Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 22, 2008

NOTA UCAPAN DSAI PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG AUKU - Vol 3

sambungan Nota Perbahasan

7. AUKU tidak terlaksana secara menyeluruh. Banyak ditekankan keatas universiti2 Awam. Akibatnya warga universiti2 awam terbelenggu, kaku, kurang daya kreatif dan inovatif. Pensyarah dan kakitangan universiti pula terikat dengan Akujanji.


8. Walaupun tidak berupaya melaksanakan AUKU secara menyeluruh kerajaan melalui pelbagai agensi dan cara mengikat pelajar dan pengurusan universiti agar tunduk dan akur kepada segala kehendak kerajaan dengan pelbagai tekanan dan ugutan. Pelajar-pelajar di luar Negara di ugut dengan pelbagai cara agar “in-line” dengan kehendak kerajaan.


8. Hasilnya, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Abdul Rahman Bakar pada 3 July 2006 dalam Dewan ini 70% dari pengangguran dikalangan siswazah terdiri dari graduan universiti awam, 26 % universiti swasta dan 34% universiti luar Negara (kebanyakannya graduan dari Timur Tengah) .


9. Ini adalah hasil pelaksanaan AUKU dan Akujanji keatas warga universiti yang mengakibatkan graduan tidak dapat memenuhi standard dan quality pasaran semasa.


10. Majalah “The Economist” keluaran 10 Sept 2005 merumuskan.

“Teras asas yang menjayakan universiti bertaraf dunia, “world class”, ialah kebebasan universiti dari kawalan ketat kerajaan dan menggalakkan daya saing antara para akademik dan pelajar”


11. Kerajaan sedar bahawa sistem pendidikan tinggi negara sudah ketinggalan dan tidak lagi berdaya menandingi persaingan ekonomi global yang memerlukan kepada graduan yang berdaya kreatif dan innovatif dalam persaingan ekonomi global.


12. Pada 1987 semasa menjawat Menteri Pendidikan, saya sudah merangka satu rang undang-undang untuk memansuhkan AUKU kerana mengisafi keperluan graduan yang terbuka minda, aktif, kreatif dan innovatif untuk memenuhi keperluan tenaga kerja masa depan yang berupaya bersaing bukan sahaja diperingkat tempatan tetapi juga di peringkat global.


13. Pada tahun 2004, universiti tertua dalam negara ini Universiti Malaya telah menduduki tangga ke-89 dalam ranking Times Higher Education Supplement. Namun, pada tahun 2005, Universiti Malaya telah jatuh ke tangga ke-169 dan pada tahun 2006 jatuh lagi 23 tangga dan menduduki tangga ke-192. Akhirnya pada tahun 2007, Universiti Malaya terkeluar dari 200 buah universiti terbaik di dunia dan menduduki tangga ke-246. Pada 2008 meningkat sedikit ke tangga 230


14. Menurut Scopus Database, jumlah kertas penyelidikan yang dihasilkan oleh Malaysia adalah sebanyak 1,226 pada tahun 2001 dan meningkat sebanyak 175% kepada 3,372 pada tahun 2006.

Di Singapura pula, kadar peningkatan kertas penyelidikan yang dihasilkan dalam tempoh lima tahun itu adalah 83%, iaitu dari 5,274 kepada 9,630; dan di Australia, kadar peningkatannya adalah 87%, iaitu dari 511 kepada 958.

Walaupun Singapura dan Australia mempunyai jumlah kertas penyelidikan yang kurang daripada Malaysia dalam tempoh lima tahun itu, namun beberapa buah universiti daripada kedua-dua negara tersebut berjaya menduduki tempat dalam 200 buah universiti terbaik di dunia.

Angka-angka ini mendedahkan kelemahan serius yang sedang dialami oleh institusi pengajian tinggi awam dalam negara kita yang terlalu menitikberatkan kuantiti dan bukan kualiti. Akibatnya, negara kita terpaksa berhadapan dengan realiti bahawa sebanyak 70% daripada mahasiswa graduan universiti awam menganggur iaitu lebih kurang 60,000 graduan setahun (2006).


15. Pelan Strategi Pendidikan Tinggi yang dibentuk sepatutnya berfungsi memperbaiki mutu pendidikan tinggi yang kian merosot, namun nampaknya pelan ini meninggalkan beberapa aspek yang penting dalam usaha memperbaiki kualiti universiti awam.

Antaranya kuasa autonomi yang masih terbatas oleh Akta Universiti dan Kolej-kolej Universiti (AUKU) dan kemudiannya oleh Akujanji, termasuk perlantikan Naib Canselor masih terikat oleh pendirian atau simpati politik.


16. Malaysia masih terkebelakang dalam pengeluaran tenaga sumber manusia saintifik dan berpengetahuan teknologi tinggi menyebabkan semua industri mengalami kekurangan ketara dalam tenaga kerja tersebut. Tenaga kerja seperti ini perlu dikumpulkan supaya pelabur baik tempatan mahupun asing dapat menggunakan mereka, sepertimana teknologi computer menggunakan tenaga kerja dari Ireland, India, Taiwan dan Hong Kong. Sebenarnya, Negara-negara ini melabur begitu besar dalam sector pendidikan dan memberi kebebasan kepada universiti untuk menjana graduan yang setanding dengan Negara-negara maju menyebabkan pertumbuhan ekonomi mereka tinggi dan mampan.


17. Yang paling penting dalam pendidikan tinggi kita ialah transformasi untuk mendokong sistem industri, penyelidikan dan pembangunan serta pusat kecemerlangan yang mesti diwujudkan jika ingin bersaing dan berperanan dalam ekonomi global. Kita perlu menggunakan kepakaran tempatan yang inovatif dan kreatif untuk membentuk sistem industri kita tersendiri. Kita perlu terlibat dalam pasaran global dan senantiasa inovatif dan kreatif dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan bagi memasti penerusan permintaan. Kita tidak boleh terus bergantung kepada tenaga pekerja asing untuk mencapai objektif ini.


18. Kita hanya bergantung kepada sektor asing untuk membawa masuk teknologi terkini secara sepakat untuk terlibat sama dalam ekonomi global. Pelabur asing tidak akan melabur jika kita sendiri tidak berminat atau mempunyai tenaga kerja, pengetahuan asas dan pandangan dunia yang sama untuk membantu mereka mencapai objektif penglibatan mereka dalam ekonomi global. Hanya mereka yang mempunyai objektif dan visi yang sama dan percaya kepada menafaat bersama dalam hubungan perniagaan akan bekerjasama antara satu sama lain. Oleh kerana mereka proaktif, agresif dan beroreintasikan pulangan maka kita perlu membentuk tenaga kerja berkebolehan kosmopolitan dan berpandangan kehadapan untuk berjaya apabila menyertai ekonomi global.

Ini hanya boleh berlaku sekiranya Institusi Pendidikan Tinggi tersenarai dan berdaya saing dengan university terbaik dunia seperti universiti-universiti di Singapura, China, Jepun, Taiwan dan malah Thailand sekarang ini. Ini tidak akan tercapai selagi pelajar dan tenaga pengajar universiti terbelenggu dengan AUKU.

No comments: