Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 28, 2010

Angkara Laser

Kecoh serumpun Bangsa..Indonesia & Malaysia dek sebab pancaran laser..Perlawanan tempoh hari memperlihatkan satu persembahan yang mantap oleh pasukan negara Malaysia.Tahniah diucapkan buat seluruh kontijen.Sememangnya skuad kita berjaya mengatasi Indonesia dengan usaha dan FOKUS yang sangat tinggi..

Berbeza pula bagi Indonesia,mereka bermain dengan kurang FOKUS di tempat lawan.Hal ini bertambah parah dengan pancaran laser yang sering diacukan kepada pemain mereka terutamanya penjaga gawang Markus.

Aku tak ingin menyebelahi mana-mana pihak.Setiap pengadilan mesti dibuat secara saksama.Kita ketepikan sikap mengutamakan negara sendiri.kita berpijak dibumi yang nyata.kembali kepada realiti alam itu sendiri.

Bagi rakyat Malaysia pancaran laser hanya alasan remeh yang digunapakai oleh skuad Indonesia yang bermain dalam keadaan hilang FOKUS.Bagi rakyat Malaysia tidak menjadi masalah walaupun sedikit jika laser dipancanrkan ke mata ketika perlawanan sedang berlangsung.Sehingga terbit pula satu artikel dalam BERNAMA oleh seorang yang mengaku sebagai pakar mata!!

Apakah kita mempercayai ianya 100% atau menerima secebis daripada tulisannya??Bagi aku,maksud tidak menjejaskan pandangan itu adalah tidak menyebabkan mata menjadi BUTA..Tetapi dalam isu ini,bagi si pelakunya,tujuan memancarkan laser hanya untuk menggangu pemandangan pemain lantas konsentrasi pemain akan berkurangan.BUKTINYA??Tengok Video dibawah..Kita kenal dan tahu kehebatan pemain dunia ini..




LIHAT PULA VIDEO DIBAWAH


LASER BEAM lebih bahaya daripada visible light..




POLIS resah dengan pancaran laser oleh penduduk..



Pancaran laser yang banyak boleh menjatuhkan helikopter RC



Jadi kita sebagai masyarakat Malaysia yang bijak harus ADIL menilai..Jika dipancarkan laser RM10 yang dibeli dari pasar malam ketika hari siang di mata kamu..Apa perasaan kamu??Sewaktu itu kamu hanya mendengar ceramah dan tidak memerlukan penglihatan seperti seorang penjaga gawang..Apa perasaan kalian??

Bagi rakyat Indonesia,hal ini penah terjadi di negara kamu..Tidak seharusnya kamu mula bising apabila perkara yang sama berlaku di Malaysia.Seharusnya kalian turut membantah perilaku yang sama ketika Indonesia menang besar menentang Malaysia.Pancaran laser jelas kelihatan terkena penjaga gawang Malaysia.

Buat pihak berkuasa,tolong jaga imej dan nama baik negara.Nasib baik ianya laser yang hanya boleh menganggu konsentrasi,jika sebuah senjata yang boleh membunuh yang diseludup masuk??Bagaimana??Mercun pun diseludup dengan begitu banyak sekali.Biarlah masuk stadium seawal 5pm pun..Buka banyak pintu masuk (jika nak cepat) dan tempatkan seberapa banyak FRU dan pihak polis seperti demonstrasi RAKYAT.Spotcheck seperti di lapangan terbang.

Game perlu start pada masa yang sama.Kalau penonton rasa mereka nak masuk cepat,mereka harus datang awal.Kalau mereka masuk ketika game dah start pun,itu salah mereka kerana datang lewat.Macam tak biasa stadium banyak kosong kalau perlawanan bola sepak negara.Friendly game ManU menentang Malaysia tempoh hari boleh pula ramai yang datang seawal 4pm!!lebih menyedihkan ,lebih ramai menyokong Man U daripada pasukan negara..

p/s: Tak payahlah berlawan menghina negara sebab nanti akan ada copy paste & macam-macam penyebaran di internet tentang kedua negara.Hasilnya rakyat kedua negara akan bermusuhan.Yang jadi mangsa rakyat kita yang berada di Indonesia juga.Wujudnya gerakan buluh runcing & Ganyang Malaysia!!

No comments: