Salam To All..
Lama sudah aku tak mencoretkan sebarang artikel mengenai pandangan aku terhadap politik semasa..Pandangan aku "kabur"..Ya..kerana aku memakai kaca mata..hehe..Tetapi pendapat aku secara jujurnya mengenai perkara ini,keadaan politik semasa sangat tenat...Jika SPRM dikatakan telus,tetapi kes-kes seperti penyelewengan yang dilakukan oleh pihak UBN akan disembunyikan..Yang tertangkap adalah pembantu,kerani,atau penyelia kepada pemimpin UMNO tersebut manakala kalau dari pihak pakatan rakyat pula akan dicanang lama pula di media monopoli kepunyaan mereka..terbaru ISU Lim Guan Eng yang telah menandatangani satu surat berkaitan tanah yang didakwa ada penyelewengan.
Hal ini timbul tatkala KERAJAAN PULAU PINANG mahu membuka kesemua fail berkenaan tanah yang selama ini dipercayai telah diseleweng hingga ke tahap paling buruk.Lihat sahaja sejurus kerajaan Pulau Pinang yang baru memerintah,kes mengenai tanah Rakyat vs Kerajaan..Kerajaan Pulau Pinang yang baru mahu membayar kos kepada rakyat tetapi diperli oleh si pesalah yakni kerajaan terdahulu yang telah menjadi PEMBANGKANG.Walhal mereka yang menyebabkan hak milik tanah ini sudah kucar kacir.
Jika kita imbas kembali sedekad yang lalu,Pulau Pinang dikuasai oleh orang melayu dan UMNO adalah parti yang mengungguli undian,tetapi apabila berlaku "kawtim" yang sangat terancang,Pulau Pinang diberi kepada GERAKAN.Satu persatu kawasan melayu kemudian dikuasai oleh kapitalis Cina.Aku katakan Kapitalis bukan orang cina kerana masih ramai cina yang susah.
Hal ini bukan hal perkauman,tetapi ingin menunjukkan bahawa UMNO selama ini hanya satu wadah retorik dengan mempergunakan isu ketuanan melayu.Diangkatnya beberapa kerat melayu sebagai bukti bahawa DEB itu berkesan,bahawa orang melayu itu akan berjaya dengan DEB dan akan ketinggala jauh tanpa DEB..
Mereka bermain dengan FAKTA.Sama seperti isu Perak.Siapa yang MB SAH dan siapa MB HARAM.Pelantikan DS ZAMBRY adalah SAH tetapi pemecatan DS NIZAR TIDAK SAH.Dan merujuk kembali kepada undang2 negeri Perak,tidak boleh ada 2orang MB dalam satu MASA.Maka jika pemecatan DS NIZAR tidak berlaku,bagaimana ZAMBRY boleh dilantik?
Bila DS NIZAR dan seluruh pejuang PR bangun,dikatakan pula oleh UMNO bahawa mereka ini pengkhianat dan tidak menghormati RAJA.Apa fungsi Raja jika hak2 rakyat tidak ditegakkan?Sebenarnya Raja telah tersepit dek permainan jahat UMNO ini sendiri.
Kemudian kita lihat pula semasa HINDRAF mengamuk.Apa yang dilakukan oleh media mainan UMNO/BN..Kaum india mempunyai pendapatan perkapita jauh lebih tinggi daripada orang melayu.Adakah ini benar atau sebahagian sahaja yang mempunyai pendapatan tinggi?Kerana mereka membuat satu jumlah purata.
Jika (kumpulan 1) pendapatan si A adalah rm100ribu manakala pendapatan si B adalah rm 300,jika ditambah keduanya bermakna pendapoatan perkapita mereka sebulan adalah rm50,150..
Jika (kumpulan 2) Si C rm2000,Si D rm3600,Si E rm1800 dan Si F rm800..Bermakna jumlah pendapatan perkapita mereka sebulan adalah Rm2,050.Adakah B itu hidup mewah atau tertindas di dalam satu komuniti??Walaupun dinyatakan pendapatan perkapita si B dan si A adalah lebih rm50ribu...
Ini antara persoalan yang aku ajukan tuk semua.Adakah selama ini berita yang dimomokkan kepada kita telus atau berita yang telah diseleweng.Bukan susah nak seleweng berita,janji semua benda kita perkudakan boleh la kita selewengkan berita.
Macam kes VK Lingam yang dikatakan tak bersalah sebab tak ada saksi walhal saksi tu dah buat pengakuan contact SPRM tapi SPRM tak layan saksi tu..Ini yang diberitahu Kartunis ZUNAR semalam.Last2,keputusan mahkamah juga dibuat seakan2 telus walhal semuanya busuk belaka..
Pemerintahan Najib Razak jauh lagi dahsyat daripada Mahathir Mohammad...Sampai bila nak hidup dalam negara yang penuh kepura-puraan..Aku jadi pemberontak macam ni pun bila aku tersedar ada satu pihak yang dinafikan sekeras2nya hak mereka...
Aku pun malas nak cakap apa lagi sebab ada diantara kita yang narrow minded dan tetap merasakan bahawa bukan ISLAM dinegara kita ini adalah KAFIR HARBI walaupun mereka belum buat apa2 lagi..Ikut jela..tanggalkan COGAN KATA retorik..kembali pada yang ASAL..
No comments:
Post a Comment