Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Aug 16, 2009

Speaker Arahkan ADUN DAP Keluar Dewan


GEORGETOWN [2.00 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo (foto), daripada DAP diarahkan keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, sebentar tadi. Beliau diarahkan keluar oleh Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain, selepas Jagdeep enggan menarik balik tuduhannya yang mengatakan ADUN Penaga daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Azhar Ibrahim, sebagai perompak. Jagdeep telah menuduh Azhar sebagai perompak ketika ingin bertanyakan soalan kepada Timbalan Ketua Menteri II, Prof P Ramasamy, berhubung isu Kampung Buah Pala.

[Betapa telusnya Speaker dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Biarpun ADUN Datuk Keramat dari DAP iaitu parti yang dipimpin oleh Ketua Menteri sendiri, namun dek kerana masalah displin maka keadilan dewan di tegakkan jua. Bukannya seperti apa yang berlaku di Perak, Speaker yang sah dinafikan hak untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Jika kes yang sama di Pulau Pinang ini terjadi dimana-mana negeri BN, sudah pasti ADUN berkenaan tidak akan diarahkan keluar kerana sealiran dengan pemimpin terbabit. Inilah dia ketelusan yang mahu ditonjolkan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya].

-PDO-

No comments: