Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 2, 2009

Memahami ISU PENZALIM dan orang teraniaya...

BERITA 1 [Ku Li : NAJIB TAK HORMATI PERJANJIAN DAN MELANGGARNYA]

Kerajaan Persekutuan telah memberi respon kepada tuntutan Kelantan terhadap sedikit daripada keuntungan carigali petroleum di luar pesisir pantai oleh PETRONAS.

Responnya ini telah melanggar surat dan tujuan perjanjian yang ditandatangani di antara Kerajaan Negeri dengan PETRONAS di bawah Petroleum Development Act.

Perjanjian tersebut telah dibuat menggunakan bahasa yang cukup senang untuk difahami hatta oleh seorang budak sekolah sekalipun, dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Hak rakyat Kelantan yang termaktub dalam perlembagaan ternyata telah dinafikan. Walau bagaimanapun kenyataan ini telah memberi impak negatif yang melampaui sempadan Kelantan itu sendiri:

1) Ia melanggar satu perjanjian yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Kelantan dengan PETRONAS. Secara implikasinya, ia juga melanggar perjanjian serupa yang telah ditandatangani oleh PETRONAS dengan semua negeri dan menghalang rakyat daripada hak mereka yang telah termaktub dalam perlembagaan.

2) Keengganan Kerajaan Persekutuan untuk mengiktiraf satu tanggungjawab kontrak oleh PETRONAS telah meninggalkan satu persoalan terhadap status pembayaran minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang lain. Hak Kerajaan Negeri ke atas 5% keuntungan yang diperolehi daripada perolehan minyak dari mana-mana aktiviti carigali petroleum adalah selari dengan semua hak dan tuntutan negeri-negeri tersebut terhadap carigali minyak yang dilakukan oleh Petronas. Sebagai balasan PETRONAS wajib secara perundangan untuk membayar 5% secara langsung (direct) kepada negeri-negeri tersebut.

3) Sekiranya PETRONAS tidak lagi mengiktiraf tanggungjawab perundangannya untuk membayar negeri-negeri tersebut apa yang telah menjadi hak mereka di bawah Petroleum Development Act, negeri-negeri tersebut secara khususnya Sabah dan Sarawak, akan tertanya-tanya samada perjanjian yang sama antara PETRONAS dengan mereka masih lagi berkuatkuasa ataupun tidak.

4) Kerajaan Persekutuan respon dengan mengatakan bahawa ia akan menggantikan tanggungjawab perundangan PETRONAS di bawah Petroleum Development Act dengan "Wang Ihsan" yang akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan. Ini akan mendatangkan keraguan yang serius tentang keupayaan Kerajaan Malaysia untuk menghormati dan mematuhi perjanjian kontrak dan undang-undang. Janganlah berkata tentang perlaburan yang mencurah-curah untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi sekiranya kita gagal untuk memahami betapa pentingnya untuk mematuhi tanggungjawab-tanggungjawab kontrak seperti ini.

Saya telah terlibat dan membantu mendraf dan berunding tentang Petroleum Development Act. Sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya telah menandatangani perjanjian-perjanjian serupa secara berasingan berkenaan pembayaran-pembayaran ini (bayaran royalti 5%) dengan setiap Menteri Besar kesemua negeri. Saya tetap bertegas bahawa PETRONAS adalah terikat dengan perjanjian-perjanjian tersebut dan Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mencampuri urusan berkenaan pembayaran tersebut.

Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang.

razaleigh.com
(Tengku Razaleigh’s official weblog)
Terjemahan: http://razaleigh.com/

Nak tanya..Ada berita ni kat TV??AWANI,BERNAMA,UTUSAN,TV3,RTM,Bharian dan NSTP ada dedahkan???Semua asyik2 bagitahu isu bawah ni je kan??Copy paste dari media monopoli UMNO/BN..Tak cukup dengan monopoli mainstream media,media alternatif pun dibawanya bersama dan dihebah2kan tetap guna mainstream media...(nak tergelak aku baca ruangan BLOG kat media2 ni..SINAR pun tak terlepas diperguna tuk ruangan BLOG)




BERITA 2 [Hakikat masyarakat kit Tidak Mahu memahami Isu dan sengaja mahu menguji kesabaran]

kadangkala kita marah bila dizalimi..sakit hati, benci, geram, rasa nak menangis, semua ada..

TAPI, ada satu benda yang kita perlu tau..dalam hidup kita, benda yang paling sukar kita nak dapat adalah kita berdoa di kala Allah buka hijab yang membenarkan semua doa manusia termakbul..maknanya, bukan senang untuk doa kita ALLAH janji untuk makbulkan.. tapi kalau kita teraniaya, ALLAH bagi jaminan, doa kita akan makbul..

Sekarang ni kita ada dua pilihan..
1)doakan keburukan orang yang menganiaya
2)doakan kebaikan bagi kita dan ibu bapa serta saudara mara

Mana satu kita patut ambil?Kalau ada jawapan bagi soalan di atas, itu la yang perlu kita lakukan..

Aku bagi satu contoh yang mudah. bila kita dengar berita pasal penyelewengan oleh pemimpin, maknanya kita sebagai rakyat sudah teraniaya. doa kita makbul. apa doa terbaik pada aku? doa terbaik pada aku ketika ini adalah supaya ALLAH beri pembalasan pada pemimpin tersebut. kenapa aku rasa itu doa terbaik? sebab kezaliman pemimpin melibatkan rakyat terbanyak..

kesejahteraan rakyat terbanyak ketika itu adalah lebih utama dari kesejahteraan kita dan ahli keluarga terdekat..

Kes kedua, kita kena pukul atau kena maki dengan seorang yang lain. katakan kita doakan keburukan dia. dia terkena bala ALLAH. adakah itu menguntungkan kita?

Pada aku tidak. hati kita mungkin puas, tapi dari segi faedah, tiada yang kita peroleh.Tapi kalau kita doakan kehidupan kita dan keluarga terdekat beroleh sejahtera, diampunkan semua dosa, dimurahkan rezeki dan sebagainya, itu lebih bermanfaat. ALLAH sehaja lebih mengetahui..

Tapi kita perlu tahu, doa termakbul bukan bermakna doa itu ALLAH penuhi secara cash. dia ada 3 keadaan makbul
1) ALLAH perkenankan doa kita
2) ALLAH tak perkenan doa kita, tapi berikan balasan lebih lewat tapi lebih baik
3) ALLAH permudahkan di hari akhirat kelak untuk beroleh syurga

Rasullullah s.a.w. bersabda “Takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi, biar pun dia itu seorang yang kafir. Sesungguhnya di antara ALLAH dan si kafir mazlum yang berdoa itu tiada hijab antaranya” [Sahih al-Jaami' 119]".

Agak-agak kenapa kena takut ya? Orang kena zalim akan doa anda jadi hensem, maka anda takut? ;)

"Imam Syafie berkata, aku mampu berhujah dgn 10 orang yang berilmu tapi aku pasti kalah dgn seorang yang jahil, kerana orang jahil tak pernah faham landasan ilmu".


Maaf kalau aku tersilap. tolong perbaiki apa yang aku tersalah beri maklumat..:)


No comments: