Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 18, 2008

KERETA IMPORT..Fenin..Fenin..

By:Nik ThaQiF(Imam Samudera)



Bising pula dua tiga hari kebelakangan apabila kerajaan negeri Perak mahu menggunakan kereta Toyota Camry bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri. Begitu juga dengan kerajaan negeri Kedah yang juga bercadang ke arah itu. Ramai juga politikus yang mengambil kesempatan untuk mengkritik dua kerajaan negeri ini tidak lain tidak bukan dengan tuduhan tidak patriotik kerana tidak mahu menggunakan Proton Perdana V6 buatan Malaysia. Alangkah sedihnya keadaan politik sebegini.


Adakah politikus yang mengkritik ini tidak mengetahui (atau buat-buat tak tahu) bahawa maintainance Proton Perdana V6 adalah begitu tinggi sehinggakan pendedahan yang dibuat kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini mencecah angka yang tidak dijangka-jangka oleh semua pihak. Tanyalah juga kepada pengguna Proton Perdana V6 ini, dua perkara utama yang menyumbang masalah kepada model ini ialah gear box dan power window yang mudah rosak. Maintainance ini pula menggunakan wang rakyat yang banyak. Dengan menggunakan Toyota Camry, kesan jangka masa panjangnya ialah wang rakyat dapat dijimatkan. Itu hujah yang boleh diterima yang diberikan oleh Kerajaan Perak dan Kedah. Aku teringat kepada Fiqh Aulawiyyat (Fiqh Keutamaan) yang mungkin boleh digunakan dalam hal ini. Buat apa patriotik kalau dalam masa yang sama membazir wang rakyat. Adakah patriotik patut diutamakan??


Politik tidak matang ini seolah-olah menunjukkan mereka yang mengkritik ini ketandusan isu dan seolah-olah muncul kononnya untuk membela semangat patriotik. Kalau betul-betul nak memperjuangkan isu patriotik perjuangkanlah isu bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan dalam sistem pendidikan yang lebih besar sehinggakan PENA dan GAPENA kelihatan tidak sehaluan dalam isu ini. Apakah politikus ini juga tidak mengetahui (atau buat-buat tak tahu) bahawa kerajaan Negeri Terengganu awal-awal lagi menggunakan kereta Mercedes-Benz Kompressor sebagai kereta rasmi Kerajaan Negeri? Aku bukanlah pro atau kontra kepada mana-mana pihak tetapi hanya mengingatkan firman Allah yang bermaksud:


Wahai orang yang beriman, jadilah kamu semua orang yang sentiasa menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menegakkan kebenaran. Dan janganlah sesekali kebencian kamu terhadap suatu kaum (puak, golongan) menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah (kepada sesiapa pun) kerana ia lebih dekat dengan sifat ketakwaan. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa sahaja yang kamu lakukan.” [al-Maidah:8]
____________________________________________________________________________________


Hari ini Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir memberikan respon berbentuk penjelasan berkenaan isu Proton Perdana V6 yang dikatakan mahal dari segi kos maintainance nya
[Rujuk di Sini]


Alhamdulillah, Pengarah Urusan Proton muncul tepat pada waktunya untuk menjelaskan isu ini. Namun lebih tepat lagi sekiranya Pengarah Urusan Proton muncul ketika Kerajaan Negeri Terengganu ingin menukar kereta rasmi mereka dari Proton Perdana V6 kepada Mercedes-Benz. Barulah tidak dipolitikkan penjelasan beliau.


Bagaimana pula penjelasan mereka atau kerajaan negeri, sama-sama lah kita tunggu.
Menantikan penjelasan kedua-dua pihak adalah lebih baik dalam membuat pertimbangan. Sekian.





CheguFadh:
Huhu..nk cite pasal patriotik??meh aku ckp,leh kata hampir xde sorg pn rkyt Msia
yang patriotik..sbb ape??tgk la..Bola Sepak Msia dicemuh..Bola Sepak luar esp Series A n EPL diangkat,dipuja,dijulang..ha..tu sbb ape??leh ke ckp xpatriotik??bkn tu persoalannye,,Juz naluri kite ni mmg fitrah nak yang terbaik..ada paham itu KERAjaan PUSAT??huh..wat Masjid Kristal,mcm2 prjek tu xmmbazirkan??hehe..

No comments: