Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 1, 2011

Antara 2 konsert : Mana lebih MUNAFIK???


Kelantan Anjur Konsert Amal Wali Band Kutip Derma Palestin

KOTA BAHARU, -- Kumpulan terkenal dari Indonesia, Wali Band akan mengadakan konsert sulungnya di Kelantan untuk mengisi tabung bantuan rakyat Palestin, kata Pengerusi Sekretariat Misi Cakna Palestin (SMCP) Nazri Deraman.


Konsert itu anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama SMCP dan Anjung Tulus Corporation Sdn Bhd. akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini Sabtu malam.


Nazri berkata persembahan itu merupakan satu lagi usaha pihaknya untuk memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi Palestin.


Katanya, "Konsert Wali Band: Berhibur Sambil Menderma Untuk Gaza" itu bermula pukul 9 malam.


Beliau berkata, kumpulan yang dianggotai empat anak muda itu akan mengadakan persembahan selama satu jam dengan 12 lagu termasuk lagu popularnya, "Ingat-Ingat Mati".


Bercakap pada sidang media di sini, Nazri berkata serentak dengan konsert itu juga, pihaknya akan mengadakan "Bazaar 4 GAZA" di dataran stadium itu dengan menjual pelbagai barangan selama dua hari.


Tiket-tiket berharga RM20 hingga RM100 itu sedang dijual di perkarangan stadium itu. 

Berita Kontra:

Abd Rasyid Mohd Zamri:Dulu Haram, Sekarang Halal. Dulu Nik Aziz Sesat, Sekarang Lagi Menyesatkan.



Kemudian bandingkan pula konsert tersebut dengan konsert AM Bank (Arab Malaysian Bank)..Apa yang diberitakan dalam BERNAMA & UTUSAN..bagaimana pula UTUSAN menjadi anjing yang nyata apabila menyorokkan info yang sebenarnya boleh buat UMNO BUSUK HINGGA KE USUS seperti yang dikata oleh Mahathir Mohamed?? 


“Apa kelainan sambutan tahun baru tahun ini Tan Seri”Kata Juruacara jelita.
“Oh kelainan?, pastinya berbeza dengan tahun yang lepas,kali ini sambutan akan diadaka di dataran Merdeka” Jawab Tan Seri Kacak berkepala sexy.
“Mengapa di dataran Merdeka?,bukan di Putra Jaya seperti yang telah lepas?” Juruacara jelita tambah teroja.
“Oh Kerana saya dapati pengunjung labih ramai dan sedia ada di Dataran Merdeka,setiap tahun walaupun tidak ada upucara negara, pengunjung begitu committed menunggu menjelangnya tepat 12 malam.Mereka memberikan sambutan sungguh meriah,mereka bersorak gembira tanpa rusuhan yang boleh menejejaskan keselamatan Negara.Tidak kira tua muda,berbagai bangsa 1 Malaysia. Menyemarakan sambutan tahun baru kali ini.” Tan Sri kacak bertambah bersemangat.
“Wow,Sambutan yang menggalakan ya tan Seri.Tentu sekali atucara yang vogue dan menarik.”Juruacara jelita sambil mengembangkan kipas made in China.
“Sudah semestinya,mereka datang tidak kira waktu,sejak pukul 7,hinggalah 4 pagi.untuk memeberi sokongan.Beberapa artis telah pun diundang untuk sama-sama memeriahkan sambutan kali ini.” Wajah Tan Seri kacak bertambah berseri-seri dengan terbatuk-batuk kerana kelelahan..
“Berapa ramai sasaran pengunjung kali ini”Juru acara jelita sambil mengecil-ngecilkan mata.
“Kali ini sasaran pengunjung adalah 1 juta berbanding 800,000 pada tahun yang lepas. Artis yang akan membuat persembahan pada konsert ini juga datang dari pelbagai latar belakang, bersesuaian dengan matlamat konsert ini kita mengharapkan kehadiran penonton yang lebih ramai di Dataran Merdeka untuk memeriahkan konsert ini berbanding tahun sebelum ini.” Tan Seri Kacak termengah-mengah menghabiskan ayat tanpa noktah itu.
“Apalah orang tu,dah tua tapi nak sambutan tahun baru konsert-konsert,malam-malam pun nak suruh orang datang, kan Mak Ngah,Ustazah kata bulan Ogos nanti banyak orang buang bayi”
Alamak ,potong stim betulah Arif ni. Orang tengah nak dengar promosi,tengah fikir nak komen,dia dah komen dulu. Apalah nak dibandingkan Arif yang baru sembuh dari bersunat dengan tan Sri Pengarah bank itu.Tahniah pada Ustazah Arif kerana memandu Arif membuat pilihan di persimpangan.
“Arif,bersyukurlah kamu,seusia 8tahun Allah sudah letak kamu di persimpangan yang benar”


