Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Sep 27, 2011

Akademi Pak Sako : Penulis yang baik...

Seperti mana yang aku ada cakap sebelum ni,ada enteri yang aku tulis tak habis..Ada yang habis tapi lupa submit & kekal sebagai draft sahaja..Mujur 2 post  yang kira paling latest walaupun agak lapuk sebenarnya aku dah post..Rujuk 2 enteri sebelum Respon Hudud & TPM berbohong..Bila difikirkan semula,susah nak jadi blogger atau penulis yang baik ni..


Aku dah dapat pengalaman pertama di Akademi PakSako1 dan katanya ada siri 2...Siri Satu berlangsung seminggu selepas BERSIH2.0 dan tarikhnya sama pula dengan tarikh Amnesty International Malaysia ke Pahang bagi "mendoktrin" masyarakat sana tentang isu-isu kemanusiaan..Aku pilih PakSako sebab aku rasa ianya lebih progresif masa tu & otai2 yang ada dalam tu..

Apa yang diajar adalah cara untuk menjadi penulis yang baik.Pelbagai tips dikongsi oleh mereka yang dianggap penulis hebat melalui bidang masing2.Tapi ke3 orang ini memang penulis yang cukup hebat bagi aku semasa Pak Sako1...

Hasmi Hashim
Fathi (Malaysiakini)
Isham Rais TukarTiub

Modul lain adalah sesi perbincangan mengenai falsafah,budaya & politik serta respon kami untuk menggunakan pelbagai medium menyebarkan sudut pandang untuk tulis & ubah dunia.Masing-masing menulis mengikut cara & kepakaran masing2..Dikelilingi pula oleh blogger yang terkenal antaranya milosuam,dan beberapa blogger yang baru naik tetapi menggunakan nama ala2 minuman warung mamak.Juga disertai oleh gadis2 yang merupakan pamgkat akak daripada suarakeadilan

Dan kali ini,dah dapat respon daripada Najwan & Zul BumiLangit.Borang sudah diedar.Kami akan berkampung sekali lagi untuk PakSako2.0

Yang pastinya akan lebih selesa tempatnya dari segi kemudahan serta lebih ramai peserta,"sifu" & isu yang akan dikongsikan pada 7-9oct nanti..Untuk mengikuti dengan lebih dekat berita akademi ini boleh follow tweethandle @AkademiPakSako

Oh ya,berbalik kepada isu menjadi penulis yang baik,aku rasa 14 draft aku ni mustahil untuk diterbitkan semula.Tunggu sahaja ada isu yang mungkin sesuai & berkaitan..Lihat saja tarikh2 post tersebut berkulat dalam draft blog ni.. 


22/6/2009
7/7/2009
30/7/2009
6/8/2009
19/8/2009
4/9/2009
4/9/2009
15/9/2009
30/9/2009

4/9/2010

1/1/2011
10/1/2011
31/1/2011
31/5/2011

Kesemuanya tinggal 14 setelah 2 yang "agak baru" tetap diterbitkan kepada umum..Itu saja buat masa ni..Menulis bukan saja perlu ubah dunia,tapi yang pertamanya perlu ubah diri dulu..haih.. #kthankbai

Suka aku guna gaya hadek2 "okbai" ni dalam facebook & twitter,terikut dengan cara tweethandle @ChanHafiz yang sarcastic untuk golongan hadek2..jangan ada yang fikir style memondan pulak..

No comments: