Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 17, 2008

Hye Hye..Bye Bye..SoYuZ..HuHuHu....

Suatu Ketika Dulu..

(Ogos 2007)

Kerajaan Malaysia Berminat Tawaran Beli Soyuz Spacecraft


KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerajaan Malaysia menerima tawaran daripada kerajaan Rusia berhubung pembelian pesawat Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Sambil menyifatkan tawaran itu "satu idea yang bagus", Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berkata beliau akan membawa cadangan itu kepada kabinet.

"Semasa menungggu kepulangan Dr Sheikh Muszaphar di Rusia, saya menerima tawaran untuk beli Soyuz. Kita sedang berbincang dan kalau harga itu berpatutan kita boleh bawa ke Malaysia.



"Lagipun ia dinaiki oleh Sheikh Muszaphar sendiri malah merupakan tanda sejarah dicipta selain untuk membangkitkan semangat anak muda kita," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) bersama Angkawasan Negara di sini hari ini.

Dr Jamaludin berkata perkara itu perlu mendapat sokongan dari rakyat dan berdasarkan kemampuan kewangan negara.

"Saya (akan) tengok pada maklum balas orang ramai," katanya.

Pesawat Soyuz TMA-11 membawa Dr Sheikh Muszapahar Shukor bersama jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Rusia, dan komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat, ke ISS pada 10 Okt lepas. Dr Sheikh Muszaphar kembali ke bumi pada 21 Okt.

-- BERNAMA




Sekarang!!Jeng..jeng..jeng..
(17 Dec 2008)

Kerajaan tidak berhasrat beli kapsul Soyuz, kata Maximus


KUALA LUMPUR 17 Dis. — Kerajaan tidak bercadang membeli kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pulang ke Bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tahun lepas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili berkata, kerajaan tidak berhasrat meneruskan pembelian tersebut memandangkan kapsul Soyuz itu tidak memberi manfaat besar kepada negara.

“Pembelian tersebut telah digugurkan kerajaan, kerana ia melibatkan kos tinggi dan manfaatnya tidak terlalu besar untuk kita melaburkan wang yang banyak,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Azizah Abdul Samad pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Kepada soalan tambahan Azizah mengenai hasil kajian yang dijalankan oleh angkasawan pertama itu, Maximus berkata, terdapat tiga jenis kajian yang telah dijalankan angkasawan berkenaan iaitu kajian sel, protein dan mikro organisma di angkasa.

Katanya, dalam usaha menjalankan kajian tersebut beberapa agensi dan institusi perubatan turut terlibat dalam penyelidikan itu termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Institut Perubatan Penerbangan Tentera, Kementerian Kesihatan serta pusat penyelidikan berkaitan.

“Pada Ogos lalu, satu bengkel telah diadakan bagi menyelaraskan hasil kajian tersebut dan didapati beberapa paten telah dikeluarkan daripada kajian tersebut serta perancangan sedang dibuat supaya kajian ini akan terus dijalankan dengan kerjasama pusat seperti ISS dan Agensi Angkasa Persekutuan Russia (Roscosmos),” katanya.

Kepada soalan asal Azizah mengenai program penghantaran angkasawan kedua Mejar Dr. Faiz Khaled ke angkasa lepas, Maximus berkata, secara dasarnya kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan program tersebut.

“Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang peruntukan untuk pelaksanaan program angkasawan kedua.

“Namun kementerian terus mengkaji perkara lain yang penting berkaitan program kedua antaranya misi program yang boleh memberikan pulangan langsung kepada industri tempatan dan ekonomi negara,’’ katanya.

Beliau berkata, keputusan menghantar angkasawan kedua pada 2011 bergantung sepenuhnya pada keadaan kewangan kerajaan sebelum Kabinet membuat keputusan sama ada Dr. Faiz akan meneruskan misi tersebut.- Bernama




CheguFadh:

Hahaha..Patutlah kau xkena pilih jd menteri kabinet lagi oii JJ..
Mmg nk wat bangkrap negara je..Nsb baik dulu die xde ckp
nak beli ISS sbb Syeikh Muzaffar kan penah lepak lame tido sume kat c2..
haha..dan pada ketika itu, media-massa tidak henti2 menyiarkan berita tentang kenaikan harga minyak dunia...Patutlah Msia pun nak join sekaki naik kaw2 minyak wpn diri sendiri pengeluar minyak..Fenin..Fenin...

Gossip:
Ade seorang bekas menteri kabinet yang meraba punggung perempuan di sebuah
Club kat KL..dgr cite seorng bekas menteri kabinet yg rapat dgn datuk najib..huhu..terserah pada anda..

No comments: