Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 26, 2008

PPSMI Melemahkan Pelajar

Oleh: Mohamad Aizuddin Bin Anuar (Persatuan Bahasa Arab UM)

Dasar PPSMI yang diasaskan oleh kerajaan tidak memberi manfaat langsung kepada pelajar bahkan melemahkan pelajar khususnya dalam subjek Sains & Matematik dan dasar ini telah mendapat banyak tentangan setelah 6 tahun dasar ini dijalankan. Banyak pihak yang bertegas untuk terus membantah dasar PPSMI ini jika kerajaan memutuskan untuk meneruskan dasar ini pada masa akan datang.

Siapa lagi yang ingin memperjuangkan bahasa melayu kalau bukan orang melayu sendiri. Sekarang kita lihat orang melayu sendiri yang ingin mengetepikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ini telah bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Setelah 51 tahun merdeka, kini kita ibarat ingin kembali balik kepada zaman penjajah.

Kalau kita teliti tentang pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa inggeris, kita akan dapati banyak masalah yang dihadapi oleh guru dan murid. Guru terpaksa menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kelas.

Hal ini membawa kepayahan dan kekeliruan kepada guru untuk menerangkan ilmu dan istilah-istilah sains kepada para pelajar sedangkan ilmu sains itu sendiri memerlukan penerangan yang mendalam untuk memahaminya. Samalah juga seperti guru itu terpaksa menguasai bahasa arab .. kesannya, guru keliru, para pelajar menjadi lagi keliru dan tidak paham.

Sebenarnya, tiada masalah untuk para pelajar menguasai bahasa inggeris. Di sekolah rendah, 6 tahun dan sekolah menengah 6/7 tahun termasuk matrikulasi kita telah pelajari bahasa inggeris,tetapi kita masih tidak dapat meguasainya, sebab apa?sebab kaedah pembelajaran bahasa inggeris yang diasaskan oleh kerajaan tidak kena caranya.

Sebaiknya, setiap sekolah membuat makmal bahasa untuk mewujudkan persekitaran bahasa inggeris. Selain itu, lanjutan waktu untuk subjek bahasa inggeris supaya para pelajar dapat mendalaminya.saya yakin dan percaya perlaksanaan 2 langkah ini sahaja mampu memantapkan BI.

Kalau kita lihat kepada pelajar arab yang datang belajar di IPTA dan IPTS , contohnya di Fakulti Bahasa & Linguistik UM, pada mulanya mereka daripada tidak tahu langsung berbahasa inggeris, mereka mengambil masa 1 tahun sahaja untuk mantap berbahasa inggeris berbanding kita 12 tahun tetapi tak mantap BI.

Macam mana orang arab dapat menguasai BI dalam tempoh yang singkat? Selain mempraktikkan bahasa, mereka tinggal sebilik dengan pelajar2 dari negara-negara pelbagai yang membolehkan mereka menggunakan BI sebagai bahasa harian. Jadi di peringkat universiti, saya cadangkan supaya mahasiswa-mahasiswa tinggal sebilik dengan pelajar antarabangsa seperti yang diamalkan universiti luar negara.

Selain belajar bahasa, kita boleh bertukar-tukar pandangan,berdakwah dan mencari peluang kerjaya di negara mereka. Saya yakin, cara ini dapat memantapkan mahasiswa berbahasa Inggeris kerana teori meguasai sesuatu bahasa itu adalah praktik/menggunakan bahasa itu.



CheguFadh:
untuk perkembangan mengenai PPSMI boleh lawati blog ini..
http://bmppsmi.blogspot.com/





No comments: