Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 23, 2009

Perihal kementerian pertahanan...

Enjin Hilang: Tiada Pegawai Kanan TUDM Terlibat





KUALA LUMPUR: Tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebaliknya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan tegas jika ada pegawai peringkat atasan yang terlibat.

"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat.

"Tapi jika didapati ada, sama ada secara langsung ataupun tidak, maka tindakan akan diambil," katanya selepas merasmikan bas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan dua akhbar bahasa Melayu hari ini berhubung kehilangan sebuah lagi enjin pesawat tempur milik TUDM itu.

Laporan berkenaan mendedahkan kehilangan enjin GE J85-21A digunakan pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth itu dipercayai didalangi individu sama yang didakwa terbabit kehilangan enjin pertama.

Kali ini, ia dikatakan diseludup ke Eropah.

Kejadian kehilangan enjin kedua ini dipercayai berlaku kira-kira lima bulan selepas enjin pertama dilaporkan hilang ketika menunggu untuk disenggarakan kontraktor dilantik pihak kerajaan.

Bagaimanapun enjin terbabit tidak tiba ke destinasi untuk penyenggaraan ketika dibawa dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit.

Selain itu Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan mendedahkan mengenai peralatan lain berkaitan yang turut hilang apabila kes ini dibicarakan di mahkamah.

"Kita akan menyebutkan apakah barangan lain selain enjin yang turut hilang jika ada selepas pihak polis bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan.

"Maklumat terpeinci akan di kemukakan sebagai bahan bukti ketika di mahkamah nanti.

"Setakat ini maklumat rasmi yang bolehkan berikan ialah enjin sahaja, yang lain-lain itu akan kita maklumkan di mahkamah," katanya.

Menurut Ahmad Zahid lagi, pihaknya juga telah mengenal pasti penglibatan sebuah syarikat yang menjadi dalang kepada kes berkenaan.

"Kita telah kenal pasti syarikat itu, mereka berpangkalan di Malaysia, tetapi mempunyai cawangan di negara jiran.

"Mereka ini tidak pernah mendapat kontrak daripada TUDM," katanya.

Ahmad Zahid juga tidak menolak kemungkinan penglibatan syarikat tersebut kerana didalangi kakitangan dalaman TUDM yang berkemungkinan mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

Beliau juga menjelaskan bahawa pihaknya telah diarahkan oleh pejabat Peguam Negara untuk menyerahkan butir terperinci yang diperlukan untuk tujuan siasatan.

"Setakat ini yang terbaru kita telah mendapat arahan daripada Peguam Negara supaya TUDM berikan butir-butir lebih lanjut mengenai enjin yang hilang itu serta dokumen-dokumen yang berkaitan.

"Perdana Menteri juga telah mengarahkan saya supaya menyerahkan penyiasatan ini sepenuhnya kepada pihak polis.

"Dan selepas ini kita serahkan kepada Peguam Negara untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Ditanya mengenai saranan pihak pembangkang supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat mengenai kes ini, beliau berkata: "Mereka perlu percayakan polis, mereka profesional, dan mereka dah siasat banyak kes-kes besar lain.

"Saya percaya mereka akan lakukan secara profesional," katanya. - Mstar

Baca komen si Hisham Rais

JANGAN PUTAR BELIT,JANGAN TIPU MELAYU

Lebih banyak di blog TUKAR TIUB....

Hahaha..1Funny Malaysia1!!

No comments: