MUAR 2 Ogos – “Di Selangor ada stadium yang dikuasai kerajaan negeri mereka... bertempiklah sampai subuh tapi jangan kacau jalan dan lalu lintas orang ramai.”
Demikian reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai demonstrasi jalanan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menjejaskan keamanan dan ketenteraman awam di sekitar ibu negara semalam.
Najib berharap, tidak ada lagi demonstrasi seperti itu yang memberi masalah kepada rakyat.
“Pihak berkuasa khususnya, Polis Diraja Malaysia mempunyai tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam, ini amat penting. Jadi, kita tidak mahu apa yang berlaku seperti semalam berterusan.
“Kalau hendak berkumpul, kita boleh sediakan tempat tertentu mereka boleh berkumpul tetapi demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang tidak patut berterusan dan pihak berkuasa boleh ambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar, di sini hari ini.
Ditanya sama ada terdapat pemimpin pembangkang akan ditahan berikutan demonstrasi semalam, Perdana Menteri menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
“Bagaimanapun, kita tak nak jadikan ini sebagai bahan politik mereka, seolah-olah kerajaan ini kejam, seolah-olah kerajaan ini tidak adil, tidak demokratik dan undang-undang kita ‘draconian’.
“Perkara ini kita mesti beri penjelasan jelas kepada rakyat. Apa-apa tindakan kerajaan mesti dapat diterima rakyat, barulah penguatkuasaan undang-undang di negara kita berkesan,” katanya.
Pada demonstrasi di ibu kota semalam, lebih 500 orang ditahan polis.
Rasis gile..klik imej untuk lebih jelas
Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia sememangnya merasa kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang menderhaka terhadap titah sultan dan juga arahan Sultan Perak dan dimana negara kita ialah negara yang berpelembagaan mempunyai kedaulatan undang-undang.
Katanya lagi, kita memohon dari Sultan Perak agar mereka yang derhaka, (mengaku derhaka) ini dibuang dari Negeri Perak dan jangan berpijak lagi di bumi yang bertuah ini.
Najib Razak:Kalau hendak berkumpul, kita boleh sediakan tempat tertentu mereka boleh berkumpul tetapi demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang tidak patut
Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita. Semoga di akhirat kelak, kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang menzalimi. "Dan pada hari tersebut, orang-orang yang zalim akan menggigit kedua-dua tangannya (kerana marahkan diri sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengikuti jejak Rasulullah*? Alangkah buruknya nasib aku ini. Alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil orang lain menjadi sahabat karib aku (penzalim dari manusia dan syaitan)! Kerana sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)" (Al-Furqan, ayat 27 hingga 29)
GMI PROTES...
UTUSAN:Walaupun 100,000 penyokong disasarkan menyertai perhimpunan haram itu, hanya lebih 5,000 orang menghadirinya.
IPOH, 9 Feb - Lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum berhimpun dalam satu rapat umum raksasa di Padang Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini petang ini bagi menyatakan sokongan mereka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah atas pelantikan Menteri Besar Perak yang baru.
Perhimpunan itu yang dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bersama Barisan Nasional (BN) Perak turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Umno termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC G. Shamugavelu.
Selain ucapan daripada wakil parti komponen BN dan NGO, para hadirin turut melaungkan 'Daulat Tuanku'.
Menurut Naib ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang hadir berkumpul di perhimpunan ini bukanlah dari satu bangsa atau satu kaum, tetapi ini ialah suara hati generasi muda yang diwakili oleh semua bangsa Melayu, Cina dan India bersama berhimpun menunjukan suara rakyat yang menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku yang mahu supaya sistem raja berpelembagaan terpelihara di Malaysia.
Selain ucapan daripada wakil parti komponen BN dan NGO, para hadirin turut melaungkan 'Daulat Tuanku'.
Menurut Naib ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang hadir berkumpul di perhimpunan ini bukanlah dari satu bangsa atau satu kaum, tetapi ini ialah suara hati generasi muda yang diwakili oleh semua bangsa Melayu, Cina dan India bersama berhimpun menunjukan suara rakyat yang menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku yang mahu supaya sistem raja berpelembagaan terpelihara di Malaysia.
Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia sememangnya merasa kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang menderhaka terhadap titah sultan dan juga arahan Sultan Perak dan dimana negara kita ialah negara yang berpelembagaan mempunyai kedaulatan undang-undang.
Khairy juga memohon menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada penderhaka-penderhaka serta mengambil tindakan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang menghasut dan menghina institusi diRaja.
Katanya lagi, kita memohon dari Sultan Perak agar mereka yang derhaka, (mengaku derhaka) ini dibuang dari Negeri Perak dan jangan berpijak lagi di bumi yang bertuah ini.
Jap..INI apa ya??Perhimpunan PEMUDA mana yang memBINATANGKAN Tuanku Mizan aka Sultan Terengganu & YDP Agong??
Perhimpunan mengutuk dan memaki Tan SRi Khalid Ibrahim (MB Selangor)
Najib Razak:Kalau hendak berkumpul, kita boleh sediakan tempat tertentu mereka boleh berkumpul tetapi demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang tidak patut
Mana FRU??Mana BOM PEMEDIH mata??Mana semburan asid??Mana SB??Tak buat kerja ke?
Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita. Semoga di akhirat kelak, kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang menzalimi. "Dan pada hari tersebut, orang-orang yang zalim akan menggigit kedua-dua tangannya (kerana marahkan diri sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengikuti jejak Rasulullah*? Alangkah buruknya nasib aku ini. Alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil orang lain menjadi sahabat karib aku (penzalim dari manusia dan syaitan)! Kerana sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)" (Al-Furqan, ayat 27 hingga 29)
No comments:
Post a Comment