Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Feb 16, 2010

Hak anda disisi undang-undang (Siri 1)

Baca dan fahami..Kemudian boleh praktikkan..Ingat negara kita negara DEMOKRASI..Kita ada HAK..Pegang Artikel Perlembagaan Persekutuan (Perkara 4:No One Is Above The Law;termasuk Raja-raja Melayu Sultan mahupun YDP AGONG sekalipun)...Ada banyak siri..Aku ambil daripada BLOG seorang anak MUDA UM..Berkaitan Saufi Jelani..

Berapa lamakah polis boleh menahan anda?

Polis boleh menahan seseorang itu hingga selama 24 jam bagi maksud penyiasatan. Jika mereka tidak dapat menyiapkan penyiasatan mereka itu dalam tempoh 24 jam mereka mestilah, sama ada melepaskan orang itu dengan serta-merta atau mereka mesti mengemukakannya ke hadapan seorang Majistret bagi mendapatkan perintah tahanan untuk menahan orang itu selanjutnya selama satu tempoh yang tidak melebihi 15 hari di bawah s 117 Kanun Acara Jenayah (lihat lampiran No.22 Perintah Tahanan)

Komen Penulis :
dalam kes Saufi ini, adalah berkewajipan untuknya melihat tempoh tahanan siasatan polis dan pengesahan Majistret mengenai tempoh tahanan reman beliau. Mengenai isu rakan-rakan Saufi dan ahli keluarganya tidak dapat berjumpa dengannya, ia bertepatan dengan undang-undang sekiranya masih dalam tempoh 24 jam selepas ditahan kerana pihak polis perlu pantas untuk menyiasat bagi mendapatkan keadilan sewajarnya. Tapi bagaimana cara Saufi disoal siasat dan apa yang disiasat, mungkin Saufi dan pihak polis lebih tahu keadaan ini kerana ‘hanya jauhari yang mengenal manikam’.


Rakan-rakan sekalian, apa yang dapat diutarakan di sini ialah, apakah hak anda jika ditangkap?

Rakan saya yang pernah ditangkap polis juga berkaitan kes ini memberitahu bahawa dia tidak tahu apa haknya ketika ditangkap, itu perkara biasa kerana ketentuan itu kita serahkan pada Allah yang Maha Adil untuk menilai ketepatan manusia melakukan perhitungan keadilan. Apalah daya kita dalam situasi itu yang mungkin sekali dalam kehidupan.

(1) HAK UNTUK DIBERITAHU SEBAB DIA DITANGKAP

Orang yang ditangkap itu mempunyai hak asasi di bawah PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN untuk diberitahu secepat yang boleh, dalam bahasa biasa, tentang alasan dia ditangkap melainkan jika dapat disimpulkan daripada hal keadaan sekeliling atau jika dia menyebabkan sukar bagi pegawai polis yang membuat tangkapan untuk memberitahu kepadanya alasan dia ditangkap. Di bawah s 28A Kanun Acara Jenayah yang baru, orang yang ditangkap tanpa waran hendaklah diberitahu seberapa segera yang boleh tentang alasan dia ditangkap oleh pegawai polis yang membuat tangkapan itu (lihat Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan)

(2) HAK UNTUK MENGHUBUNGI PEGUAM

Perlembagaan Persekutuan juga memberi orang yang ditangkap hak untuk berunding dan dibela oleh seorang peguam pilihannya sendiri. Tetapi hak untuk menghubungi peguam ini boleh dinafikan jika polis berpendapat bahawa dengan membenarkan orang yang ditangkap menghubungi peguam sebelum penyiasatan selesai dijalankan akan :

(a) Mengganggu keterangan atau,

(b) Menyedarkan orang lain yang disyaki yang belum ditangkap atau

(c) Menghalang usaha mendapat kembali harta curi

Walau bagaimanapun, apabila penyiasatan selesai, orang yang ditahan itu mestilah dibenarkan untuk berunding dengan peguamnya dalam tempoh masa yang munasabah.

Kedudukan hak seseorang yang ditangkap tanpa waran bagi menghubungi dan berunding dengan peguam dijadikan lebih spesifik oleh s.28A Kanun Acara Jenayah yang baru.


Kini undang-undang telah mensyaratkan pegawai polis yang membuat tangkapan supaya memberitahu orang yang ditangkap itu sebelum memulakan apa-apa bentuk soal siasat. Atau mencatatkan apa-apa pernyataan daripadanya bahawa dia boleh berhubung dan berunding dengan seorang pengamal undang-undang pilihannya sendiri. Jika orang yang ditangkap itu telah memohon mendapatkan seseorang pengamal undang-undang untuk dirunding, pegawai polis hendaklah membenarkan suatu tempoh waktu yang munasabah bagi pengamal undang-undang itu hadir untuk berjumpa dengan orang yang ditangkap di tempat tahanannya supaya rundingan dapat dijalankan.


Pegawai polis hendaklah menangguhkan apa-apa soalan atau catatan apa-apa pernyataan daripada orang yang ditahan selama suatu tempoh masa yang munasabah sehingga komunikasi itu atau percubaan berkomunikasi atau perundingan itu telah dibuat. Pegawai polis hendaklah mengadakan kemudahan yang berpatutan bagi berkomunikasi dan berunding dengan percuma.

Pegawai polis boleh tidak membenarkan orang yang ditangkap itu berkomunikasi dan berunding dengan peguam jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa :


(a) Dalam membenarkan orang yang ditangkap berjumpa peguamnya akan mengakibatkan:

i. Rakan subahat orang yang ditangkap itu mengambil langkah untuk mengelak tangkapan atau,

ii. Penyembunyian, pemalsuan atau pemusnahan keterangan atau boleh menakutkan saksi.

(b) Demi keselamatan orang lain, langkah menyoal dan mencatatkan apa-apa pernyataan itu adalah terlalu penting sehingga ia tidak boleh ditangguh lagi. (lihat No.4 s 28A(2),(3),(4) Kanun Acara Jenayah)

(3) HAK UNTUK MENGHUBUNGI SANAK SAUDARA / KAWAN

Orang yang ditangkap mempunyai hak, sebelum polis mula menyoal, untuk membuat panggilan telefon untuk memberitahu sanak-saudara atau kawannya bahawa:

(a) Dia telah ditangkap;

(b) Masa, tempat dan sebab tangkapan itu;

(c) Balai polis tempat dia ditahan;

(d) Tempoh tahanannya.

Walau bagaimanapun, hak ini boleh juga dinafikan jika pegawai polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa :

(a) Dengan membenarkan dia menelefon sanak saudara atau kawan akan mengakibatkan rakan subahat orang yang ditangkap itu mengambil langkah untuk mengelak tangkapan atau penyembunyian atau pemalsuan atau pemusnahan keterangan atau menakutkan saksi atau,

(b) Setelah mempertimbangkan keselamatan orang lain langkah menyoal atau mencatatkan keterangan adalah terlalu penting sehingga ia tidak boleh ditangguh lagi.


(4) HAK UNTUK MENDIAMKAN DIRI


Jika anda ditahan, dan jika polis mahu anda menjawab soalan, dalam satu percakapan di bawah s 112 KAJ anda berhak mendiamkan diri jika jawapan kepada soalan itu mempunyai kecedenrungan untuk mendedahkan anda kepada pertuduhan jenayah, penalti atau perlucuthakan.

Komen Penulis :
dalam kes Saufi ini, saya beranggapan bahawa beliau tidak dibenarkan berjumpa adalah faktor ia masih dalam tempoh penyiasatan polis selama 24 jam tetapi menajadi keraguan apabila(maklumat saya hanya merujuk kepada laporan dalam MahasiswaKini bertarikh 20 November 2009, 4.30 am. Dan beliau ditahan pada jam 10.30pagi semalam.

Maknanya dia ditahan 19 November jam 10.30 pagi (dalam tempoh 24 jam) = akan berakhir pada 10.30 pagi 20 November dan artikel ini ditulis pada 4.30 pagi/20 November bermakna ia masih dalam tempoh penyiasatan dan menjadi hak pihak polis untuk tidak membenarkan sesiapa berjumpa dengan OKT.

Maklumat seterusnya, saya hanya merujuk kepada MahasiswaKini tanpa ada sumber-sumber lain. Sekiranya saya tersilap, saya memohon sejuta kemaafan kepada semua.

Rujukan saya mengenai undang-undang adalah tertakluk kepada naskhah “hak anda dan undang-undang” ditulis oleh TEO SAY ENG, Ketua Hakim Peguam di Kementerian Pertahanan Malaysia



No comments: