Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 8, 2008

Dulu DADDY buat HAL,sekarang anak pulak yg nak buat kacau..

Sistem pendidikan negara kita mungkin bertambah parah apabila seorang ahli Parlimen yg dinamakan sbg Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya diwujudkan sekolah satu aliran sahaja.
Walaupun ianya telah ditentang keras oleh parti kompenan BN yg lain dan juga Parti Pakatan Rakyat,namun Mukhriz Mahathir tetap mempertahankan IDEA GILAnye..

Idea Mukhriz hanyalah retorik politik semata2 mahu melonjakkan namanya lantas meraih
sokongan padu untuk menang Ketua Pemuda UMNO tidak lama lagi.Kata beliau sekolah satu aliran yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum perlu diwujudkan.

Soalnya,apakah relevannya sekolah satu aliran ini?Semasa aktiviti Baktisiswa bulan Mac lalu di SMK Batu Kikir,aku berbual dengan seorang pensyarah KMNS(mtrx N9) yang juga mentor aku.Beliau melahirkan kebimbangan perpaduan di negara ini cukup rapuh dan hanya menunggu masa jika ada isu,kejadian seumpama 13Mei 1969 akan berulang apatah lagi dengan perangai taksub media yang terlalu mengembar gemburkan isu perkauman lebih2 lagi tika itu demam PilihanRaya melanda.Beliau menyatakan bahawa perpaduan sebenar di Malaysia adalah melayu hidup dikawasan melayu,cina dan india hidup dikawasan mereka tanpa digangu dan di provoke.

Ada benarnya apa yang diperkatakan olehnya,tetapi aku sendiri hairan bagaimana terdapat satu parti politik boleh mempertahankan hak sesama mereka walaupun berbeda agama dan bangsa.Rahsia apakah yang ada sehingga parti yang dikatakan parti jalanan itu menjadi gah pada Kongresnya baru2 ini.Jawapannya terdapat sefahaman dan toleransi antara mereka.Budaya itu harus disemai bukan sahaja pada ahli parti tersebut,tetapi sepatutnya diperluaskan ke seluruh negara.

Berbalik kepada isu,Mukhriz dilihat mahu mencetuskan isu perkauman kerana dengan ideanya,sekolah vernakular akan dihapuskan.Mukhriz bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.


"I said the system should be one. I don't think the issue of closing schools arises. That is the last thing I want,The school remains the same physically and it is the system that needs changing where the medium of teaching would eventually be one, which is Bahasa Malaysia, except for Science and Mathematics"

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Ibrahim bagaimanapun membidas Mukhriz.Beliau berkata adalah wajar memperkasa sistem pengajian sekolah kebangsaan di samping mempertahan dan meninggikan sistem sekolah Rendah Jenis Kebangsaan memandangkan Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kita menghormati hak kaum masing-masing untuk mempelajari bahasa ibunda dan menggalakkan perkembangan pelbagai kebudayaan serta kesenian di negara ini sekaligus dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. katanya dalam satu kenyataan.

"Cadangan Mukhriz jelas berniat menonjolkan dirinya sebagai "pejuang bangsa Melayu" supaya menang Ketua Pemuda Umno pada Mac tahun depan, bukan sahaja membantutkan perkembangan pendidikan pelbagai aliran, malah turut menjejaskan hubungan sesama kaum,"katanya dalam satu kenyataan.


Katanya jika Mukhriz benar-benar seorang "pejuang bangsa Melayu", beliau seharusnya menentang Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Inggeris (PPMSI) yang menyebabkan kemerosotan mutu pendidikan khususnya di kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang miskin, dan bukan menghapuskan aliran pendidikan lain.


CheguFadh:
Sekolah vernakular yang lain xbertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Semua kaum belajar perkara yang sama dan Bahasa Melayu serta English menjadi subjek wajib.Mukhriz perlu menitikberatkan soal PPMSI kerana ianya seolah2 menyamai sistem kapitalis yang mewujudkan jurang perbezaan yang lebih ketara pelajar kawasan bandar dan luar bandar.

No comments: