Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 17, 2011

PREMIS SUCI : MELAYU ISLAM MALAYSIA PUAK EKSTRIMIS!!!


TONTON 2 VIDEO DALAM ENTRI INI NANTI..KEMUDIAN NILAIKAN SENDIRI DIMANAKAH LETAKNYA PEMAHAMAN ISLAM dalam masyarakat kita..Bagaimana kita telah jauh terpesong daripada ajaran sebenar..

"MALAYSIA TELAH MENGORAK LANGKAH DENGAN MEMERKENALKAN KOMPLEKS HALAL PERTAMANYA..SEBELUM DIUBAH SUAI BANGUNAN TERSEBUT AKAN DISAMAK DENGAN MENGGUNAKAN TANAH DAN MENGIKUT SYARIAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ISLAM??"-Sendiri cakap tarak rasa malu ka kata IKUT syariat Islam??tanah mana yang paling sesuai & paling suci??huh..Semuanya hanya mainan wang semata-mata..

Video menyesatkan ummah berkaitan konsep SUCI,HALAL sebenarnya hanya mengaut keuntungan


Aku tak tahu nak komen macam mana tentang UMAT ISLAM di MALAYSIA ni..Nak kata JAHIL marah,tapi memang dah JAHIL..Sesat lagi menyesatkan!!Halal-Lan Toyibban..Entah faham entah tidak apakah HALAL,SUCI yang sebenar yang dipinta oleh ajaran Islam..

Itulah jadinya bila si MUFTInya jadi alat politik parti tertentu,yang terang nyata HARAM & SALAH dibenarkan yang tak timbul isu dijadikan isu dan sangat-sangat menyusahkan orang ramai..

Kalau duk kat Malaysia ni tok sah nak katalah yang ISLAM ITU MUDAH..ISLAM the WAY of LIFE..Kalau macam ni contoh teladan badan-badan agama semua..Yang rakyat faham tentang HALAL adalah ada cop..Itu saja..Sebab tu kalau remaja nak dye rambut pun kata tak apa sebab dyer tu ada cop HALAL...See???betapa teruknya minda melayu Islam Malaysia...

Ada apa dengan KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI dipertahankan kalau yang diajar oleh ISLAM yang SEBENARNYA diseleweng??Diseleweng untuk mengaut keuntungan puak-puak tertentu..Siap boleh buat projek,buat duit..Semuanya propaganda...Zaman nabi dulu mungkin tak cukup ISLAMnya sebab tak buat pun sampai tahap macam ni..

Zaman nabi tinggal kat padang pasir tak samak pakai tanah lumpur,jadi tak cukup suci??Haih..Mentaliti apa yang dibawa melayu islam Malaysia tika ini...Semoga kita dijauhkan oleh golongan JAHIL lagi menyesatkan ini..Mereka menggambarkan bahawa islam itu susah...


TONTON video penerangan tentang sentuhan Anjing & babi

Puak2 macamni tidak pernah nak risau berkenaan WANG ZAKAT yang sepatutnya diagihkan kepada golongan Islam yang tertindas..Bukan hanya kutip saja,tapi gunakan dengan sepenuh tanggungjawab..Ramai yang murtad apabila pergerakan Kristian banyak membantu masyarakat yang tertindas,bagi tempat perlindungan dan bagi makan..Yang Islam SEBAGAI AGAMA RASMI pula buat apa??Pandai kutip duit & mendabik dada dengan kejayaan kutipan berjuta-juta bagi setiap negeri!!

Golongan ini jugalah yang sebenarnya sibuk berteriak bertempik berkenaan isu Kalimah ALLAH & isu orang bukan Islam masuk ke perkarangan masjid..Mereka ini yang melabel dengan sesuka hati Orang BUKAN ISLAM itu adalah NAJIS...Mereka ini juga yang tidak mahu memberi pencerahan kepada golongan BUKAN ISLAM MALAYSIA (ZIMMI) bahawa apa yang didengar itu bukan AZAN tetapi sebaliknya bacaan ayat suci AlQuran dan juga zikir2 yang dipasang pada pembesar suara... 

Ulas Dr Asri difacebook beliau:
DrMAZA.com INI ADALAH PERBUATAN MENGARUT YANG TIDAK PERNAH DIAJAR OLEH ISLAM..BAYANGKAN APAKAH PERKARA YANG SEPERTI DILAKUKAN PADA ZAMAN NABI S.A.W? DI MANA TANAH SEPERTI ITU HENDAK DIAMBIL DI TANAH ARAB? SAHABAT2 NABI S.A.WYANG MASUK ISLAM TIDAK PERNAH MENYAMAK RUMAH MEREKA. INI SEMUA IDEA BISNES YANG AKHIRNYA MENYUSAHKAN UMAT ISLAM DAN MEMALUKAN ISLAM!

No comments: