Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Oct 21, 2010

Panduan untuk memilih pasangan sebelum berkahwin...

Antara Displin Islam Dalam Pertunangan

Soalan.



Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?




Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini




JAWAPAN:

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat. Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-



1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama.




Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW.




Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah) ;


juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : "Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).



Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 )




Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)




2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari.




Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.




Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab : " Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim)




Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani )




Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)




3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan.




Nabi SAW menyatakan : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)




4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)




5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.




6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat.




Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.




7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-




a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.




b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.




c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger)




d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.




e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.




f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.




g. Awas daripada bertukar gambar.




h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.




Wallahu'alam.




Ust Zaharuddin Abd Rahman

Sumber : Zaharuddin.net

Oct 19, 2010

Laila Selubung Luka

Semoga luka-luka ini cepat sirna
semoga rasa perih ini cepat reda
agar wajah ini terasa bersih menatapMu
agar hati ini terasa basah mengejaMu

pada warna senja yang begitu ungu
di ujung langit
kutitipkan selembar luas mendung
yang pernah kulukis

dengan tinta hitam, suram
bagai getah lekat, erat melekati kulit batang-batang pohon
dari patahan dahan dan daun-daun dari ranting kepundung
atau seperti pekatnya cairan malam
menitis pada kain sebentang
membentuk gambar-gambar rumit bercorak kawung

akh, senja yang ungu
bagaimana aku bisa memintamu
menempa warna-warni lukisanku

sedang tinta-tinta itu terlalu pekat
sedang gambar-gambar itu terlanjur lekat

semoga luka-luka ini cepat sirna
semoga rasa perih ini cepat reda
agar hati ini mampu merunduk
agar langkah ini mampu bertawadu'

Oct 10, 2010

CINTAKU JAUH DI PULAU

Cintaku jauh di pulau,
gadis manis, sekarang iseng sendiri

Perahu melancar, bulan memancar,
di leher kukalungkan ole-ole buat si pacar.
angin membantu, laut terang, tapi terasa
aku tidak 'kan sampai padanya.

Di air yang tenang, di angin mendayu,
di perasaan penghabisan segala melaju
Ajal bertakhta, sambil berkata:
"Tujukan perahu ke pangkuanku saja,"

Amboi! Jalan sudah bertahun ku tempuh!
Perahu yang bersama 'kan merapuh!
Mengapa Ajal memanggil dulu
Sebelum sempat berpeluk dengan cintaku?!

Manisku jauh di pulau,
kalau 'ku mati, dia mati iseng sendiri.

1946 (CAMAR)


Chegufadh: 2 entri berturut tentang Seni & Cinta...sesungguhnya keduanya amat indah sekali..Namun perlu ada batasnya dalam berkarya & juga dalam bercinta...herm,selalu sangat tengok movie since betul2 sebelum raya ,masa hari raya & baru2 ni,tapi 1 apa pun aku tak buat review..nanti2lah aku story (kalau rajin)

Biar Mati Cinta Ini



Sepinya waktu…
Telah nyata ku bina…
Yang ku persiakan…
Berakhir lalu…di tangan mu…

Hasrat ku yang tersimpan…
Dalam hati yang terpadam…
Akan ku perjuang kan sepi…ini…

Terungkai sudah…Ku rasa…
Apa yang telah…Tercipta…
Akan ku hembus…
Akan ku helah…
Nafas cinta…
Biar mati di sini…



CheguFadh:lagu yang cukup menyentuh hati & perasaan..Ini antara lagu yang aku mainkan masa mula belajar gitar..Senang gak,tapi cukup asyik..

Oct 6, 2010

Apa akan jadi kalau sex terlalu bebas??

Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul.

"Ayah, Shahrul mahu melamar saya" kata Zuraini.

"Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!" Kata ayahnya dengan nada tinggi,"Kau boleh kawin dengan siapa saja asal jangan Shahrul..."

"Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?" Tanya Zuraini

Sambil berbisik...ayahnya memberitahu..."Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau."

Zuraini terkejut... lalu pergi mencari emaknya.

"Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul" tanya Zuraini kepada emaknya.

"Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul..." emaknya menjelaskan.

Zuraini hairan bercampur gembira.."Kata ayah Shahrul itu abang saya...?"

"Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya."


*Fikir-fikirkanlah....Kalau pernah terlanjur pun,harap jangan ada rakam video atau gambar..Lebih-lebih lagi buat kaum hawa yang maruahnya akan sangat tercalar..Kalau dapat lelaki yang bertanggungjawab boleh tahan lagi,tapi kalau dapat jantan hidung belang,yang rakus dan kejam dan berbangga dengan aktivitinya yang merosakkan maruah setiap gadis sunti???

Percayalah bila kalian bercinta,kalian terlanjur dan ada macam2 sesi rakaman,kelak lelaki itu akan memalukan anda,akan menjatuhkan anda sehingga tahap yang paling terhina..kisah anda dan dia akan dicanang seluruh masyarakat dan rakannya dengan bangga,bagaimana dia telah meragut mahkota anda..kalau ada video dan gambar,semuanya akan disebarkan melalui internet,bluetooth & sebagainya..

http://genjus.files.wordpress.com/2007/12/grief1.jpg

Pilihlah pasangan hidup & cinta anda dengan sebenar-benarnya..Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya

Oct 5, 2010

Cinta..Dimanakah letaknya kita??

Jumpa difacebook...mahu share dengan semua..Harap boleh sebar-sebarkan demi kebaikan...Satu cerita,1000 makna... 1x baca...dpt plbagai pengajaran... 1x trsemat di hati..berkali2 terselamat drpd godaan cinta.. 1x dibaca dgn ikhlas..akn smpy juga mesejnya...


Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? " Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."


Saya memintas, "Tak faham.."



Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..


Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..

Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..

"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."

emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.



Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "



Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....


Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..Tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..Lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...

Lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...


IBU...EMAK..MAMA..UMMI...MUMMY...MUM..


Semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..


Wahai muslim n muslimah budiman...bayangkanlah wajah ibumu.. bila kamu dilanda gelora cinta.. bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu.. bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu.. bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu.. bila kamu terfikir utk melakukan dosa... bila hatimu berdebar atas perbuatanmu... bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu..... bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu... kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu... tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...


agar kamu tahu... apabila ibumu terluka...tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...

agar kamu tahu... bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu.. dgn titis susunya..dgn sedaya upayanya.. dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....


PELIHARA DIRIMU.....



Merokok :Nampak Cool atau BODOH???

Kecoh apabila baru-baru ni harga rokok dinaikkan (berkuatkuasa 1 Oct 2010)..Syarikat rokok juga kecewa dengan kenaikan 16% duti eksais tersebut.Portal MalaysiaKini melaporkan British American Tobacco (BAT) [pengeluar rokok Dunhill] menyebut kenaikan 3 sen sebatang atau sebanyak 16 peratus itu merupakan sesuatu yang tinggi dan mengejutkan.Pengarah Urusan BAT Malaysia William Toh berkata, pihaknya kecewa kerana peningkatan eksais itu menyebabkan penyeludupan rokok yang sudah sedia ada akan bermaharajalela dalam pasaran.

"Lebih besar perbezaan harga antara rokok sah dan seludup, lebih besarlah minat terhadap rokok seludup," katanya sambil mendakwa telah menegaskan perkara itu banyak kali sebelum ini.

http://www.malaysiakini.com/news/144440

Apa pandangan kalian tentang aktiviti merokok??Adakah kalian punya teman,kekasih atau keluarga yang merokok???Rokok Dunhill 20 sekotak dah harga RM10..Bagi perokok tegar yang memang tak mahu dengar nasihat langsung untuk berhenti merokok,adakah kita merasa selamat duduk dan tinggal bersama mereka???Fikir..Ianya satu perkara yang membazirkan..terlalu membazir..Tak tahu apa faedahnya kepada diri & masyarakat..

Banyak perkara yang melalaikan dan buat manusia alpa dan sering membazir,tetapi tentang rokok ini jauh lagi teruk dari dadah bagi aku..Orang yang HISAP dadah depan orang ramai pun takkan binasakan orang yang dekat dengannya,kecuali bila emosi penagih DADAH tegar ini tergangu dan memberontak nakkan WANG untuk secebis NAJIS dadah,tetapi bagi perokok pula???

Asap rokok itu sudahlah berbau lebih dahsyat daripada najis-najis dan sampah sarap,boleh pula mereka buat tak tahu merokok depan kita yang memang bencikan bau rokok..Boleh mendatangkan binasa kepada kita yang ada disekeliling 'perokok-perokok' tegar ini..

Tapi sekarang harga rokok dah makin mahal..bagi mereka yang merokok,sehari tak jumpa rokok boleh jadi gila tak keruan,lagi2 bagi mereka yang tegar..Kalau harga rokok makin meningkat naik,tak mustahil satu hari nanti para perokok ini akan beremosi seperti PENAGIH DADAH..sanggup merompak,mencuri,meragut dan membunuh demi mendapatkan "sesuap" rokok!!

Cuba pula kalian singgah di 2 portal ini


Budaya merokok ini dah semakin membarah dalam masyarakat,hari ini mungkin ditempat lain,tak mustahil nanti akan berleluasa hingga ke negara kita dan akhirnya dalm keluarga kita sendiri..

Last sekali,fikirlah soalan ini

Antara terkentut di khalayak ramai & merokok di khalayak ramai,yang mana lebih HINA dan menjengkelkan???Khalayak ramai atau tempat public bukan bererti tempat awam,tetapi tempat dimana wujud orang lain selain daripada kalian yang merokok,jika ada teman yang tak merokok,diruang tamu rumah adalah tempat awam,ditandas & didapur juga tempat awam..merokok sahaja ditempat kalian & kawan2 perokok kalian melakukan aktiviti itu..Ubah mentaliti kita,jangan sampai kita terlalu menyusahkan dan membebankan masyarakat dek kerana kepentingan diri yang terlalu JAHAT...Alam juga tercemar


p/s:No wonderlah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelar semua perokok seperti LEMBU..


HOTMALAY:Budak Sekolah Bertudung HISAP ROKOK di TEMPAT AWAM



Hari ini semasa menjamu selera di salah sebuah kedai makan di lokasi yang dirahsiakan, penulis terjumpa seorang pelajar perempuan bertudung yang sedang menelaah sesuatu, mungkin sedang menyiapkan kerja sekolah. Penulis agak terperanjat apabila melihat sesuatu yang berasap di celah jarinya. Dalam hati berbisik, "Takkanlah budak ni isap rokok kot?". Namun apabila diperhatikan, memang sah dia hisap rokok dengan bersahaja di khalayak ramai. Perlahan-lahan kamera dikeluarkan untuk mengambil beberapa keping gambar dan inilah hasilnya huhu...



Susah juga nak ambik gambar awek ni, penulis takut dia terperasan gambarnya sedang diambil, jadi penulis terpaksa berpura-pura dan mencari helah. Di dalam hati risau juga kang tak pasal-pasal dia mengamuk hahaha. Apapun hasil susah payah mengambil gambar, akhirnya penulis berjaya mendapatkan shot terbaik iaitu gambar di saat dia sedang menyedut asap rokok sehingga menampakkan lekuk pada pipinya he he he. Barulah terbukti rokok tu memang dia hisap, bukan sekadar pegang je wakaka...