Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Oct 22, 2009

Berubah

Apa masalahnya jika seseorang itu sudah berubah??Aku bangga kalau ada kawan2 aku yang berubah..Juga tak kurang akan terkejut dan terkesima..Terkesima sebab ada di antara rakan2 yang bertudung litup labuh sebelum ni,merupakan pelajar cemerlang di mana BAT (Bahasa Arab Tinggi),PSI ( Pendidikan Syariah Islamiah) dan PQS (Pendidikan Quran Sunnah) kesemuanya score 1A tetapi apabila berjumpa sekarang hanya memakai singlet dan rambut juga sudah berkaler seperti disimbah cat..

(Amaran KERAS :Jangan tiru aksi TERSEBUT)

“Walaupun ada sebilangan besar yang percaya pakaian bukanlah faktor ukuran utama,tetapi kita pelik kenapa pegawai kerajaan kebanyakkan memerlukan pakaian rasmi sendiri..mempunyai uniform sendiri malah hari Khamis juga diisytiharkan memakai baju batik sebagai pakaian rasmi,hari Jumaat pula kita disuruh untuk memakai baju melayu lengkap(bagi lelaki).OK..tutup story pakaian..kalau kata tak ada apa2 makna pakaian kau bogel je pegi mana2..pakaian xda nilai untuk diukur bukan??”

Perubahan acapkali diterjemahkan dalam pelbagai perkataan..Apabila disebut perubahan,ada yang mengaitkannya dengan REFORMASI dan apabila ayat REFORMASI terpacul keluar banyak pihak yang akan hanya memandang sempit kepada satu individu seolah2 individu tersebut mencipta perkataan REFORMASI..Mungkin benar dia merupakan seorang IKON REFORMASI bukan sahaja di Malaysia tetapi juga terkenal di seluruh DUNIA..

Kemudian ayat REFORMASI seakan telah diharamkan dek kerana takutkan gelombang tersebut meresap masuk ke dalam jiwa masyarakat mahraen.Lupakan REFORMASI..banyak lagi ayat lain yang boleh menterjemahkan perubahan dalam erti kata yang tersendiri..

Transformasi,Evolusi dan juga Revolusi.

Kebanyakan kita mahukan perubahan..hampir setiap individu di dunia mahukan perubahan,lihat sahaja negara2 maju terutamanya USA dan Japan yang telah melakukan perubahan besar dalam pilihanraya yang lalu.Kerajaan telah bertukar tangan.Kerajaan baru akan dinilai.Seperti mana juga Malaysia.Kita percaya Transformasi Politik itu sedang berjalan.Bahkan sehingga sekarang Transformasi itu sudah semakin aktif.

Terbaru PRK di Bagan Pinang,kesemua saluran dikuasai oleh UMNO.Ini adalah hasil daripada “kerja keras” mereka dan perubahan yang telah dilaungkan oleh mereka.Walaupun ada suara2 daripada Pakatan Rakyat mengenai insiden yang tidak diberitakan dalam media,tetapi jelas,mereka sedang giat untuk melakukan perubahan walaupun perubahan itu dikatakan sebagai lapuk kerana mencedok prinsip PR pada PRU yang lalu.Yang penting mereka sudah sedar dari politik perkauman mereka dan cuba mahukan lebih ideal untuk kebaikan masyarakat (diri mereka).

Tak kiralah dituduh retorik atau sebagainya,kita juga harus cermin diri apabila hasil usaha yang kita lakukan tidak seberapa.Hendak lakukan sesuatu cantik diatas kertas memang mudah,tetapi hendak melakukan praktikalnya sangat sukar sehingga banyak yang akan menemui jalan buntu dan pelbagai konflik baru akan tercetus.

PAS,PKR dan DAP masing2 mempunyai ideologi yang berbeza tetapi matlamat yang sama mahukan sebuah negara yang adil dan saksama tanpa pilih kasih melihat kepada warna kulit dan perbezaan bangsa.Begitu juga dengan parti pemerintah yakni BN.Terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC sebagai parti komponen terbesar juga membawa haluan masing2 tetapi matlamatnya sudah diperjelas sejak sekian lamanya.

PAS sebelum ini mendukung ideologi yang dikatakan agak ekstrim apabila mengkafirkan sesama Islam kerana bersekongkol dengan bukan Islam walhal terdapat juga sejarah nabi melakukan kerjasama dengan bukan Islam.PAS juga sebelum ini lantang menyuarakan HUDUD tetapi agak perlahan pada pilihanraya MAC 2008 hingga sekarang.

PKR juga sebelum ini lantang menyuarakan untuk membebaskan DSAI,tetapi pada hari ini telah melakukan perubahan dengan meletakkan keadilan sejagat dan transparen dalam pentadbiran walaupun hakikatnya mereka ini pun bukan semuanya boleh pakai sebab calon2 yang diangkat pada PRU yang lalu banyak jenis.Ada yang hanya jadi jurukamera sebuah video sensasi dan ada juga yang hanya posmen biasa.Lantas,banyak yang tak kena pada akhirnya.

UMNO pula sebelum ini terlalu taksub kepada parti perkauman, tetapi dengan pelantikan DS Najib Razak dilihat telah banyak melakukan transformasi dalam UMNO itu sendiri.Aku secara peribadi memang tak suka dengan DS Najib.Tanpa berselindung aku katakan,tetapi aku bangga dengan apa yang cuba dilakukan mereka kepada parti mereka.Ini juga merupakan faktor pertambahan kepada undian mereka di Bagan Pinang.

Aku percaya banyak golongan muda mula tertarik kembali kepada UMNO sebagai parti yang kukuh.Walaupun taktik parti ini adalah monopoli media dan segalanya tanpa memberi ruang kepada PR,semua itu kita persetankan dalam politik.Namanya pun POLITIK.Pelbagai taktik.hanya yang “sanggup dan sampai hati serta menggunakan peluang sebaiknya” juga yang akan menang pada akhirnya.Akhir kalam,taktik anda pula bagaimana untuk berhadapan dengan mereka??

No comments: