Susah melihat budaya masyarakat melayu Malaysia.Baru-baru ni adalah 25 Dis dan tarikh keramat berkenaan adalah perayaan agama Kristian.Pelbagai polemik tentang hukum mengucapkan perayaan kepada penganut agama berkenaan.
Aku setiap tahun muak dengan pelbagai kata2 tentang hal ucap perayaan ni.Aku ambil mudah,agama kamu agama kamu kepercayaan kamu kepercayaan kamu..Tapi aku juga meraikan mereka yang selalu meraikan aku walau berbeza anutan & kaum.
Mujur kali ini Dr Maza telah keluarkan satu artikel yang sangat bagus untuk dinilai secara bersama.Aku berpendapat tak semua pak ostad boleh menerima pandangan segar bekas mufti Perlis berkenaan.
Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77
Harap semua boleh dapatkan sesuatu ilmu baru melalui tulisan beliau,tapi aku tak nak fokus pada polemik ucapan pada penganut lain sebab aku tak pernah rasa iman terbatal & ikut kepercayaan agama lain bila aku ucap selamat untuk perayaan mereka.Jujurnya itu hal picisan bagi aku.Sejak zaman sekolah lagi.
Apa yang menjadi kerisauan adalah umat melayu Islam kita yang berlebih-lebihan menyambut pesta berkenaan.Mungkin melayu Islam taksub dengan lifestyle barat yang dikatakan sebagai COOL,awesome & hebat, maka segala yang ditonjolkan mempunyai imej barat dan inggeris akan menjadi ikutan atau TREND..paling mudah mereka lebih senang menyebut OMG berbanding YaAllah (pasti akan ramai merasakan aku kolot, ya tapi fikirkanlah buat satu jangka masa yang panjang nanti)..Tapi hairan kenapa semasa sambutan perayaan Thaipusam takda pulak individu yang sama membotakkan kepala/cucuk badan untuk mengikut sama ritual masyarakat Hindu?Kalau ritual memakai ala2 santa klaus & apa2 yang berkaitan diangkat atas nama tidak ada diskriminasi...Mungkin jawapan sebenar, mereka ini meletakkan satu kasta kepada bangsa utama yang menyambut perayaan berkenaan...
Aku faham jika melayu muslim mengucapkan salam krismas buat teman beragama Kristian untuk tanda hormat & silatur rahim sesama mereka,tapi apa motifnya jika sesama Muslim sibuk mengucapkan perkara yang sama?
Lebih teruk bila aku melihat gambar-gambar malam ambang 25 dis, si melayu Muslim upload gambar ada dalm satu wet parti yang dimandikan arak & ais kering (seperti salji) siap gambar bercumbu bibir berlatar belakang banner party..
Ada yang menegur dan menasihat,tetapi dibalas pula dengan
"don't judge me because i never judge anybody else"
Agak angkuh..Lebih angkuh si penyokong pelakuan tersebut..Dikatanya yang menegur tidak kena pada tempatnya kerana terlalu umum & menjatuhkan maruah si pelaku tidak selari seperti yang diajar agama...Kenapa aku kata penyokong? Sebab orang yang sama jugalah yang LIKE & memuji perlakuan tu..
Aku rasa hairan. Jika sudah perlakuannya di tempat publik, di tegur juga pada detik sedang melakukan perkara berkenaan (menyebarkan gambar2 maksiat peribadi di media facebook) cara mana lagi yang paling benar & tepat bagi menegur perlakuan sebegini??
Ramai orang kita mempergunakan agama untuk mempertahankan sesuatu yang salah..Contohnya seperti hal di atas..
No comments:
Post a Comment