Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 23, 2008

Hudud dipolitikkan...

sumber KPMU.net

Pas mula main wayang balik dan mempersendakan Hudud kembali dan dalam pada itu DAP juga bersaing main wayang menentang hukum Hudud. Hudud sebenarnya hanyalah gurauan PAS sahaja untuk menarik balik sokongan orang Melayu yang telah melihat telah jauh terpesong dari perjuangan yang sebenar. DAP pula mahu menunjukkan bahawa mereka terus menentang hudud untuk terus mendapat sokongan dari kaum China.

Sebenarnya mereka ini tidur sebantal dan jika dahulu mimpi mereka lain-lain tetapi sekarang mimpi mereka telah sama. PAS dan DAP selesa tidur sebantal di Selangor dan Perak dan juga Pulau Pinang. Jika DAP tentang Hudud, bagaimana PAS mahu laksanakan hudud, Jika benar PAS mahu melaksanakan Hudud PAS telah laksanakan di negeri yang di perentah oleh pembengkang seperti di Perak, Selangor dan khususnya di Kelantan dan Kedah.

Hudud yang menjadi slogan Pas di pilihanraya Kuala Terengganu ini pasti akan menempelak kembali parti berkenaan. DAP membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan seperti ditegaskan naib presidennya Datuk Husam Musa. “Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya,” kata Lim Kit Siang. Beliau mengulas kenyataan ahli politik Kelantan itu sewaktu berdebat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti dilaporkan semalam. “Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia,” kata Lim lagi.

Khairy yang menekan Lim Kit Siang mengenai hukum Hudud yang dilaungkan kembali oleh PAS untuk dijadikan slogan pilihanraya kecil Luala Terengganu, semantara itu, Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.”DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,”. Pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim pula berkata jika PAS ingin melaksanakan hudud, ia perlu merujuk pandangan Pakatan Rakyat. “PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat. “Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata. Tambahnya, kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS. Beliau juga berkata adalah tidak elok untuk PAS membuat keputusan tanpa merujuk kepada Pakatan Rakayt dahulu.

Bagaimana yang dikatakan oleh PAS bahawa mereka akan melaksanakan Hudud kerana perkara ini perlu di bawa kepada pengeatahuan dan di rujuk kepada Pakatan Rakyat dan PAS sekarang bukanlah lagi sebuah parti yang boleh membuat keputusan sendiri dan mereka perlu merujuk kepada Pakatan Rakyat dan yang seperti kita ketahui dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP dan PKR yang mana DAP amat menentang hukum-hukum yang berlandaskan Islam dilaksanakan di Malaysia, DAP dan PKR adalah sebuah parti yang berlandaskan sekularisma.

Cerita Hudud akan kembali ke Terengganu sebagai pemanis mulut bagi parti PAS dan cerita Hudud ini bukan lah cerita baru tetapi adalah cerita lama seperti juga cerita negeri kebajikan yang dilaungkan ketika pilihanraya Umum yang lalu, Rakyat jangan lagi tertipu dan termakan dengan pujuk rayuPas.
CheguFadh:
Ni aku dapat drp friendster memandangkan aku dh lame tinggalkan ruang tempur KPMU slepas admin "memBLOCK" aku (login ID : mahasiswaPOWER) since awal tahun 2008.
Mamat yang hantar bende ni cakap di xtentang HUDUD.

aku bukannya menentang hudud. tapi marah apabila hukum allah dipermainkan. setakat bertanding 67 kerusi dari 222 kerusi (kira2 30 peratus), berani dia cakap nak laksanakan hudud. kalau pas menang semua kerusi pada pilihanraya yang lalu pun, pas tetap tidak akan dapat melaksanakan hudud. nampak sangat hudud tu hanya slogan utk pilihanraya. untuk menarik undi. bukannya matlamat utama... berani dia mempolitikkan hudud...
Tapi yang hairan knp xpernah mahu disokong wlaupun sekelumit.Atleast ade gak nak sokong sbg umat Islam.Kite xhairan orang bukan Islam tak menyokong Hudud dan xpercaya Allah,tapi kita hairan bagaimana seorang umat Islam yang mengaku pejuang agama,bangsa tak percaya dan xpernah nak menyokong usul Umat Islam mengenai Hudud!!Soalan aku,jika kesemua MP Muslim xkira PKR,UMNO dan PAS menyokong enakmen HUDUD diluluskan??Kita dah semakin hampir dan boleh memberi penerangan mengenai HUDUD dari semasa ke semasa sehingga masyarakat menerima dengan senang hati.Kemudian bila dah nampak efektifnya,confirm semua suka dengan Hukum Hudud ni..

Aku xnampak DAP condemn ape2 selain xsetuju sbb dorg xtau n xfaham ape2,tp pejuang yg kononnya Hero Melayu dan Islam pula yang sibuk2 ckp Hudud tu Primitif,nanti semua orang kudung,hudud zalim,hudud benarkan suami liwat isteri..Siapa yang duk hina Hudud??Anda tentukan!!

2 comments:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Kewajipan melaksanakan hudud sama dengan kewajipan melaksanakan solat. apa guna bersolat kalau hudud ditentang..
kepada penentang kita dop tentang hukum sapa tu??
hukum mat saleh ker??
hukum mak bapak kita ke??
tu hukum Allah..
Aku yakin bila DAP dh faham ape itu hudud dan mcmmane pelaksanaannya dorg akan terima hukum ini sbb hukum ini hanya utk orang Islam..
Buat ape dorg nk takut..
Nie org Islam sndiri takutkan hudud mcm ade buat salah jer..
Setiap orang xkire PAS, UMNO, PKR akan ditanya oleh Allah Taala apakah usaha yg telah dilakukan untuk memartabatkan hukum ini.
Enakmen hudud telah lama ade di Kelantan ttp xleh dilaksanakan kerana mendapat tentangan dari kerajaan pusat dari sudut perlembagaan..
Orang yg menuduh PAS xlaksanakan hudud di Kelantan tu adalah orang bodoh xreti undang2 perlembagaan yg die sendiri reka..
Khairy sndiri pn memang bodoh pada malam wacana di KB apabila mempertikaikn kerajaan Kelantan xlaksanakan hudud..
Khairy terbelit smpaikan die sendiri isytihar akan laksanakan hudud kalau memenangi Ketua Pemuda UMNO..
hahahaha..
Jelas hudud dipermain2kan..
pihak yang ikhlas ingin laksanakan hudud dilanyak habis habisan di media..
Semoga Allah membalasnya dengan rahmat kepada pejuang2 PAS dan juga PKR yg ingin memartabatkan hukum tuan punya dunia.
TAKBIR!!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
Lama dh aku xdengar kenyataan Zulkifli Nordin...
huhuhuhu...

Fadhlullah Universoul said...

org dlm PKR rmai aset penting UMNO sblm ni..tp insyaAllah tgk la nanti cmne perubahan yang berlaku,cume aku nk minta dewan pemuda jgn terlalu cepat melatah..contohi dewan ulama..aku respek dgn dewan ulama sbb wpn dorg kbnykan dh tua,tp dorg tau isu n khendak semasa..

jgn nnt jadi yang dikejar xdpt,yg dikendong berciciran..

parti melayu tu mmg suke mlihat parti islam porakperanda..teruskan perjuangan..