Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Nov 11, 2010

Terima Kasih kerana memahami

9 Nov 2010

Dari Perak bergerak ke Negeri Sembilan..
Bersama si dia..dan seorang lagi sahabat yang setia..
yang banyak membantu dalam melaksanakan rutin penulisan..
Memahamkan konsep yang perlu dipelajari sendiri..
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan..
Siap submit segalanya..
Paling gembira bila dapat tahu
Kesihatan umi semakin pulih..semakin baik..
Harap tak ada apa yang serius dan berkekalan dalam keadaan yang baik..


10 Nov 2010

Ke kampung..
Jumpa Uwan,Acik & adik-adik sedara..
Lama tak jumpa..rasa rindu membuak..
Uwan minta tolong hantar ke Subang..
Kenduri kahwin saudara..
Hajat nak tumpang bila aku balik ke Perak..

Dapat pula sms daripada teman kuliyah..
Katanya judges nak semak presentation dalam masa terdekat..
Khamis tarikh 11 Nov 2010 dia dan seorang lagi rakan kuliyah akan present..
Judges tanya pasal aku..Sebab ingat nak sekalikan..

Aku rasa perit..
Banyak hal keluarga yang perlu diselesaikan..
Plan awal nak balik Jumaat..
Tapi bila fikir2 balik terpaksa balik esok (khamis)
Sedang drive menuju rumah seremban dapat mesej daripada pensyarah..
Katanya Jumaat selepas raya nanti aku akan present..
Dia suruh aku fokus pada keluarga dahulu..
Bertimbang rasa juga dia..
Alhamdulillah...
Terima Kasih kerana memahami..


Sekarang ni ada di rumah Seremban..
Baru balik dari sembang kedai kopi dengan geng 4Life

Dengar macam bagus untuk kesihatan..
Cubalah untuk umi & abah..
yang penting ada usaha...

Esok tak jadi balik Perak..
Balim kampung di Bahau semula..
Hantar uwan ke kajang Jumaat nanti..
Terus balik Perak & hantar Si Dia ke hospital..
Ada temujanji doktor..
Baru sedar orang-orang yang amat aku sayang sakit-sakit belaka..
Kesihatan sendiri pun sama...

Yang penting..
Perlu kuatkan diri..
Ikut kata umi & abah..
Suruh jadi macam Datuk Seri Anwar..
Tabah hadapi pelbagai liku hidup..
Barulah namanya pejuang..
Jangan lembik macam Saiful..haha(sempat lagi)


No comments: