Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 13, 2008

Berita Hangat dari Bukit Antarabangsa

salam semua..aku baru je balik rumah Bahau ni..
selame ni kat seremban ade free wifi tp dh 2hari pulak xde..
so aku pn balik la ke bahau ni tuk dptkan sedikit laporan yg TELUS xmcm berita propaganda yg
disajikan untuk menipu rakyat kat TV tu..(RTM,TV9,TV3,Bernama pun dh terlibat)

ape yang aku nak bg ni korg msti belum tau lagikan??
saksikan video yg aku bg ni..






sementara tu semalam telah dibahaskan isu berkaitan
tanah runtuh bukit antarabangsa di parlimen yang diusulkan
Yang Berhormat Azmin Ali.Usul tersebut diluluskan untuk dibahaskan
akan tetapi perkara penting sebegitu dianggap remeh oleh KERAjaan pusat
yang memperuntukkan terlalu sekejap masa bagi perbahasan berkenaan.

Boleh baca berita penuh di sini Pembangkang kecewa isu tanah runtuh dibahas terlalu singkat

Walaubagaimanapun,untuk memberi maklumat penuh supaya penduduk tidak keliru
dan mengambil iktibar daripada kejadian kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan pantas untuk menganjurkan satu forum terbuka berkenaan tanah runtuh ini..













"Forum ini akan diadakan pada awal bulan Januari atau selepas 17 Januari ini," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, semalam.

"Forum ini akan melibatkan penduduk di kawasan perumahan, para profesional dalam pembinaan dan pembangunan cerun bukit, NGO dan badan kerajaan yang terlibat.

"Antara perkara yang akan dibincangkan ialah bagaimana cara untuk mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh.

"Oleh itu, mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini telah menjemput seorang jurutera profesional untuk memberi khidmat nasihat dalam pengurusan dan pembangunan cerun bukit," kata Abdul Khalid.

Dalam pada itu, beliau juga ditanya adakah kerajaan negeri sekarang tidak boleh membatalkan sebarang projek cerun yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan projek pembangunan di cerun-cerun bukit, cuma kerajaan negeri hanya mampu untuk memantau dengan teliti sesuatu projek pembangunan di cerun supaya tidak timbul sebarang masalah" jawab beliau.


CheguFADH:Lu pikirla sendiri..caye lagi ke kat berita Tv tu 100%??

No comments: