Namun bertelagah sesama pimpinan adalah sangat ditolak masyarakat.Menggunakan kuasa2 tertentu untuk menghalalkan.Terbaru Datuk Zaid dan YB Azmin dikatakan bercakaran sehingga Datuk Zaid mengambil cuti politik selama 6 bulan bagi memperkukuh parti.Media yang dimonopoli memang akan cepat menggunakan peluang,tetapi kenapa DSAI hanya menafikan tanpa bukti yang kukuh.6 bulan terlalu lama dan alasan beliau adalah untuk mengukuhkan parti.
Apa maksud untuk memperkukuh parti sehingga perlu pula dia bercuti setengah tahun lamanya.Jika sebelum ini kita marah dan mual bila mana Najib Razak dan Rosmah Mansur hanya menafikan tuduhan berkaitan Altantuya Sharibu ke atas mereka,apa bezanya dengan kita.Begitu juga kepimpinan PAS terutamanya di Selangor.
Diskusi dengan mantan NYDP MPP UNITEN tempoh hari tidak memuaskan hati.Walaupun ayat beliau tersusun dan cuba mencari jalan selamat (tetapi agak mapan hujahnya), hati ini tetap mahu mengetahui perkara sebenar.Memang aku sangat menghormati beliau dek kerana ketinggian ilmu yang dipelajari sendiri tanpa mengharapkan isi daripada buku rujukan pelajaran di “sekolah” sahaja,tetapi lebih luas sehingga carian drp arkib negara dan sebagainya.
Tetapi ulasanya berkaitan SELCAT dan sebagainya,ulasan pendek beliau mudah :Isu tersebut telah pun selesai..
"Kalau saya ingin menyebut ttg salah dan masalah PKR, saya boleh sebut sampai kamu letih nak membaca. Salah dan masalah kpd agama dan negara. Salah dan masalah kepada PR itu sendiri. Tapi saya tak mahu sebut. Saya tak mahu ungkit. Sebab hal yang sudah selesai, jika dibangkit akan melemahkan PKR. Lemah PKR bermakna liabiliti kepada PR.
Sama dengan PAS. Kalau sayangkan PR, kenapa melemahkan PAS dengan mengungkit isu yang sudah selesai?
Hal Selcat ni saya sebut dr awal. Saya BERSETUJU sepenuhnya atas isi yang dibawa Hasan Ali. Tetapi saya TIDAK BERSETUJU Hasan Ali yg membawa hal ini. Yang patut buka isu ini adalah backbenches macam Dr Shafie (PAS-Bangi).
Tp macam biasa kita lupa isinya sebab prosedurnya salah. Ini yg kita rugi. Saidina Ali sebut, Unzur ma qala wala tanzur man qala. Lihat apa yang dikata bukan siapa yang berkata. Akhirnya Selcat kekal spt itu. Ruginya adalah Pegawai kerajaan akan lari dr Kerajaan PR.
Macam yg ZS sebut, elak buat sesuatu yang betul yang memberi persepsi yang salah. Kita semua sedang buat benda itu."
Semua ini terpacul keluar apabila isu Dr Aziz Abd Bari yang sangat dihormati sebelum ini mengkritik kepimpinan PAS.Blogger2 Pro PR juga telah naik muak dan bosan dengan beberapa telatah pimpinan ni tapi mungkin ada yang mengalami syndrome feel good yang sebelum ini dikatakan terdapat pada parti UMNO.(Bersetuju dengan kata2 YB Khairy Jamaludin bahawa penyakit dalam UMNO berjangkit ke dalam PR sejurus mereka memimpin 4negeri baru)
Kata beliau lagi "Aziz Bari tidak sentiasa tepat dalam bacaan politik. Ada isu dalaman yang dia tidak tahu dan yang saya tidak boleh bagitahu di sini."
Itu isu lain,memang Prof DrAziz bukan ahli mana2 parti,tetapi pandangan beliau banyak bertepatan dengan majoriti masyarakat Malaysia yang mungkin Pro kpd PR (yelah,sebab die ulas isu PR,takkan PRO BN nak masuk campurkan).Kata2 mantan MPP tersebut diakhirnya telah menamatkan diskusi.Tak boleh bagitahu maksudnya memang ada satu hal dalaman yang agak serius tetapi tak boleh didedahkan kepada umum.
Bila rakyat tak faham,rakyat marah dan keperluannya adalah melakukan pencerahan,tetapi jika nk buat pencerahan pun adalah dilarang,maka keadaan akan tergantung dan nanti akan dikumpul sehingga meletus seakan gunung berapi. Inilah namanya AKTA OSA,akta rahsia rasmi..YB Khalid Samad juga pernah dikrtik secara keras kerana mendedahkan hasil mesyuarat dan prinsip beliau kepada peneraju parti apabila dipanggil setelah nampak percakaran dengan Dato Hassan Ali dalam blog.Aku respek dengan YB Khalid Samad (adik beradik Datuk Shahrir Samad).
Ulasan mengenai apa yang Prof Aziz kata aku malas nak ulas,hanya baca beberapa maklumat disini.Lagipun aku bukan mana2 ahli PR,hanya penyokong tahap bawahan sahaja..Aku bukan apa2 pun..Nanti ada pula yang sensitif.Tapi ini antara isu yang harus diambil perhatian kerana jika mahu menjadi kerajaan yang ditunggu tu,perlu lebih efisien dan struggle.Ketua Pemuda harus berdampingan dengan anak muda seperti mana KJ yang sanggup turun padang bersama2 dalam aktiviti masyarakat dan berlakon dalam siri 15 Malaysia tetapi ketua AMK dengan lagak korpratnya dan ketua pemuda PAS pula hanya menumpu kepada satu kelompok sahaja.Perlu lebih universal tanpa jual prinsip...
Tuduh Presiden PAS Pro Umno: Pandangan Prof Dr. Aziz Bari disanggah
Wujud Dewan Penyokong mampu ubah dasar PAS?
Prof. Aziz Bari dipindah ke Kemunting?
CheguFadh:
Aku & mantan MPP berkenalan ketika sama2 berbahas dalam laman2 maya official milik UMNO sejak akhir 2006 tanpa menyorokkan identiti.Sangat berbangga bila mana parti yang dianggap busuk ini tetap menerima kunjungan baik untuk berdiskusi secara ilmiah walaupun ada penyokong parti tersebut terlalu emosi.Apa bezanya dengan penyokong parti PR,ada yang jenis macam tu jugak kalau ada user yang bertentangan fikrah masuk dalam web rasmi parti.Yang penting,admin tetap cool!!
No comments:
Post a Comment