Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 1, 2009

Bila yang JAHIL bersuara

Ini catatan aku dalam FACEBOOK...membalas kenyataan UTUSAN berat sebelah..

Zahid Hamidi: Nik Aziz sudah nyanyuk atau tidak sedar dengan apa yang diperkatakannya.

Oleh NIZAM HAMID dan MOHAMAD SHOFI MAT ISA
utusankedah@utusan.com.my


LANGKAWI 29 Nov. - Kenyataan- kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak kebelakangan ini menunjukkan beliau seperti sudah nyanyuk atau tidak sedar dengan apa yang diperkatakannya.

Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan tersebut turut menyebabkan Mursyidul Am Pas itu kini dilihat begitu berbeza dengan pemimpin lain parti tersebut termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Malah katanya, doa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dimusnahkan yang dibacakan oleh Nik Abdul Aziz pada khutbah solat Jumaat di Kota Bharu kelmarin membuktikan hakikat tersebut.

''Apa punya nyanyuk dia boleh membuat doa sebegitu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Maritim Antarabangsa sempena Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini hari ini.

Mengulas doa yang dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan itu kelmarin, beliau berkata, ia bukan kali pertama dilakunya.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz juga telah membuat doa yang sama dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir dan Bagan Pinang sebelum ini dengan meminta Perdana Menteri termasuk beliau sendiri 'pergi jahanam' dan dianggap sebagai orang jahat.

Ahmad Zahid berkata, doa-doa yang dibacakan oleh Nik Abdul Aziz itu juga boleh dilihat dalam laman You Tube


''Kelmarin sekali lagi dia membuat doa yang sama di Kota Bharu.

''Saya fikir tidak ada gunanya beliau membuat doa seperti itu kerana ia akan menyusahkan pemimpin Pas yang lain," katanya.

Sebab itulah katanya, Nik Abdul Aziz berbeza pendapat dengan pemimpin Pas yang lain.

Tambah beliau, mungkin sudah tiba masanya Nik Abdul Aziz bersara daripada politik sebelum beliau mengeluarkan lebih banyak doa yang tidak sepatutnya.

Chegufadh:

hehe..teringat kisah penari separuh bogel berkempen di pilihanraya 2 Bukit 1 Batang..Zahid Hamidi kata itu (penari separuh bogel yang ghairah) adalah sebahagian BUDAYA MASYARAKAT Cina!!!Tak percaya??hehe,BOLEH TENGOK DALAM YOUTUBE..






Rasa2nya TG Nik doa PR menang dan hanya mengeluarkan kenyataan PERGI JAHANAM UMNO sebab xmau ade ape2 lagi kata PAS-UMNO bergabung...Dah hisap darah org,xminta maaf,xpulangkan HAK boleh xmalu nak dtg "mengendeng"??

10 comments:

Khairul said...

Its not about UMNO or what ever. Its about Nik Aziz. See? walaupun dah jelas nik tu salah, tapi still kau tak nk mengaku dia bt salah kan?

Pathetic dan fanatic.

Fadhlullah Universoul said...

ape salah die??org teraniaya mendoakan musibah menimpa org yg menzaliminya??

pelik pegangan ko ni..belajar agama dr mana??smp ko kwn2 gay pun ko leh biar ni..

Khairul said...

Haha. Tak salah? Siapa ajar kau? Org teranaiya mmg blh berdoa. Tapi blh berdoa agar kene keburukan ke. Aku belajar sekolah agama gak. X der nye nk ajar berdoa keburukan. Setakan berdoa agar org tu berubah, buka pintu ati boleh la.

Oh ye lah. Kau kan penyokong pas yang fanatic. Mesti sentiasa betul. Pas sentiasa betul x pernah salah. Hehehe.

Fadhlullah Universoul said...

kadangkala kita marah bila dizalimi..
sakit hati, benci, geram, rasa nak menangis, semua ada..

TAPI, ada satu benda yang kita perlu tau..
dalam hidup kita, benda yang paling sukar kita nak dapat adalah kita berdoa di kala Allah buka hijab yang membenarkan semua doa manusia termakbul..
maknanya, bukan senang untuk doa kita ALLAH janji untuk makbulkan.. tapi kalau kita teraniaya, ALLAH bagi jaminan, doa kita akan makbul..

sekarang ni kita ada dua pilihan..
1)doakan keburukan orang yang menganiaya
2)doakan kebaikan bagi kita dan ibu bapa serta saudara mara

mana satu kita patut ambil?
kalau ada jawapan bagi soalan di atas, itu la yang perlu kita lakukan..

aku bagi satu contoh yang mudah. bila kita dengar berita pasal penyelewengan oleh pemimpin, maknanya kita sebagai rakyat sudah teraniaya. doa kita makbul. apa doa terbaik pada aku? doa terbaik pada aku ketika ini adalah supaya ALLAH beri pembalasan pada pemimpin tersebut. kenapa aku rasa itu doa terbaik? sebab kezaliman pemimpin melibatkan rakyat terbanyak..
kesejahteraan rakyat terbanyak ketika itu adalah lebih utama dari kesejahteraan kita dan ahli keluarga terdekat..

kes kedua, kita kena pukul atau kena maki dengan seorang yang lain. katakan kita doakan keburukan dia. dia terkena bala ALLAH. adakah itu menguntungkan kita?
pada aku tidak. hati kita mungkin puas, tapi dari segi faedah, tiada yang kita peroleh.
tapi kalau kita doakan kehidupan kita dan keluarga terdekat beroleh sejahtera, diampunkan semua dosa, dimurahkan rezeki dan sebagainya, itu lebih bermanfaat. ALLAH sehaja lebih mengetahui..

tapi kita perlu tahu, doa termakbul bukan bermakna doa itu ALLAH penuhi secara cash. dia ada 3 keadaan makbul
1) ALLAH perkenankan doa kita
2) ALLAH tak perkenan doa kita, tapi berikan balasan lebih lewat tapi lebih baik
3) ALLAH permudahkan di hari akhirat kelak untuk beroleh syurga

maaf kalau aku tersilap. tolong perbaiki apa yang aku tersalah beri maklumat..:)

Fadhlullah Universoul said...

Rasullullah s.a.w. bersabda “Takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi, biar pun dia itu seorang yang kafir. Sesungguhnya di antara ALLAH dan si kafir mazlum yang berdoa itu tiada hijab antaranya” [Sahih al-Jaami' 119]". Agak-agak kenapa kena takut ya? Orang kena zalim akan doa anda jadi hensem, maka anda takut? ;)

Fadhlullah Universoul said...

"Imam Syafie berkata, aku mampu berhujah dgn 10 orang yang berilmu tapi aku pasti kalah dgn seorang yang jahil, kerana orang jahil tak pernah faham landasan ilmu".

Khairul said...

Hahaha.
Macam mana kau leh jadi pegurusi kelab kau tu. Haha. Kat mana kau belajar ni weeeii.

kau ni. kesian pula kau aku tgk. Ye la ye la kau btl. Kau kan setiasa betul. Terus la percaya pada kepercayaan kau tu.

hehe

Fadhlullah Universoul said...
This comment has been removed by the author.
Fadhlullah Universoul said...

atleast aku berbicara benda Ilmiah..tgk post ko..ko ckp tanpa ade sbrg ilmu lgsung..so sbb tu aku bg kata2 Imam Shafie..so jwpnnye..OK..AKU KALAH..KO MENANG..hehe ;p

Khairul said...

apa guna cakap pasal ilmiah kalau ilmiah tu salah? Dari buat org terpesong, baik cakap benda biasa