Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 23, 2010

DEGIL TETAP DEGIL

Mereka tetap degil..Mereka mungkin merasakan ini hanya permainan semata-mata...Apakah syarat yang telah dikeluarkan??Sebelum ini difahamkan tidak boleh ada satu teamwork dan melabel-label,jika boleh sekalipun,lebih baik ianya diumumkan secara terbuka..Mana-mana pihak boleh buat "parti" bukan hanya semborono kepada sebelah pihak sahaja..Mungkin ini boleh digunakan untuk membatalkan kelayakan mereka drp bertanding...Dimanakah keadilan???

Siswa...Pertandingan MPP akan berlangsung pada 28 Jan 2010 ini,tetapi aku berasa sedikit terkilan dengan sebuah laman blog yang secara terang-terangan terdesak memperomosi calon-calon tajaan mereka..Sememangnya ramai calon yang ada di dalamnya boleh dikatakan calon yang sangat lantang bersuara lebih2 lagi sahabat seperjuangan sejak Matrikulasi yakni Saudari Nadiah Khalid,tetapi biarkan mereka bertanding secara adil,atas keupayaan mereka dan biarkan mahasiswa yang melihat mereka,bukan hanya slogan dan juga JENAMA sesuatu parti..

Politik gaya ini sebenarnya yang merosakkan masyarakat..Lihat sahaja di Port Klang,siapa ADUNnya,lihat sahaja di Behrang siapa ADUNnya...Jika hanya melihat kepada JENAMA parti tetapi wakilnya itu tidak progresif maka tunggulah saatnya pembentukan kabinet nanti...

Dan secara lantang juga aku merasakan MANIFESTO tidak patut digunakan sebagai pancing,MANIFESTO adalah hasrat CALON dan juga sebahagian MAHASISWA tetapi mereka tidak mempunyai kuasa,mereka hanya mampu untuk memohon kepada pihak yang lebih berkuasa..

Sekiranya permintaan mereka untuk menunaikan manifesto ditolak mentah2 oleh pihak yang lebih berkuasa,apa yang boleh mereka lakukan???Adakah bermaksud mereka tidak melakukan kerja??Hal ini telah berlaku ke atas Saudari Aqilah..

Aku merupakan wakil calon Aqilah pada PRK yang lepas..Aku tahu bagaimana teruknya Aqilah difitnah sebagai seorang yang gatal dan gila seks hingga memperdagangkan tubuh kepada pihak ADMIN UPSI..Ini fitnah yang dibuat oleh para annoymous yang tidak berani menonjolkan penampilan diri sebaliknya hanya menimbulkan huru-hara dalam politik kampus sehingga mahasiswa yang mahu peduli menjadi benci kepada politik kampus..

(Semak sendiri SURAH AN-NUR bagi mereka yang menuduh perempuan baik melakukan perbuatan ini)

Apabila mahasiswa benci politik sebegini,mereka akan menjauhkan diri daripada politik kampus,jadi mudah kerja si syaitan2 terkutuk ini untuk menakluki tampuk monarki dan menjalankan kerja mereka..Berasa senang hati dan tidak tergugat..Ini berkemungkinan..hanya andaian aku sahaja..

Baiklah,berbalik kepada kes Aqilah Hanis,yang mendesak denda yang dikenakan ke atas mahasiswa kerana lambat mengambil SLIP exam dan sebagainya dikurangkan..Permintaan beliau ditolak mentah2 oleh pihak ADMIN kampus..

Dan menyalaklah blog2 tertentu katanya Aqilah ini tidak menunaikan manifesto beliau..Bukan itu sahaja manifestonya,berkenaan dengan pengangkutan khas OKU dan PTPTN juga mengalami nasib yang serupa..Yang penting,suara telah disampaikan dan pihak yang lebih berautoriti menolaknya dengan surat bertulis...Semuanya tidak perlu bagi mereka dan mungkin bagi kita ianya perlu...

Apa-apa pun,PTPTN kali ini sangat kelam kabut,bukan itu sahaja,jadual lab juga sangat berterabur...Apa yang menariknya SLIP EXAM dah tak perlu risau lambat ambil mana pun..Dah dihapuskan ambil kat fakulti,terus jumpa PA masing2,lagi senang cerita...Erm..Hal pengurusan kampus lembab ni,pihak pengurusan tak boleh kena saman ke??Takkan senang2 saman student sebab terlambat tapi bila sendiri lambat buat sendiri buat tak tahu sahaja???

*PTPTN UMS lebih awal walaupun result dorg keluar lagi lewat drp result UPSI..Dahsyat...Difahamkan hanya UPSI sahaja mengalami masalah sebegini (isi manual dan Online dapat pada tarikh yang sampai nak masuk bulan kedua walaupun start kuliyah 28 Dec 2009)..kemungkinan kampus lain semua isi manual sahaja atau semua online je kot...Herm..Entahlah LABU...Ikut Suka Aku katanya...

1 comment:

Mr K said...

??

UPSI memang tinggi bab politik kampus ke?