Jika Angkatan Muda Keadilan dalam persidangan mengambil ketetapan bahawa pemangkin-pemangkin PKR diketepikan dalam pelbagai aspek dan peluang setelah kemenangan di Selangor di bawah pimpinan MB Tan Sri Khalid Ibrahim, maka itu adalah pendapat sayap muda PKR. Bukan pendapat seorang individu. Pendapat satu sayap utama penggerak parti yang menguasai kerajaan Selangor bersama rakan pakatannya PAS dan DAP.Walaubagaimanapun bidasan Khalid terhadap dakwaan AMK adalah bidasan seorang individu berpangkat tertinggi dalam parti pemerintah yang menafikan semberono dakwaan itu. Persoalannya apakah jika tiada angin pohon akan bergoyang?
Dengan mencongak secara mudah, jika berlaku perkahwinan pada 8 March, pastinya hari ini sudah hampir melahirkan anak. Namun pendukung parti masih tertunggu-tungu, terharap-harap serta ternanti-nanti untuk membina semula kantung kehidupan yang hampir kosong menjelang 8 March lantaran ada yang sanggup berkorban berhabisan hanya untuk melihat kemenangan Pakatan.
Khalid sepatutnyta melihat dengan lebih mendalam, dan memerhati serta menilai semula mengapa ada dakwaan seperti yang dibawa oleh AMK.
Sehingga 8 March siapakah yang sanggup bermati-matian untuk berada dalam sebuah parti politik yang pada waktu itu bertaraf pembangkang? Adakah ahli parti atau pendokong parti seramai hari ini?
Kebanyakan pendokong parti adalah dari kalangan yang professyenal, bekerja sendiri, berniaga dan pesara yang tidak mampu diugut-ugat oleh BN-UMNO. Manakala sebahagian lagi adalah kalangan pekerja swasta dan pekerja kerajaan yang secara sorok-sorok membantu gerak kerja parti. Namun masing-masing tetap memberikan komitmen tenaga dan sumbangan kewangan setakat mampu. Biarpun kecil tetapi nilainya amat besar dalam keadaan segala-galanya kurang.
Tidak kurang juga para usahawan pendokong parti membuat keputusan ‘do or die’. ‘Kalau nak menangpun inilah masanya”, ungkap mereka penuh optimis. Kalau kalah tutup kedai, kalau menang mungkin boleh tarik semula apa yang dikorbankan untuk parti dengan sokongan pemimpin yang telah dinobatkan di puncak kuasa.
Setelah 8 bulan menikmati kemenangan, di Selangor sendiri amat sukar bagi mereka untuk bangun lantaran dasar-dasar kerajaan negeri yang seolah menghalang mereka untuk mencakup peluang-peluang perniagaan sedangkan pada masa yang sama, kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid membiarkan elemen UMNO/BN terus berkuasa di depan hidung Khalid sendiri.
Ini bukanlah omong kosong. Lihat sahaja di Pejabat SUK Selangor, Khalid terus mengekalkan orang-orang kuat pendokong mantan MB Khir Toyo. Malahan perlantikan Khalid dalam beberapa perjawatan menimbulkan banyak kontrovesi dan kemarahan pendokong parti.
Sehingga kini Khalid masih membiarkan GLC Selangor dikuasai oleh orang lama yang pastinya totok UMNOnya. Perlantikan yang Khalid buat juga tidak menggambarkan kepentingan parti sebaliknya mengikut selera dan kehendaknya sendiri.
Dalam beberapa keadaan ia tidak langsung mengambil kira sensiviti rakan pakatan apatah lagi sayap-sayap parti terdiri dari bahagian, wanita dan pemuda. Bahagian-bahagian atau ketua bahagian tidak lebih berperanan sebagai “rubber stamp” yang hanya perlu “endorse” keputusan yang telah dibuat.
Jika anda berada diperkarangan Stadium Melawati di mana berlaku persidangan Kongres ke 5 PKR pada 27-29 November sekarang ini, tanyalah mana-mana perwakilan Selangor apakah persoalan yang dilontarkan di atas mempunyai asas?
Malahan dalam kongres yang sedang berlangsung terdengar desas desus bahawa pemilihan pembahas dan pembawa usul dari Selangor sudah diokestrakan atau “scripted”. Tanyalah mana-mana Ketua Bahagian, jawapannya pastilah “yes”.
Mana yang lebih buruk? Pendukung parti yang hanya memohon sedikit hak untuk meneruskan kehidupan dan memperkukuhkan parti melalui hasil yang mereka perolehi atau perilaku Khalid yang rasanya kelat macam UMNO, masamnya macam UMNO, hamisnya macam UMNO atau Khalid masih lagi berjiwa UMNO?
Akhirnya, Khalid perlu diingatkan agar jangan terbawa-bawa sikap peribadinya dalam tugas harian sebagai pemimpin negeri dan parti. Jika Khir Toyo terpaksa menanggung bala yang besar kerana terlepas negeri ini kepada Pakatan Rakyat apakah Khalid juga mahu mengulanginya dalam masa yang lebih singkat? Fikir-fikirkan lah.
CheguFADH:
Wah..susahnye masalah si YB kite ni..tapi,ape masalahnye kalau dikekalkan Pro-UMNO dlm kepimpinan organisasi??aku xnampak sebarang masalah.Hal ni pernah berlaku dalam persatuan aku sendiri dan aku kecewa sbb orang yang berbeza ideologi politik kampus di diskriminasi walaupun berbakat!!
Memang aku mengeluh dan menentang dasar,tapi dah suara majoriti nak buat mcmana..aku pun bukan Majlis Tertinggi.Jadi kepada penyokong dan pendokong Pakatan,bersikap matanglah.Kalau seseorang tu bekerja secara Profesional,tak perlulah nak bersikap hasad dengki dengan kedudukannya.Asalkan dia bekerja dengan amanah dan bersungguh.Jangan jadi macam Perak.
Bila mana ahli parti yang diberi tanggungjawab tetapi tidak layak,masalah lebih besar berlaku.Ambil musibah yang paling ringan.Cari artikel yang pernah Ustz Zaharuddin keluarkan satu masa lalu.Ok??Politik secara Profesional,bukan Hasad Dengki dan membabi Buta untuk pangkat dan sebagainya!!!
No comments:
Post a Comment