BERNAMA: RTM Sasar 1 Juta Penonton Bagi Konsert Ambang Tahun Baru TV2 Ambank

 

UTUSAN:Ambank anjur konsert Ambang 2011 Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Sempena kedatangan tahun baru, AmBank (M) Bhd. (Ambank) akan menganjurkan konsert Ambang 2011 Kuala Lumpur di Dataran Merdeka bermula pada 31 Disember ini.
Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim berkata, konsert anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu akan berkonsepkan 1Malaysia.Katanya, ia akan disertai oleh artis berbilang kaum dan diharap dapat menarik minat rakyat pelbagai lapisan umur dan kaum serta meningkatkan semangat muhibah di kalangan rakyat Malaysia.

"Bagi Kumpulan AmBank, keutamaan kami bukan hanya berlandaskan kepentingan perbankan, tetapi juga ingin membuktikan bahawa kami turut memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan negara dan bangsa,'' katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Norhayati Ismail dan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan DBKL, Datuk Muhammad Sidek Khalid.Sementara itu, Norhayati memberitahu, konsert Ambang 2011 Kuala Lumpur akan disiarkan secara langsung menerusi RTM2 dari pukul 10.15 malam hingga 1.15 pagi dan beliau berharap jumlah penonton pada kali ini akan bertambah berbanding tahun sebelumnya.

Konsert Ambang 2011 Kuala Lumpur kali ini membariskan artis-artis popular seperti Amy Search, Datuk David Arumugam, M. Nasir, Ramlah Ram, Mizz Nina dan kumpulan pop rock sensasi, Pop Shuvit.

Ahha!!!!Gotcha!!!Bodoh sungguh sesapa yang menyokong UMNO ni..Bila rakyat kumpul nak jumpa agong bagi memorandum tentang kebobrokkan mereka,UMNO dengan bersungguh2 kata negara ni tak boleh buat macam tu..Kalau berhimpun (BERSIH cuma 60ribu orang)  dan UTUSAN pula lapor 4ribu-6ribu orang sahaja..Itu pun ini ZIONIS UMNO kata tak boleh..Akan menyusahkan rakyat yang nak bershopping!!!Kah Kah Kah!!!Tak percaya korang boleh semak balik berita lepas...Akan mengancam keselamatanlah (mengancam keselamatan mereka sebenarnya) dan jalan akan jem teruk..Woit..kenapa tak boleh urus betul2??Tak tahu nak kata apa..Tapi setiap kali berhimpun kalau rakyat kena tembak dengan bom pemedih mata & air asid,pepaham sendirilah..Bagi yang atas pagar harap faham..tapi kalau yang UMNO memang aku tahu taraf diorang memang takkan tahu pun..

Analogi dalam satu restoran duduk makan 10 orang je,kemudian kita campak bom pemedih mata & air asid kat meja tu,confirm 100% seluruh restoran akan jadi kelam kabut walaupun hanya 10 orang sahaja yang terkena...Harap hangpa faham kenapa aku benci sangat dengan UMNO yang aku gelar sebagai ZIONIS Jr.

No comments: