Dengan Izin
http://nahdah.wordpress.comItulah yang terpacul di kepala saya tatkala membaca headline Sinar Harian semalam, apabila Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar tekad mahu meneruskan demonstrasi bogel secara ’serang hendap’ ke atas MB Selangor.
Dan melalui laporan Malaysiakini, nampaknya Anwar Ibrahim juga menjadi sasaran ’serang hendap bogel’ mereka.
Tak tahulah nak cakap apa, tapi inilah akibatnya bila meletakkan emosi mendahului rasionaliti. Saya percaya mereka ada agama, tetapi tidak tahu apakah dalam berhadapan dengan isu-isu sebegini agama diletakkan di nombor sepuluh.
Kalau mereka melihat ini satu keadilan buat mereka dan rakyat tertindas, maka mereka ternyata telah menyalah tafsir maksud keadilan yang membawa erti meletakkan sesuatu kepada tempatnya.
Saya suka memetik sorotan berita Malaysiakini di atas:
Ramlan berkata, cabaran debat itu dibuat kerana “kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi manifesto pilihanraya” yang dibuat Mac lalu.
Katanya, daripada dua muka manifesto Barisan Alternatif - yang dianggotai PKR dan PAS - ketika itu, hanya empat atau lima sahaja berjaya dipenuhi.
Menang pilihanraya Mac, sekarang Disember. Dalam tempoh 9 bulan Pakatan di Selangor berjaya memenuhi 5 manifesto mereka. Itu akui Presiden Reformis ini.
9 bulan menerajui Selangor, Pakatan Rakyat masih dianggap berhingus. Umur 9 bulan, kalau sudah boleh merangkak, bercakap sepatah dua dan berdiri dalam 5 hingga 6 saat, itu kira hebat. Dalam kes ini, Reformis seolah-olah mahu bayi umur 9 bulan boleh berpidato lantang dan menari breakdance. Itu bukan adil, itu bangang namanya (bukan saya kata, Ustaz Ismail Kamus yang kata).
Jangan sesiapa nafikan kerajaan negeri Selangor masih terbuka kepada beberapa kelemahan, tetapi harus diakui yang ada penambahbaikan yang mereka lakukan. Kelemahan itu pula wajar disanggah dengan cara yang membuka ruang penyelesaian, bukan membuka ruang populariti murah.
Saya sendiri tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan yang diambil oleh kerajaan Selangor, tetapi kita bebas membuat kritikan dan melontar cadangan balas.
Saya kira akan ramai reformis tidak berdaftar yang akan bersetuju kalau mogok lapar dilaksanakan, berbanding mogok bogel.
Secara peribadi saya pun tak tahulah apa yang syok sangat berbogel di khalayak. Tapi memandangkan berbogel secara gerila ini akan dilaksanakan juga, kita tunggu dan lihat.
Nasihat saya kepada khalayak, jika ada mana-mana manusia yang secara tiba-tiba berbogel sewaktu anda bersiar, jangan mudah anggap itu ’sex maniac’, mungkin itu pejuang hak asasi manusia yang peka kepada rakyat miskin!
hahaha!
CheguFadh:
Pelikla aku..kenape mesti BOGEL??dh la muke xhensem..badan xcantik..Geli aku nak tengok..hahaha..mmg gile la..Polis xbg amaran keras pulak ke??Berbasikal 7org je pun dh dikeluarkan mcm2 arahan,ni nak bogel ni cm relax je..Oh..sbb nk serang Anwar n Khalid..Lupe plak aku..
No comments:
Post a Comment