubung pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Mereka menuntut perisytiharan mahkamah bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saman pemula tersebut difailkan oleh Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar, 10; Mohammad Fadzil Nor Mohd. Rosni, 15; Nur Najihah Muhaimin, 15; dan Syazaira Arham Yahya Ariff, 16, melalui bapa masing-masing.

Dalam saman tersebut, mereka menuntut perisytiharan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002 bertarikh 27 November 2002 adalah tidak berperlembagaan, tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai sebarang kesan.

Pelaksanaan dua mata pelajaran itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam mulai tahun 2003.

Mereka turut menuntut perisytiharan yang sama terhadap Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12/2002 untuk SJK Cina.

Mereka yang menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan juga menuntut perisytiharan bahawa defendan tidak mempunyai kuasa dan budi bicara untuk memperkenal, menguatkuasa dan melaksanakan dasar yang dinyatakan dalam Pekeliling 11 dan 12 tersebut.

Di samping itu, mereka menuntut perintah mengarahkan defendan supaya menukar semula dasar tersebut menurut kehendak dan peruntukan perlembagaan serta undang-undang bertulis.

Tindakan saman ini diambil dengan alasan antara lainnya ialah pelaksanaannya dibuat tanpa mengambil kira peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 serta Akta Pendidikan 1996.

Mereka juga mendakwa wujud diskriminasi apabila terdapat perbezaan peruntukan tempoh masa dalam seminggu bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkenaan antara SK dan SJK Tamil dengan SJK Cina serta antara pelajar di kawasan bandar dengan pelajar luar bandar.

Saman itu dikemukakan oleh mereka selaku plaintif pertama hingga keempat melalui bapa masing-masing iaitu [b]Mohammad Nizar Jamaluddin[/b], Mohd. Rosni Abu Bakar, Muhaimin Sulam dan Mejar (B) Yahya Ariff Kamaruzzaman.

[b]Mohammad Nizar, seorang jurutera dan Yahya, bekas pegawai tentera bersama beberapa ahli parti Pas termasuk Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, [/b]Idris Ahmad turut hadir semasa saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini.

Afidavit Mohammad Nizar, 49, yang difailkan bagi menyokong saman berkenaan menyatakan bahawa anaknya, Syawwaal merupakan pelajar tahun empat di SK Batu Tiga, Temoh, Perak.

Mohammad Fadzil Nor dan Nur Najihah masing-masing pelajar tingkatan tiga di SMK Tok Muda Abd. Aziz dan SMK Seri Perak manakala Syazaira pelajar tingkatan empat di Madrasah Idrissiah, Bukit Chandan, Perak.

Dia mendakwa plaintif-plaintif telah dipaksa belajar dan diajar bagi kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris tanpa kerelaannya sebagai bapa dan bapa-bapa pihak plaintif lain.


Miss my family...





Kisah Kasih Ibu

Seorang anak malu dengan ibunya. Ibunya cacat.. hanya kerana hilang sebelah mata. Tapi kasih sayang ibu tak pernah cacat. Ibunya menjaga anak itu penuh kasih dan sayang. Bapa anak itu telah lama tiada. Ibu itulah bapanya, yang menyara dan mencari nafkah.

Bila anak itu mula bersekolah, dia malu diejek dek kerana kecacatan ibunya itu. Kadangkala dia lari dari ibunya kerana malu dilihat rakan-rakan. Dia masih kecil untuk memahami kasih ibunya. Ibunya redha..

Kemudian anak itu belajar di Universiti, berkat doa dan usaha ibu itu. Namun perasaan anak itu kekal sama. Malu dengan ibunya sendiri. Malang sungguh ibu itu.. Anaknya meninggalkannya bila sudah berjaya. Anak itu tinggal di negara jiran bersama isteri yang dikahwini tanpa pengetahuan ibunya.

Ibu tidak patah hati. Rajuk ibu tidak lama kerana kasih pada anaknya. Dia menjejaki anaknya. Jumpa. Di depan pintu rumah anak itu, ibu memanggil nama anaknya. Anaknya yang tahu ibunya datang, tidak mengendahkan ibunya di luar. Akhirnya ibu sedar, apalah yang hendak di tunggu lagi. Ibunya pulang...dengan hati yang sangat hiba...

Masa berlalu pantas.. Tiada bezanya bagi si anak ini. Ibunya menanti hingga ke akhir hayatnya.. Anak itu sedar akhirnya, tetapi segalanya sudah terlambat.

Anak itu kembali ke tempat asalnya, ingin berjumpa dengan ibunya buat kali terakhir. Ibu sudah tidak boleh memeluk anak itu.. Tiada lagi suara ibu.. Tiada lagi ciuman untuk anak itu seperti tahun-tahun dahulu. Yang tinggal hanya sekeping surat..

"Anakku.. Ibu sangat sayangkanmu. Ibu sangat bangga dengan apa yang kau kecapi..kejayaanmu adalah kejayaan ibu.. Mengenangkan itu, ibu sentiasa saja tersenyum..Anakku..ibu hanya mahu kau tahu. Sebenarnya semasa kau terlalu kecil dan tidak mengerti apa-apa, kemalangan telah menimpamu. Ibu bersyukur kau selamat, namun matamu sebelah buta. Ibu kasihankan mu anakku.. Ibu hadiahkan mata ibu untukmu. Supaya kau sempurna.. Supaya kau tak perlu malu akan kekuranganmu dengan kawan-kawan yang lain.. Ibu mahu yang terbaik untukmu.. "







Rindu umi sangat2..

Mood sekarang..


Sedih dan kecewa...

Rasa sakit..YaAllah apa yang perlu aku lakukan sekarang??

Harap semua yang berlaku ada hikmahnya..

Semoga yang terbaik untuknya...

Mar 30, 2009

Pandangan Politik semasa..

PEMILIHAN AGONG UMNO..

Sebagai pemegang status Ahli Pemuda UMNO berdaftar
aku lebih menerima KJ sebagai pemimpin berbanding 2 yang lain sebab die yang paling berani berdepan atas rasa tanggungjawab sebagai Ketua
bukan seperti 2 insan yang lain.

Komen Tun Mahathir beliau tidak akan hadir kerana kecewa
dengan Ketua Pemuda baru yang RASUAH.Beliau menambah
pemuda merestui RASUAH.Tetapi Tun M terpaksa akur dengan
permainan POLITIK dan hadir juga pada malam tersebut.


Mesti beringat jika kamu ingin melihat masa depan sebuah negara,lihatlah
pada generasi mudanya..Jadi,bagaimana masa depan UMNO??Sendiri mau ingat..

Sebenarnya banyak lagi golongan pemuda yang bagus2 dan tak mengharap apa2 cuma perjuangan yang jitu,tetapi apakan daya,dek kerana tidak ada kabel,diketepikan begitu sahaja.Setahu aku,antara yang paling cemerlang meningkat sebagai kepimpinan dalam UMNO Anwar Ibrahim sahaja.Tengok background family Anwar,ada yang daripada kempimpinan UMNO??Atau hanya bergantung pada dirinya sahaja??


Bukit Selembau

Mood pengundi dikatakan berpihak kepada BN (55%) berbanding PR (45%)


Manikumar tidak dikenali,tetapi bak kata Hishammuddin Rais
"kebencian kita kepada BN lebih besar daripada kebencian kita
kepada perkara lain (di Malaysia)" mungkin boleh menjadi pegangan
majoriti rakyat Bukit Selembau.

Memang wujud perpecahan PKR di Bkt Selembau,tetapi biarkan sahaja.
Sepatutnya rasa bertuah sebab golongan yang gila jawatan telah dengan rela hati keluar daripada parti.PKR dan Pakatan Rakyat lain memang telah mengumumkan sesiapa
yang mahu bersama mereka jangan mengharap kepada nama,pangkat dan sebagainya.


Ustaz Azizan memang "cenge".Garang beb..TV3 suku tanya pasal ramai calon kat Bkt Selembau sehingga 13 calon bebas,Ustaz Azizan boleh sound balik menggunakan nada berseloroh "La..13orang??Saya ingat 20 orang"..hehe..memang bertuah PAS dan Pakatan Rakyat Kedah mempunyai Ustaz Azizan yang tegas dan xlayan dengan provokasi murahan ciptaan KERAjaan Pusat.


Bukit Gantang

Sememangnya sehingga sekarang kurang bersetuju Ir Nizar sbg calon.Tetapi jika mahu dilihat dan diuji favorite rakyat Perak sama ada Ir Nizar pemimpin mereka,aku terima.Semoga yang terbaik buat MB perak yang masih sah dari sudut undang2 Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin..

Untuk lebih senang lihat je semua gambar ni,buat penilaian di Bukit Gantang..
Semua sumber dari blog PASAKKAKI












Tahniah buat masyarakat Malaysia yang berjaya menzahirkan semangat satupadu dan setiakawan.Kita memang tidak pernah nak mengeksploitasi isu perkauman,siapa yang menyuarakan?hanya pemimpin yang tamak dan rasuah sahaja.

Batang Ai

Tak begitu pasti,tapi sumber sahih mengatakan bahawa mood pengundi kepada PKR.Yang kita takut jika pengundi termakan dengan rasuah dan ugutan BN sahaja.

Mar 29, 2009

Penat....

Salam..

Kepada semua pengunjung yang begitu taksub mengenai
politik Malaysia,anda tidak dinasihatkan untuk membaca entri ini.
Sila ke entri seterusnya atau tunggu sehingga entri baru menyusul.
hehe..

Okla..Aku xda nak cerita apa..
Tapi minggu ni memang aku cukup sibuk.
Sibuk dengan apa??Perihal persatuan mahasiswa
yang selalu ingin dijatuhkan dan disabotaj.

Mana ke tidaknya,sebelum ni dah banyak kali
cuba dianiaya.Aku sebelum ni tak tahu menahu
pasal kewujudan persatuan tu,tapi bila
geng2 MPP sebelum ni duk promo suh datang
Mesyuarat AGONG PMS tu,so aku datang jela..
Itulah pertama kalinya aku terlibat secara
tak langsung dengan Persatuan yang penuh kontroversi
tu sampai ke hari ni.Dan menjadi pendokong kuat Persatuan tu jugak.


PMS atau nama penuhnya Persatuan Mahasiswa Sains
telah wujud sejak sekian lama,tetapi ianya lumpuh akibat daripada
pimpinan sebelumnya dan tidak mendapat support yang kuat daripada
pensyarah fakulti,tetapi Tengku Ghaffar atau lebih dikenali sebagai
Akhi TG telah menaikkan semula pesratuan ini.

Masa aku mula2 join,malam mesyuarat agong dah
nampak anasir2 luar yang cuba menjahanamkan
persatuan,lebih2 lagi ada pula MT yang khianat
yang sepatutnya memegang amanah berkaitan wang,
tapi yang terpaksa menanggung beban pula si Mr Presiden.

Dan mesyuarat pula dibiarkan tertangguh
kerana hal kewangan yang bermasalah.Setelah
sesi debat dan pertikaman mengenai
perlembagaan yang ramai tak tahu menahu
langsung pasal perlembagaan tu,akhirnya mesyuarat
berjalan seperti biasa,dibubarkan kabinet dan
dilantik pula kabinet yang baru.

Kemudian timbul pula isu BLOG yang baru,Gabungan Mahasiswa
Sains yang mengharap mahasiswa sains bersatu bawah mereka
untuk membawa suara mahasiswa.Dibiarkan kerana disangka mereka
tidak membawa sebarang masalah,cuma pelik kenapa bila sudah ada PMS
yang berdaftar bawah HEPA tetapi wujud sesuatu yang tidak berdaftar dan
tidak ada wakil GMS yang muncul mendedahkan identiti masing2 bagaimana
mahu membela suara mahasiswa Sains..


Kemudian yang paling terbaru isu KEMPEN DERMA PEN
MAHASISWA KAMPUS untuk kanak2 luar negara melalui UNESCO.
Terdapat kotak derma pen yang berisi pen telah dicuri.
Kotak derma dicuri.Apa motif pelaku??Kalau nak sabotaj bukan sabotaj
program.Setidak2nya cari la MT dan EXCO PMS sendiri atau sabotaj
kenderaan kami.Bukan mencuri barang hasil derma orang lain.


Walau apa pun terjadi,prespektif aku mengenai
mahasiswa sains masih lagi tinggi.Mereka yang
bebas dan tidak taksub dengan politik kampus
menyokong penuh segala gerak kerja.Menyertai aktiviti
yang telah disediakan.Seperti seorang kawan aku yang
cukup sempoi dan kelakar ni..


Die ni cukup la baik hati..
Dalam hujan lebat hari tu
die datang gak program..
Bayangkan la kalau kite hari jumaat malam
dengan keadaan hujan lebat,dah tu siap black out pulak
kat dewan tempat aktiviti berlangsung,nak ke datang??
hehe..TQ Paani sebab bagi pinjam torchLite b4 keadaan pulih.
Then sanggup angkat n susun meja walaupun ko bukan saketeriat
ataupun mana2 biro persatuan..Ko memang baik..

Untuk kenal lebih rapat dengan Paani,kunjungi blog beliau..
http://paanipeace.blogspot.com/




Tidak lupa kepada saketeriat Festival FST
dan Biro2 yang bertugas,tahniah atas program.
Lain kali kite buat lagi,tapi aku nak buat untuk budak sam
aku je dulu..hehe..Nak unite bdk sains batch 07/08..

Mar 27, 2009

Earth Hour..

Bermula tahun 31 March 2007 di Australia..



dan sekarang Malaysia turut menyertai kempen ini..



Solidariti untuk BUMI kita..

Earth Hour..

28March 2009
8.30pm-9.30pm

Mar 25, 2009

Najib Menggila..Najib Mengganas..

Penulis menulis dengan gaya freestyle..Bukan penulisan ilmiah..Tidak ada tapisan..Dalam keadaan penuh emosi..





Ini je yang dapat aku ungkapkan mengenai politik semasa..
Apa yang boleh diungkapkan lagi apabila media yang digunapakai sebelum ini,
korang boleh pergi mana2 negara lain,ada lagi tak negara lain sezalim malaysia??

Aku bukan puji negara lain then nak duduk sana..
Aku kutuk dan kecam kerajaan ZALIM UMNO/BN yg mentadbir Malaysia..

Family aku semua UMNO berdaftar beb..
Termasuk aku..Kalau sapa ada No IC aku,korang leh check la
aku UMNO bhgn mana..Seluruh family aku gak kecuali
adik aku yang still sekolah dengan sorang adik aku yang
study kat IPDA..SU Politik seorang menteri kabinet yang cukup2
berpengaruh dalam UMNO pun memang dah macam sedare mara rapat
kitorang..

Tapi sebab UMNO dah mula hilang arah tuju,
perlu ke aku support yang salah??
Aku lebih ke arah PKR dah skg ni..
Sesiapa yang kenala ku memang dah tau la..




Sesiapa je aku pun hentam gak,
walaupun kawan baik sendiri aku akan kondem if dorg salah..
Tapi xbuat la main tikam2 belakang ni..
Buat depan2 beb..Tak de main perguna puak ni,
perguna badan sana..Semua secara jantan..
AKu buat blog ni pun,kalau aku duk lepak mana2 blog lain
xde aku guna nama lain selain nama aku..


La ni,Najib dah sekat akhbar SuaraKeadilan dan Harakah..
Gile apa Hamid Albar??Ajak bahas depan2 live bagi seluruh Malaysia xnak..
Kite nak guna data yang ada dalam akhbar tu gak,malaun tu yang
cakap akhbar2 ni pembohong,berita xbenar..

tapi kenapa takut???Aku entri2 sebelum ni dah banyak bahas pasal
isu penipuan fakta Utusan,Bharian,TV3 dan RTM..Bilangan peserta perhimpunan
yang dikatakan xmendapat sambutan tu dijadikan 10% je..
memang bebal kalau cm2..So nama hamid Albar boleh ditukar kepada Hamid bebal..

Isu ANWAR dapat perlindungan daripada kedutaan Turkey satu masa dulu..
Lihat apa ulasan malaun ni dulu..Die cakap kedutaan Turkey xbagi perlindungan pun..
Anwar yang tetiba2 datang dan masuk sana..

Hahahaha..Can u imagine??Macam ada la seorang yang datang kat rumah korang,xda kaitan apa2 pun tetiba masuk rumah korang dan menetap kat sana selama 3hari 2malam..
Kedutaan Turkey apa kaitan ngn si Nuar tu??Dia orang Malaysia..Hah..So fikirla sebab apa..Logik ke alasan si bebal tu..


Pilihanraya Bukit Gantang dan Bukit Selembau pun dah ditetapkan..
Anwar setiap masa buat roadshow..Terpaksa..xda media yang boleh nak publish kat orang ramai
secara terus.Lain la ada TV dan newspaper yang boleh terbit setiap hari.Harapkan Harakah & SuaraKeadilan pun kena tunggu lagi 3bulan baru boleh cetak.Tapi sebelum si bebal menteri KDN tu tarik lesen,awal bulan March lagi semua akhbar SK dah kena rampas kat seluruh Perak,xda satu pun terlepas.


Ceramah Anwar 2hari lepas di Bukit Selambau diporak perandakan FRU dengan membaling BOM PEMEDIH mata dan AIR BERASID dan malam tadi di Bukit Gantang pun tindakan yang sama turut diambil.Apa yang ada pada Pakatan Rakyat sekiranya Najib Tun Razak berjaya menduduki takhta sebagai PM kelak?APa kebebasan yang dinikmati oleh rakyat?Apa pembaharuan yang akan dilakukan??



Gobind digantung selama Setahun kerana mendesak Najib Razak mengenai laporan UTAMA akhbar di Perancis.Karpal "dikerumuni" samseng2 jalanan UMNO kerana mengatakan Pemuda UMNO "Celaka",Lim Kit Siang digantung sehari kerana mengatakan UMNO GILA KUASA..
Sememangnya gila,selama ini bermacam2 ayat dan kata hinaan kepada pakatan rakyat,tetapi apa tindakan yang diambil??

Menteri Rasuah hanya dikenakan tindakan displin UMNO yakni sangat berat (tak boleh bertanding),jadi apa gunanya SPRM??Kenapa tidak mereka dikenakan tindakan seperti perasuah yang lain???

Walau apa pun retorik sang Najib,tetapi ramai yang turut sedar akan akibat jika Najib menjadi PM kelak.Pemerintahan ala diktator akan kembali di Malaysia tercinta.Justeru,ramai yang telah menyokong supaya pelan peralihan kuasa ini tidak berlaku kepada malaysia,tetapi hanya untuk UMNO sahaja.Lagi pula Berita NAJIB terbabit dalam pembunuhan Altantuya telah menjadi tajuk hangat di Indonesia dan juga Perancis sejak 2minggu yang lalu.


Siapa bakal PM Malaysia??