Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Mar 30, 2009

Pandangan Politik semasa..

PEMILIHAN AGONG UMNO..

Sebagai pemegang status Ahli Pemuda UMNO berdaftar
aku lebih menerima KJ sebagai pemimpin berbanding 2 yang lain sebab die yang paling berani berdepan atas rasa tanggungjawab sebagai Ketua
bukan seperti 2 insan yang lain.

Komen Tun Mahathir beliau tidak akan hadir kerana kecewa
dengan Ketua Pemuda baru yang RASUAH.Beliau menambah
pemuda merestui RASUAH.Tetapi Tun M terpaksa akur dengan
permainan POLITIK dan hadir juga pada malam tersebut.


Mesti beringat jika kamu ingin melihat masa depan sebuah negara,lihatlah
pada generasi mudanya..Jadi,bagaimana masa depan UMNO??Sendiri mau ingat..

Sebenarnya banyak lagi golongan pemuda yang bagus2 dan tak mengharap apa2 cuma perjuangan yang jitu,tetapi apakan daya,dek kerana tidak ada kabel,diketepikan begitu sahaja.Setahu aku,antara yang paling cemerlang meningkat sebagai kepimpinan dalam UMNO Anwar Ibrahim sahaja.Tengok background family Anwar,ada yang daripada kempimpinan UMNO??Atau hanya bergantung pada dirinya sahaja??


Bukit Selembau

Mood pengundi dikatakan berpihak kepada BN (55%) berbanding PR (45%)


Manikumar tidak dikenali,tetapi bak kata Hishammuddin Rais
"kebencian kita kepada BN lebih besar daripada kebencian kita
kepada perkara lain (di Malaysia)" mungkin boleh menjadi pegangan
majoriti rakyat Bukit Selembau.

Memang wujud perpecahan PKR di Bkt Selembau,tetapi biarkan sahaja.
Sepatutnya rasa bertuah sebab golongan yang gila jawatan telah dengan rela hati keluar daripada parti.PKR dan Pakatan Rakyat lain memang telah mengumumkan sesiapa
yang mahu bersama mereka jangan mengharap kepada nama,pangkat dan sebagainya.


Ustaz Azizan memang "cenge".Garang beb..TV3 suku tanya pasal ramai calon kat Bkt Selembau sehingga 13 calon bebas,Ustaz Azizan boleh sound balik menggunakan nada berseloroh "La..13orang??Saya ingat 20 orang"..hehe..memang bertuah PAS dan Pakatan Rakyat Kedah mempunyai Ustaz Azizan yang tegas dan xlayan dengan provokasi murahan ciptaan KERAjaan Pusat.


Bukit Gantang

Sememangnya sehingga sekarang kurang bersetuju Ir Nizar sbg calon.Tetapi jika mahu dilihat dan diuji favorite rakyat Perak sama ada Ir Nizar pemimpin mereka,aku terima.Semoga yang terbaik buat MB perak yang masih sah dari sudut undang2 Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin..

Untuk lebih senang lihat je semua gambar ni,buat penilaian di Bukit Gantang..
Semua sumber dari blog PASAKKAKI












Tahniah buat masyarakat Malaysia yang berjaya menzahirkan semangat satupadu dan setiakawan.Kita memang tidak pernah nak mengeksploitasi isu perkauman,siapa yang menyuarakan?hanya pemimpin yang tamak dan rasuah sahaja.

Batang Ai

Tak begitu pasti,tapi sumber sahih mengatakan bahawa mood pengundi kepada PKR.Yang kita takut jika pengundi termakan dengan rasuah dan ugutan BN sahaja.

No comments: