Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Sep 8, 2010

Permohonan Maaf TV3??

TV3 telah memohon maaf..Dan menarik semula IKLAN kontrol-besi yang diluluskan tayangan oleh mereka dan lembaga penapisan filem..Tatkala TV3 sendiri menghebahkan berita bahawa wakil rakyat Pakatan yang telah merakam peristiwa bersejarah bawah pokok di Perak mungkin dikenakan tindakan oleh lembaga penapisan filem,TV3 dan pihak KERA-jaan sendiri telah ditempelak dengan dahsyat oleh rakyat Malaysia...

Ya,ianya bukanlah sesuatu yang membanggakan bila mana kita memasukkan elemen & kepercayaan agama lain ke dalam agama yang sedia ada..Kita berpegang kepada ayat, "Bagimu agamamu, Bagiku agamaku" .Cukup sekadar itu..Don't cross the line...





Harapan agar TV3 berubah ternyata meleset apabila sehari sahaja permohonan maaf mereka,mereka sekali lagi telah mula menganjurkan berita-berita fitnah & adu domba..Dengan meletakkan tajuk PKR diambang perpecahan & kian rebah dek sebab sokongan yang diterima Azmin Ali oleh beberapa ADUN & MP..

Mereka tidak faham bahawa ianya satu proses demokrasi yang dianjurkan & digunapakai seluruh dunia..Mungkin TV3 tidak akan bertaubat selagi dalang & boss mereka dibayangi oleh orang "sesat & menyesatkan" itu .

Kita tidak terlalu memprovokasi,tetapi permohonan maaf selama 26 saat itu tidak mencukupi..tidak dilakukan oleh orang yang sepatutnya memikul tanggungjawab berkenaan.Hanya pembaca berita kelas bawahan yang hanya menjadi BONEKA setiap malam sahaja yang tampil membacakan teks arahan BOSS mereka..


Selama kerajaan Selangor dihina & difitnah hampir setiap hari oleh ZIONIS UMNO/BN menerusi TV3,saksikan iklan raya dari pihak PKNS (kumpulan Selangor) ini..Tiada menggunakan unsur-unsur yang "baru" dan effect melampau,namun masih mampu memberikan satu mesej yang kuat dan mengekalkan tradisi Melayu & Islam di dalamnya..juga cukup menyentuh hati



Chegufadh:
Aku ingatkan aku je yang naik menyampah dengan orang yang terlalu "arif" tentang hal iluminiti & freemason ni,rupanya ramai lagi yang tak senang dengan hal sebegini..Tak perlu terlalu obses mengaitkan segala hal dengan benda-benda yang tak elok macam tu..Apalah salah pakai kopiah putih,rambut telah beruban,sesama mahram berpelukan,menunjuk ke arah langit & ketawa memandang ke langit...Dimana letaknya nilai Husnuzon??

Sila baca INFO ini

WA

No comments: