Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 17, 2008

Berwaspada dengan Harta.

Dalam kehidupan yang semakin mementingkan harta dan kebendaan pada hari ini, kekadang ada yang terlupa akan perintah Allah untuk digunakan di jalan yang sepatutnya. Mereka juga tidak mengira bagaimana sesuatu harta itu diperolehi dan dibelanjakan.


Memberi dan menerima rasuah menjadi amalan harian. Penyelewengan kuasa juga berlaku disebabkan ketamakan diri. Harta yang sepatutnya diperolehi secara halal perlu digunakan secara betul juga, bukannya untuk membeli sesuatu yang haram seperti pil khayal, arak, dan sebagainya.


Membayar zakat, bersedeqah dan seumpamanya merupakan jalan yang dituntut oleh Islam. Janganlah sesekali umat Islam hancur disebabkan kealpaan terhadap penggunaan harta secara positif.


HR Bukhari:
Rasulullah SAW bersabda: Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemikian.

No comments: