Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 1, 2009

MSK:Macam-macam Hal..

Adus..Sejak 10June yang lalu aku duduk kat Tg Malim ni macam tak ada apa2 perkara yang best pun berlaku..Dari pelbagai masalah yang timbul gara-gara pihak tertentu yang membuatkan keadaan kelam kelibut dalam team Em Basheer yang havoc,seterusnya dengan keputusan FNN Perak Sabtu lepas yang juga boleh dipertikaikan,sekarang timbul pula masalah baru..

Sepatutnya kami akan mengadakan satu show yang agak besar untuk MSK bersama pelajar yang baru mendaftar dalam majlis Malam Bintang,tetapi ianya dibatalkan disaat akhir (WTH!!Aku tau camni jadinya Ahad aritu aku balik N.Sembilan,ini dah Rabu baru nak bagitahu!!)

Rentetan peristiwanya begini.Masa aku makan kat Sri Perak dengan anggota EmBasheer yang lain,aku dapat satu sms dari Miss Alissa aku..Miss Alissa tanya yang betul ke Malam Bintang tak jadi..Aku terkejut kejap,then bagitahu Usop & Hafiz mengenai perkara tu..Keadaan gamat seketika tatkala 2 anggota EmBasheer ni tahu.Aku respon kat Miss Alissa cakap mungkin rumour je kot..Yela sebab semua dah settle..En Airi & En Mail dah setup stage baik punyaa dah..

Kemudian aku suruh Miss Alissa confirmkan dekat Suiz selaku orang penting untuk SMS (Sahabat Minggu Suaikenal) merangkap ketua pasukan EmBasheer..Then Miss Alissa cakap yang Si Suiz cakap (nada berseloroh) apa2 pun Em Basheer tetap akan buat persembahan tak kira macam mana pun..(Agak lega bagi kami,tapi masih menunggu pengesahan daripada si Suiz).Then ktorang contact Naza yang merupakan MPP dan juga TPP persembahan untuk MSK kali ini..Naza minta sedikit masa dan nak meeting balik dengan pihak2 atasan..

Tetapi tidak ada apa2 berita pun malam tadi..Jam 12pm tadi,Hafiz call Suiz..Confirm yang Malam Bintang dan persembahan EmBasheer dibatalkan serta merta..Sebarang rayuan ditolak..What The Hell!!Kiteorang dah tunggu berjeman kat sini,dengan tak balik sebab nak tunggu penutupan MSK ni,lagi2 pulak ikut jadual hari ni (Rabu) makanan kami akan ditanggung tapi last2 tadi cakap dah cancel terus sebab program Malam Bintang batal..

Then dapat tau dari Naza pulak yang TNC cakap batal sebab nak hormati bulan Rejab dan masyarakat setempat.Tapi ktorang pun pelik gak,memang perbualan ni hangat sesama kami (Aku,Usop dan Hafiz..Fizi pulak terselamat sebab dah awal2 Isnin haritu blah dari Tg Malim ni..)

Kenapa pulak perlu batalkan terus??Apa rasionalnya??Sebelum ni ok je..Lagi2 pulak dari respon Naza 2minggu lepas yang malam Bintang kali ini akan diadakan pada malam Jumaat dan temanya agak Islamic..Jadi apa yang mendatangkan masalah kepada pihak ADMIN UPSI??

Baru jap ni dapat mesej lagi..Ada sembang2 diantara SMS bertugas yang tak puas hati sangat2 dalam MSK kali ini..Mesejnya berbunyi macam ni..

"upc tak cukup duit nk tampung makanan dak2 mlm 2 sbb ptg nak tampung mknan dak2dpli..bdoh btul alasan N_..."

Herm..kalau betullah cancel sebab dah jatuh muflis institut pendidikan ni,baik berhentikan apa2 program pihak tertentu ke luar negara semua..Kita fokus pada program Mahasiswa kita,terutama yang berkaitan dengan pendidikan dan masyarakat..Isu BAS pulak apa cerita??Macam2 hal...


No comments: