Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 17, 2008

Bagaimana Mahu Tangkap PM, TPM dan Menteri RASUAH Jika Ketua SPRM Dilantik PM Sendiri

by Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia


Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) yang membawa kepada tertubuhnya sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah menggantikan Badan Pencega Rasuah dialu - alukan oleh Mahasiswa Malaysia sebagai satu reformasi kerajaan Barisan Nasional setelah mendapat mesej jelas 26 juta rakyat Malaysia yang terlalu muak dengan berleluasanya rasuah termasuk di kalangan pemimpin- pemimpin kanan kerajaan.

Apapun Mahasiswa Malaysia berpendapat tiada gunanya dwujudkan satu akta yang baru sekiranya kuasa perlantikan Ketua Suruhanjaya nya masih terletak di tangan Perdana Menteri dan jawatankuasa tertentu suruhanjaya hanya berperanan menasihat dan mengemukakan nama - nama calon untuk dilantik Perdana Menteri. Lebih memburukkan dalam akta tersebut juga dinyatakan Perdana Menteri tidak terikat sama sekali untuk melantik nama nama yang dicadangkan jawatankuasa tersebut. Dalam kata lain Perdana Menteri mempunyai kuasa veto di mana beliau bebas melantik mana - mana individu yang diingininya.

Adakah ini yang diperkatan oleh Ahli - ahli Parlimen, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sndiri dari gerombolan Barisan Nasional bahawa suruhanjaya ini adalah sebuah suruhanjaya bebas yang tidak terikat kepada campur tangan eksekutif ( jemaah menteri ). Bebas apa jika yang dilantik mengetuai suruhanjaya adalah orang - orang pilihan Perdana Menteri.

Bagaimana seorang yang dilantik oleh Perdana Menteri berani untuk menangkap dan mendakwa Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri dan Menteri - menteri. Apakah ada jaminan daripada Perdana Menteri calon yang dilantiknya adalah calon yang berani mendakwa ataupun menangkap Perdana Menteri jika beliau didapati bersalah. Bahkan Mahsiswa Malaysia percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sama sekali tidak akan berani sekalipun untuk menyiasat Perdana Menteri jika ada aduan dibuat kepada SPRM mengenai keterlibatan Perdana Menteri dalam rasuah.

Jika inilah sikap gerombolan UMNO dan Barisan Nasional, Mahasiswa Malaysia menyeru rakyat Malaysia menolak secara besar- besaran calon - calon Barisan Nasional dalam pilihanraya berikutnya. Untuk permulaan, Mahasiswa Malaysia menyeru rakyat Kuala Terengganu yang akan memilih wakil baru mereka ke dewan rakyat agar menolak secara besar - besaran UMNO. Hanya tsunami yang mungkin mampu menyedarkan gerombolan UMNO rakyat semakin meluat dan muak dengan permainan politik kotor mereka. Kita satukan hati agar UMNO dan Barisan Nasional kehilangan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan kekalahan yang memalukan. Dan jika itupun gagal menyedarkan UMNO dan Barisan Nasional, PRU 13 kita pastikan UMNO dan Barisan Nasional gagal menakluk mana - mana negeri dalam negara dan kehilangan mandat untuk memimpin negara.


CheguFadh:
No komen..segalanya jelas tercatat..Tapi,aku akan tgk pada kredibiliti dan sahsiah calon
sebelum tengok pada parti.Mcm kat Permatang Pauh,mmg Datuk Arif Shah calon terkuat yg BN
ada masa tu drp nak harap Si Ezam yg bersumpah tu..Tapi Datuk Arif digangu dengan teamwork luar yg lbih bawak kebencian rakyat pd parti yg diwakilinya..

Apa cite Datuk Arif skg ye..dgr mmg die nak mempertimbang masuk PKR
sbb politik partinya yang dh makin tersasar membela rakyat..herm...

No comments: