Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 3, 2009

Dunia (manusia) semakin teruk..

Gara-gara seorang penumpang berbogel

ALBUQUERQUE, New Mexico 2 Julai - Seorang penumpang penerbangan US Airways bertindak berbogel dan menghalang pramugari melindunginya dengan selimut sebelum dua pegawai polis yang tidak bertugas di dalam pesawat itu menakluk dan menggarinya, kata pihak berkuasa hari ini.

Keith Wright, 50, dari Bronx, New York telah ditahan selepas menanggalkan pakaiannya ketika berada di tempat duduk belakang penerbangan 705 petang semalam, kata pihak berkuas. Pesawat itu membawa 148 penumpang dari Carolina Utara ke Los Angeles, kata pihak penerbangan.

Wright telah melawan ketika pramugari menyuruhnya supaya mengenakan pakaian semula, kata Dan Jiron, jurucakap lapangan terbang Albuquerque.

"Pramugari itu beberapa kali menyuruhnya mengenakan pakaian semula. Dia melindungi lelaki itu dengan selimut tetapi dia menanggalkannya," kata Jiron.

Akibat kejadian itu, penerbangan tersebut terpaksa mendarat di New Mexico sebelum meneruskan semula penerbangannya ke Los Angeles selepas lelaki terbabit dibawa turun. - AP

Pelajar dipaksa hisap ganja, minum arak sebelum dirogol

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun bukan saja dipaksa beberapa rakan lelakinya menghisap ganja dan minum arak, malah turut dirogol dalam kejadian Jumaat lalu.

Kejadian bermula kira-kira jam 3 petang apabila mangsa keluar minum bersama dua rakan lelakinya di sebuah gerai di kawasan perumahannya di Taman Setapak di sini.

Sumber berkata, dua lelaki terbabit kemudian mengajak mangsa mengambil barang di Taman Tasik Titiwangsa dengan menunggang dua motosikal.

“Sejurus tiba, kedua-dua mereka membawa mangsa masuk dalam semak di belakang sebuah sekolah di situ dan mendapati ada seorang lagi lelaki sedang asyik menghisap ganja.

“Mangsa dipaksa menghisap ganja. Dia hanya mematuhi arahan kerana terlalu takut diapa-apakan,” katanya di sini, semalam.

- Mymetro

3 pondan gagah

KUALA LUMPUR: Mereka berpakaian dan berperwatakan lembut persis wanita tulen. Namun, tiga pondan memeranjatkan seorang kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) apabila meragut serta merompaknya.

Dalam kejadian itu, mangsa tidak menyangka mengalami detik cemas hampir lima minit apabila dirompak ‘wanita’ ketika berjalan bersendirian berhampiran Jalan Datuk Onn di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, wanita yang bertugas di Pusat Khidmat AADK Wilayah Persekutuan mendakwa sempat melihat tiga pondan berpeleseran berhampiran Bank Negara.

Sumber polis berkata, mangsa yang melintasi ketiga-tiga pondan itu bagaimanapun terkejut apabila beg tangan dipegang tiba-tiba disentap seorang daripada pondan terbabit.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu cuba melawan dan mempertahankan beg tangannya itu dengan memegang erat talinya.


“Bagaimanapun, kejadian tarik menarik menyebabkan tali beg itu putus dan dirampas seorang daripada pondan terbabit,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cuba mendapatkan beg tangannya itu bagaimanapun ditendang dan ditolak rakan pondan terbabit hingga terjatuh.

“Mangsa yang kesakitan hanya mampu melihat tiga pondan terbabit melarikan diri bersama beg tangan miliknya yang berisi telefon bimbit, wang tunai RM90 dan pelbagai dokumen penting.

“Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian samun itu,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang pelajar disamun empat lelaki ketika berjalan berhampiran bangunan Sime Darby Jalan Raja Laut di sini.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun mendakwa dihampiri empat lelaki menaiki dua motosikal Yamaha 125Z dan RXZ.

Dua daripada penjenayah tiba-tiba turun dari motosikal sebelum merampas dompet mangsa menyebabkan berlaku pergelutan.

“Dalam pergelutan itu, suspek sempat merentap dua rantai emas dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa berasal dari Kepong yang kerugian kira-kira RM2,300 kemudian membuat laporan polis,” katanya.

- Mymetro

Haih..Macam2 hal...Keruntuhan macam2..lagi dahsyat daripada keruntuhan bangunan shopping komplek yang dibuat tanpa CF dan keruntuhan stadium yang dibuat sambil lewa tetapi sangat memberi keuntungan kepada kroni2 Si Natang(Deghih)

2 comments:

Khairul said...

Haha. nak juga kaitkan dgn umno ek.

Khairul said...

bn mmg teruk. tapi x ada la semua benda nak kena anti.

bila difikir2kan balik, seolah2 parti2 lain cam dap and pkr tu suci dari sebarang korup. kira apa yang dieorg buat, semua betul. jangan fanatik sgt beb