Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 17, 2011

KOMEN TENTANG BUDAYA PENCERAHAN MAHASISWA



Malam tadi aku bergerak meninggalkan rumah Bahau,kemudian singgah sebentar di rumah Seremban "drop" sikit barang dan meneruskan perjalanan ke Kajang..ABun ajak lepak rumah dia..Nama sebenarnya adalah Mohd Nazreen..Sesampainya aku di rumah abun,aku diajak untuk ke Bangi.Lepak-lepak dengan geng Bangi.Agak berminat aku untuk bersama-sama anak muda yg punya nilai keintelektualan yang tinggi kerana rajin membaca dan mengupas masyarakat dan mengaitkan dengan teori & semasa..

Malam tadi banyak pencerahan yang aku dapat daripada Mazir,seorang penulis di roketkini.com terutamanya tentang kebebasan dan harapan.Apa yang kita tuntut,bila dapat,tak semestinya seperti apa yang kita harapkan.Contoh paling mudah sepertimana yang telah berlaku pada pemilihan PKR yang lalu,menyebabkan masyarakat PKR sedikit kacau bilau dan banyak individu merajuk lantas keluar daripada parti.Mujur Chegubard masih kekal tetap setia bersama parti...

Hari ini pula akan bergerak ke JB bagi program bersama Amnesty International..Sekarang ni aku & Kechik atau nama sebenarnya Firdaus Zolkifli (seorang filasuf) tengah duduk bersantai di rumah Abun.. Sambil membaca dan meneliti tulisan Abun yang baru aku publish sebentar tadi.

Pandangan kami terhadap tulisan itu positif walaupun ada sebahagian daripada sahabat seperjuangan yang cuba merendah-rendahkan dan tidak mengkritik nilai,idea & tulisan..Sebaliknya kepada sosok individu..Walaupun rakan-rakan dan selalu bergurau senda (Abun adalah antara bahan kami semasa lepak,mesti abun kena jadi bahan ketawa)..tetapi itu hal yang berbeza.Apabila Abun keluar dengan tulisan yang bernas dan serius,sepatutnya tidak perlu diperkecilkan dan dipandang remeh perkara ini.Kesabaran setiap orang ada batasnya. Hal ini sangat memalukan dan memualkan.Budaya masyarakat Malaysia..

Tak pelik jikalau makin lama,masyarakat kita makin sakit,lebih-lebih lagi jika ada aktivis yang perangainya sebegini..Lebih teruk jika aktivis-aktivis sebegini terjun ke kancah politik,menjadi ahli politik..Jika gurauan sedikit boleh dimaafkan,tetapi sekiranya setiap tulisan diperlecehkan..Tak tahu sudah kemana hilangnya moral seorang yang memegang title mahasiswa & kononnya aktivis masyarakat..



Baiklah,aku akan gunakan medium blog ini bagi perkongsian tulisan rakan-rakan seperjuangan..Ini adalah sedikit sebanyak tentang penulis yang cukup kental dan bersemangat menelaah pelbagai buku & aku kagum dengan kesungguhan beliau..

Mohd Nazreen (Abun) merupakan aktivis mahasiswa KAMI Bangi..Masih menuntut di UIA dalam bidang kejuruteraan..Tulisan yang baru diterbitkan pada thread sebelum ini baru sahaja ditulis pada malam tadi,selepas habis program diskopi di Bangi dan terus dimuat naik ke dalam facebook untuk dibaca dan dinilai oleh orang ramai.Segala kritikan terhadap idea tulisan2 beliau sangat dialu-alukan.

No comments: