Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 1, 2009

Doa Tuan Guru vol2...

Allah pernah menawarkan kepada Nabi Muhammad dengan mengutuskan Jibrail AS.Malaikat Jibrail bertanya kepada kekasih Allah sekiranya baginda mahu dihancurkan bumi Thaif dengan menghempap 2 buah gunung keatas bumi Thaif..tetapi Nabi Muhammad menolak..Kerana KESABARAN BAGINDA tiada tolok bandingan di dunia..Nabi2 dan Rasul yang lain juga tidak tertanding dengan kesabaran baginda sehingga baginda digelar nabi Ulul Azmi...Ada beratus orang rasul dan hanya 25 wajib diketahui..Dan daripada 25orang,berapa sahaja yang digelar ulul azmi??

Pertamanya doa Nabi Nuh.Nabi Nuh bermohon supaya kaumnya dihancurkan dan diperkenan oleh Allah kerana tidak tahan dengan sikap kaumnya sendiri yang selalu mendustakan seruan dan dakwahnya malah menuduh Nabi Nuh sebagai gila..

Juga kisah Nabi Yunus.Selama 33 tahun beliau berdakwah terhadap kaumnya, namun dua orang saja yang mengikut dan beriman bersamanya, iaitu Rubil dan Tanukh. Disebabkan tidak tahan dengan gelagat kaumnya yang tidak mahu beriman dengan ajarannya, beliau berdoa kepada Allah supaya diturunkan sesuatu supaya menjadi hikmah kepada kaumnya. Kemudian beliau diberikan wahyu supaya meneruskan seruan itu lagi selama 40 hari dan jika masih ingkar, kaumnya dijanjikan Allah dengan azab.

Dan cuba teliti juga pengajaran daripada kisah kaum Ad dan Nabi Hud..Nabi Hud sendiri telah berkata "Kamu semua pasti akan ditimpa kemurkaan Allah. Tunggulah bersama aku datangnya azab Allah yang akan menimpa kamu.Sungguhnya sudah pasti kamu akan ditimpa azab dan kemarahan dari Tuhanmu. Apakah kamu mahu membantah denganku mengenai nama yang kamu sertakan....tunggulah azab itu, sungguhnya aku tidak termasuk orang yang menunggu bersama kamu."

Ini antara kisah-kisah Rasul yang boleh menjadi teladan kepada kita bahawa sikap sabar itu juga ada batasnya dan jika seseorang yang telah teraniaya,maka Allah pasti akan makbulkan doa yang teraniaya dan menimpakan musibah kepada orang/golongan yang zalim..

Bukan sahaja berdoa,malah zaman kepimpinan Abu Bakar sebagai khalifah Islam pertama,sahabat nabi ini sendiri melancarkan perang ke atas umat Islam yang tidak mahu membayar zakat yakni membayar harta yang bukan HAK mereka kepada yang selayaknya.

Aku rasa kalau UMNO/BN ada zaman2 ni semua,aku tak taulah macam mana semua rasul dan khalifah Abu Bakar ni kena fitnah dengan UMNO...

Pendek ceritanya macam ni


Orang rompak hak kite..kemudian KANTOI..kita minta PULANGKAN..tp yang si perompak kata die bagi kat kita,sedekah IHSAN kat kite..kite nak terima terus atau suruh die tuka statement dulu??Orang merompak HAK kita buat macam hak sendiri ni..Najib cakap tak ada beza pun sebab NILAI wang Ihsan yang diberi adalah sama dengan nilai ROYALTI yang kelantan dapat..Ini memang unsur politik,dan berkatalah mereka bahawa Rakyat Didahulukan pencapaian diutamakan..Gila punya kerja jugak..



Lain2 isu korang boleh la google..so cukup tak??Puas hati???

No comments: