Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 17, 2008

Tips Untuk Umur Panjang.

Nak tahu tips untuk panjang umur? Mungkin ada yang kata nak panjang umur jaga pemakanan dan kesihatan, banyakkan senaman dan sebagainya. InsyaAllah itu semua boleh membantu. Tapi yang saya nak beritau ni agak lain sedikit.


Daripada Ibn Abbas r.a. Rasulullah SAW: Tertera dalam kitab Taurat:
Siapa yang suka usianya panjang dan rezekinya bertambah, maka hendaklah menyambung silaturahim.


Dalam hadis yang lain pula kealpaan mengambil berat terhadap silaturahim adalah seperti berikut:


HR Asbahani: Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya rahmat Allah swt tidak turun ke atas sesuatu kaum yang ada padanya orang yang memutuskan silaturahim.


Oleh itu, janganlah kita semua suka memutuskan silaturahim dan sentiasalah merapatkan hubungan anda dengan saudara mara, kawan-kawan, rakan sekerja dan sebagainya... Jangan lupa, ia dibuat biarlah berlandaskan keikhlasan....

No comments: