Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 11, 2009

step by step menjadi nasionalis kental, konon

Langkah pertama

1. Seluk kocek seluar/handbag biasa atau LV atau Coach/ dimana telefon bimbit atau handphone anda berada.

2. Genggam dengan semangat, handphone jenama JEPUN anda.

3. Sebelum keluar rumah, tutup semua suis terutamanya barangan elektrik jenama JEPUN anda.

4. Pandu kereta jenama JEPUN anda.

Langkah kedua

1. Kunjungi Muzium Negara (dimana Pameran Darurat/Anti-Komunis sedang berlangsung).

2. Angkat handphone jenama JEPUN anda dan jerit di pintu masuk Muzium..

"YA! Saya anti - PENJAJAH! Saya anti - KOMUNIS! Sebab Komunis jahat dan nakal! Jangan bagi Chin Peng balik, sebab brader yang jual buku DBP dekat Istana Budaya tu marah kat dia! Saya perangi KOMUNIS kerana mereka pernah nak rampas negara kita! Kejam! Bluwekk!!"

Bahagian ini, sila jerit dengan lebih semangat patriotisme.

Dan saya juga penyokong barangan JEPUN! Tengok handphone saya! Tengok kereta saya! Tengok barangan elektrik di rumah saya!

Oh ya, sila gunakan BAHASA INGGERIS sewaktu meluahkan semangat patriotisme, nasionalisme dan ism - ism yang lain tadi.

p/s: Amacam? Watak tertawan?

by:Zahiril Adzim

No comments: