Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 9, 2009

PPSMI...

Ramai yang tertanya2 kenapa aku tak update blog berkenaan isu PPSMI..Isu yang aku selalu suarakan dimana2 laman,malah di dalam kuliyah..Ada ramai penyokong PPSMI atas nama Mahathir Mohamad SAHAJA dan mereka kebanyakan tidak langsung menghiraukan nasib2 anak orang susah yang berada di kawasan pedalaman dan luar bandar....Hanya mementingkan diri..Golongan macam ni patut diberi petunjuk jika mereka menjadi susah tak ada siapa mahu menolong dan menghiraukan mereka..Baru mereka faham erti peritnya bila hanya dicemuh dan dipersalahkan sahaja..

1)Hujahnya,Ilmu dalam BI,..Jadi kalau kita tak ikut guna BI,kita pula akn ketinggalan..

Hujah saya..Kenapa perlu mengikut Bahasa mereka??kenapa tidak RUJUK KEMBALI sejarah dunia,sejarah Islam itu sendiri semasa Perang Salib!!Orang barat telah mengambil semua ilmu Islam dari tokoh Islam serta ilmu dari China,India dan Greek. (yakni tamadun yang pernah wujud sebelum ini)...Sebelum perang Salib,mereka berada dalam dunia kegelapan..Nah..Sekarang mereka telah berjaya apabila mengalih bahasa semua ilmu yang diambil dari negara lain ke dalam bahasa mereka..

Terus tamadun Barat dicipta dan bertahan hingga ke hari ini..Gara-gara bahasa mereka digunakan oleh seluruh dunia..tetapi kita????
Semak juga zaman kegemilangan Melaka,betapa ramai pedagang yang bertutur dalam bahasa melayu menyebabkan Melaka dan Tanah Melayu cukup GAH dimata dunia..

2)Hujah mereka juga,ada je anak2 di luar bandar turut berjaya..

Perkataan ADA..itu adalah satu perkara yang sangat subjektif..Berapa ramai mereka yang berjaya ke tahap yang diingini ini??Dan berapa ramai pula yang tidak mencapai keputusan yang memuaskan,malah terdapat lebih ramai yang kecundang ke tahap yang paling bawah sehingga tak dapat diselamatkan berbanding bilangan mereka yang berjaya ke tahap yang diingini..

Kalau nak gunakan perkataan ADA..Kita boleh gunakan ada saja anak malaysia kita yang mendapat kejayaan 17-20A..Jadi kepada yang duk kata ADA je anak2 luar bandar yang berjaya capai kecemerlangan (gred dimanipulasi pihak KPM untuk menutup kelemahan) kenapa anda tak dapat capai sehingga 17A??..Kenapa kamu sendiri tak dapat mencapai tahap berkenaan jika ADA golongan yang mencapai tahap tersebut??Sepatutnya capailah..Orang lain boleh je..

3)tetapi korg taw x kat malaysia nie kter bhadapan ngan masalah graduan yg tidak boleh berbahasa inggeris dengan baiknya?
and korg sedar x yg parents kter kebanyakkan boleh berbahasa ingeris ngan baiknya and why?
because zaman diorg sumernya di ajar dalam bahasa inggeris.
sampai bler nk manjakan anak2 generation kter nie?

Ini luahan dari budak bandar yang tak nak ambil tahu akan kesusahan orang yang lemah dan tertindas yang berada dikawasan pedalaman..Sama ada kita sedar atau tak,Bahasa hanyalah medium komunikasi..Yang penting adalah perkara yang ingin disampaikan itu difahami oleh para pendengar(anak murid)..Cuba penulis atau golongan sedemikian duduk dalam satu majlis ilmu,kemudian si guru dan buku rujukan yang digunakan adalah satu bahasa yang sangat asing dan tak difahami golongan ini..

Sebagai contoh,orang Thailand mengajar anda mengenai FIZIK/Biologi..Rujukan anda juga dalam bahasa Thailand,keluarga anda dan anda sendiri tidak faham mengenai bahasa terbabit,hanya satu dua perkataan asas bahasa tersebut..Adakah anda dapat SKOR pada ujian seterusnya??Kalau anda langsung tak faham apa2 yang diperkatakan dan anda baca..
Jangan tipulah..



Ya...Kita cuba letakkan diri kita ditempat mereka..Bagi MAJORITI anak2 dikawasan terbabit,sangat sukar untuk memahami kandungan pelajaran yang disampaikan,jika ada hanya seorang dua manakala beratus malah beribu yang lain pula kecundang..

Bukan memandang rendah pada kebolehan mereka,tetapi biarlah mereka belajar dan memahami perkara ASAS mengenai sains dan math kemudian diperingkat yang lebih tinggi apabila mereka memahami kesemua ini,barulah yang dasar ini boleh dilaksanakan..

Para guru yang mengajar hanya mahukan anak2 murid mereka berjaya..Kawasan bandar memang tak bermasalah jika menggunakan bahasa melayu atau BI,tetapi bagi yang dikawasan luar bandar dan pedalaman (majoriti) sangat bermasalah menggunakan BI..Jadi,apalah salah jika kita menggunakan bahasa yang difahami semua seperti yang disyorkan dalam artikel yang dikeluarkan oleh UNESCO..Apa itu UNESCO??Bagi yang nak berdebat dan berbahas mengenai isu pelajaran,malulah kalau anda sendiri tak pernah tahu apa itu UNESCO..

Dan kalau aku terlepas pandang macam2 persoalan lagi mengenai PPSMI,sila beritahu,Prof Abdullah Hassan adalah rujukan penuh aku..Boleh lawati dan baca semua hujah beliau di SINI. tapi agak hairan sebab beliau tak berkata apa setelah kerajaan membuat keputusan memansuhkannya pada 2012 nanti..

Apa2 pun,kajian telah dilakukan dan ternyata keputusan BI SPM 2008 merosot,Maths dan Sains juga merosot..Apa kebaikan PPSMI kepada seluruh warga Malaysia??Bukan golongan tertentu sahaja..Rujuk kepada majoriti..Anda fikirlah sendiri..

Ala..yang cakap Pom2 pun,orang Kelantan berborak dengan korang pun,korang tak faham..Melayu sama Melayu borak tak faham..Inikan kalau anak2 pedalaman dan luar bandar yang memang sangat lemah BI,kemudian kena faham konsep2 Maths& Sains dalam satu masa yang sama pulak..

No comments: