Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 11, 2009

Utama tapi liputan macam hal lama

Hal lama..Biasa kita malas dah nak ambil tahu berkaitan hal lama..Memang kes ni kes lama..Tapi sejak pemaju duk menuntut tanah tu sekarang selepas kerajaan terdahulu meluluskan pengambilan tanah berkenaan,yang jadi mangsa adalah rakyat jelata..

Kes di pahang..MB disaman rm63juta..Untuk kes Kg Buah Pala,berapa juta kosnya??

Kes di Perak,Nizar memberikan hanya berapa percent tanah kepada bangsa bukan bumiputera dan yang selebihnya adalah hak milik bumiputera (semua adalah miskin dan tak berkepentingan..macam penduduk Kg Buah Pala yang tak ada tanah dan sebagainya)..

Lalu Kerajaan Pusat campur tangan dan menggunakan KTN sebagai alasan..Pening juga ya bab tanah ni..Adik beradik pun boleh berbunuhan..Jadi mari kita singkap berita ini..Berita yang dalam BHarian tak dapat liputan luas media TV3 dan Utusan..

Kerajaan Negeri tak boleh halang roboh rumah


Pemaju projek Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd mendakwa kerajaan negeri tidak boleh menggunakan Seksyen 116 (1)(D) Kanun Tanah Negara (KTN) bagi menghalang kerja merobohkan rumah di kampung itu. ..
Pengarah Eksekutifnya, Thomas Chan, berkata KTN hanya boleh digunakan bagi bangunan dibina secara sah atau mendapat kebenaran pihak berkaitan.

"Dalam kes ini (Kampung Buah Pala), ia tidak terpakai kerana rumah di sana adalah setinggan dan bangunannya pula dibina tanpa kebenaran.

"KTN juga menyebut kami tidak memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa untuk merobohkan bangunan dan struktur dibina tanpa kebenaran," katanya di sini, semalam.

Kelmarin, kerajaan Pulau Pinang mengugut akan menggunakan Seksyen 116 (1) (D) KTN bagi menghalang Nusmetro Ventures daripada merobohkan rumah penduduk Kampung Buah Pala di sini, selepas 2 Ogos ini.

Seksyen itu menyatakan pemaju perlu mengemukakan surat permohonan meroboh premis di atas tanah dan kerajaan negeri mempunyai kuasa merujuknya ke mahkamah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dilaporkan berkata mahkamah boleh menangguhkan perintah yang dikeluarkan sebelum ini kerana kebenaran meroboh premis perlu mendapat kebenaran bertulis daripada kerajaan negeri.

Minggu lalu, penduduk perkampungan tradisi kaum India yang berusia lebih 100 tahun itu menerima notis mahkamah supaya mengosongkan kawasan berkenaan sebelum 3 Ogos ini bagi membolehkan pemaju memulakan kerja pembangunan.

Notis itu dikeluarkan selepas perjuangan penduduk untuk mendapatkan hak ke atas tanah seluas 2.6 hektar itu gagal selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka.

Penduduk yang mendakwa tanah itu diberi milik kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara tidak sah, berkeras tidak mahu berpindah dan mahu kerajaan negeri menyerahkannya kepada mereka.

Chan turut menyatakan kekecewaannya berhubung tindakan kerajaan negeri yang mengambil kesempatan di atas kesediaan pihaknya memanjangkan tempoh berpindah kepada 2 Ogos ini.

"Sebelum ini, kerajaan negeri meminta supaya tambahan tempoh sebulan diberikan bagi membolehkan perbincangan serta mencari jalan penyelesaian (dipersetujui pemaju).

"Kami kecewa kerana mereka mengambil kesempatan dengan melakukan perkara lain," katanya.

Pulau Pinang dedah rahsia dokumen tanah Buah Pala

GEORGETOWN: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam mengubah status rahsia dokumen rasmi keputusan mesyuarat Exco kerajaan terdahulu berkaitan pemberian milikan tanah Kampung Buah Pala untuk didedahkan kepada umum.

Keputusan mendedahkan maklumat itu diputuskan pa-da mesyuarat Exco kerajaan negeri kelmarin, selepas mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri.

Maklumat dikeluarkan termasuk kronologi permohonan tanah yang dibuat oleh Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang pada 11 Julai 2001, perbincangan dan keputusan Exco kerajaan terdahulu dan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng berkaitan tanah seluas 2.6 hektar itu.

Maklumat berkaitan tanah itu kebanyakannya sudah dilaporkan media sebelum ini termasuk premium tanah yang dibayar koperasi itu berjumlah RM3.21 juta, selepas diskaun sebanyak 50 peratus.

Koperasi itu sepatutnya membayar premium RM6.42 juta, memohon pengurangan dengan alasan rumah yang bakal dibina di tapak itu akan dijual kepada ahli

dengan diskaun sebanyak

tujuh peratus serta perlu membayar pampasan kepada penduduk sebanyak RM3 juta.

Dokumen itu juga menjelaskan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri) memaklumkan kepada Exco bahawa pemberian tanah itu kepada koperasi adalah sebagai ganti kepada tanah di sebelah Dewan Sri Pinang di sini, yang digunakan kerajaan untuk membina bangunan tambahan mahkamah.

Dokumen itu menyatakan koperasi melunaskan premium tanah itu dua peringkat iaitu RM963,000 pada 22 Mac 2007 dan RM2.247 juta lagi pada 14 Mac 2008.

Selepas mengambil alih pentadbiran negeri, kerajaan Pakatan Rakyat membuat

keputusan untuk menuntut balik bayaran diskaun yang diberikan sebanyak 50 peratus oleh kerajaan terdahulu, tetapi koperasi enggan mematuhinya dengan alasan pemberian milik sudah selesai.

Dokumen itu juga memaklumkan koperasi mengeluarkan tawaran pampasan kepada penduduk iaitu rumah berharga RM75,000 yang berkeluasan kira-kira 260 meter persegi pada harga RM1, subsidi rumah sewa RM750 sebulan selama 36 bulan, RM1,000 sebagai kos perpindahan dan ganti rugi RM90,000 jika penduduk menolak tawaran rumah.

Guan Eng mendakwa kronologi berkaitan pemberian milik tanah itu menunjukkan kerajaan negeri terdahulu seolah-olah merampas tanah penduduk kerana memberi milik kepada koperasi tanpa berbincang dengan mereka.

"Sehingga kini, Koh tidak menjelaskan kenapa beliau meluluskannya tanpa berbincang dengan penduduk atau menjualnya kepada koperasi pada harga yang begitu rendah," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan bersama dengan dokumen itu.


Bagus sangatlah kerajaan negeri nak dedahkan sapa dalang disebaliknya..tak kira macam mana pun,dedah semua..Itu yang rakyat nak tahu..Orang2 ITU membuat dan menyeleweng undang2 untuk kepentingan mereka..OSA aka Akta Rahsia Rasmi..Pergi mampus sama itu AKTA..

Kalau kerajaan negeri PPinang yang lama menganugerahkan tanah itu kepada penduduk Kg Buah pala seperti yang dilakukan Ir Nizar (tetapi nak bagi kat rakyat miskin dihalang oleh UMNO/BN),hal sebegini tak akan berlaku..Jadi sesiapa tak dapat halang bila atas nama KERAJAAN (yang terdahulu) dah buat keputusan sebegitu tanpa mempeduli rakyatnya..yang jadi mangsa??Kerajaan sekaranglah..

Sama kes PPSMI..bila PM lama buat angkara buat caca marba,yang kenanya kepimpinan seterusnya..Huh..Lepas tangan..tak nak bertanggungjawab!!

Sumber rujukan:Bharian.com.my

No comments: