Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 16, 2011

KEMANA menghilangnya wang ZAKAT??

Pertama sekali aku nak hangpa baca banyak berita dan tengok kat TV berapa banyak warga kita yang susah??Hidup papa kedana,merempat,mencuri sampai ada yang sanggup melacur pasal tekanan hidup sekarang ni..Yang dengan projek MLM & menipu umat manusianya sekian,yang buat kerja haram lain lagi sekian..Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi keadaan negara yang kian meruncing..

Terbaru bukan sahaja pelbagai jenis barangan mentah,keperluan asas dan bahan api sahaja yang naik harga tetapi cukai GST juga diperkenalkan..Yang hidup kaya,banyak duit mungkin boleh menampung semua ni tapi bagi yang tidak mampu??Wang ZAKAT berjuta2,kalau dikumpul di seluruh negara entah berapa bilion agaknya wang zakat yang terkumpul..

Mungkin yang membaca ini tergolong dari kumpulan sederhana atau kalangan SPY berbayar yang sememangnya dapat habuan lebih,jadi tak merasa sangat kesengsaraan hidup susah.Aku sendiri pernah alami hidup susah,masih ingat bagaimana sewaktu zaman susah dulu meniaga makanan bawa ke sekolah dan kawan2 lain beli..Dapat juga tambah duit poket untuk family..Mujur ada duit modal untuk buat makanan lebih,dan itupun kami rasa dah susah..bangun awal pagi buat nasi lemak buat kuih..Hujung bulan parents tengok duit poket ada dalam rm20 untuk survive kami 5 beradik yang masih bersekolah..Tapi kini kami yang berpendapatan rm10k sebulan pun masih terasa sempit dengan kos perbelanjaan hidup sekarang..nak menabungnya lagi,ada sakit sikit nak kena beli ubat,nak kena tampung macam2 yang tak dijangka lagi..

Itu kami,tapi bagimana pula yang papa kedana?Yang berpenyakit???Cuba baca link yang aku bagi ni..Apa komen korang??Apa perasaan korang kalau berada ditempat mereka??

Jadi kemana hangpa rasa duit ZAKAT??Adakah golongan ini tak layak menerima zakat??Adakah golongan ini hanya layak menerima bantuan RM100 sebulan sahaja??Berapa banyak golongan sebegini dan apakah tindakan majlis agama Islam??Duk berperang isu orang bukan Islam masuk masjid sahajakah??Walhal berduyun2 orang bukan ISLAM masuk Masjid Negara dan diperkarangan masjid pun ada yang memakai jeans ketat & pendek seolah2 underwear!!mempolitikkan banyak perkara tetapi yang menjadi tugas utamanya dibiarkan begitu sahaja??

Semasa sesi kedai kopi bersama salah sebuah kumpulan nasyid di Shah Alam tempoh hari,ada yang membuka satu kisah tentang satu rumah kebajikan yang pergi ke lorong2 gelap,menawarkan para pelacur,penagih dan segala macam golongan yang disisih masyarakat terutamanya mereka yang merasakan diri mereka golongan yang PALING KUAT mempertahankan KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI KEBANGSAAN.

Sukarelawan ini menawarkan tempat perlindungan dan makanan kepada semua mereka,mengajak mereka datang ke rumah kebajikan tersebut dan mereka datang..Respon yang diterima,mereka mahu berubah tetapi tidak pernah diendahkan oleh masyarakat..Hal sebegini tidak pernah dibuat oleh pihak JAKIM dan sekufu dengannya,yang ada hanyalah MERAKAM VIDEO remaja sedang BERZINA satu tika dahulu..

Nah..Indah bukan gaya masyarakat ISLAM negara kita??Fikir-fikirkanlah jika kita yang golongan sederhana ini merasakan keadaan sekarang terlalu sempit dan untuk menolong memberi banyak wang kepada fakir miskin pun dah rasa berat,bagaimanakah keadaan mereka,betapa terdesaknya mereka untuk hidup pada hari ini dengan pelbagai kenaikan harga barnagn dan cukai perkhidmatan GST..Semak bil2 korang,banyak syarikat telekomunikasi terutamanya telah menaikkan caj cukai kerajaan akibat pelaksanaan GST 6%..Rakyat kena UBAH GAYA HIDUP...



Herm,kelakar pula bila membaca INFO sebuah IPTA yang  mempelawa pelajarnya yang berkelayakan  memohon SKIM BANTUAN ZAKAT daripada TABUNG AMANAH ZAKAT dengan kriteria-kriteria yang kurang relevan buat zaman sekarang..

Syarat-syarat atau Kriteria Pemohon :

1- Tidak mempunyai tajaan atau pinjaman daripada mana-mana agensi.

ATAU

2- Pelajar Kurang Upaya

ATAU

3- Mempunyai Tajaan atau Pinjaman tetapi Ibu dan Bapa atau Bapa telah meninggal dunia.

ATAU

4- Mempunyai tajaan atau pinjaman dan pendapatan keluarga kurang daripada RM 500.00 sebulan serta mempunyai tanggungan yang melebihi 5 orang.

Kurang RM500 sebulan beb..Ada kawan aku yang apply gaji ayahnya RM1000 sebulan,dahla tinggal di Sarawak,nak beli tiket pergi balik pun tah berapa dah..Bila dia mohon,respon sangat lambat diterima,dan tunggu punya tunggu,akhirnya jawapan yang diterima TIDAK LAYAK..

Kemudian kita pula akan membaca laporan wang ZAKAT yang berjuta-juta dan dijadikan pelaburan negara semula walhal terlalu banyak kumpulan sasaran yang hidup merempat tanpa bantuan dan dicaci maki pula masyarakat sebagai golongan pemalas & terlalu mengharapkan bantuan orang lain..



KITA TAK DUDUK DALAM situasi mereka,TEMPAT MEREKA,KITA TAK BERHAK NAK BERSUARA..Tengok sahaja bagaimana pemimpin negara membazirkan wang rakyat sesuka hati mereka.. Duduk hotel satu malam di Dubai sahaja dah RM100ribu..Besar sangat ke badan bini tu sampai perlu hotel tahap gaban macam tu???Tengok video di atas untuk maklumat lanjut.

No comments: